Loan Rumah 100% pada 2011. :)

By | October 18, 2010

Selepas mendengar dan membaca laporan penuh Belanjawan 2011, banyak perkara yang menarik perhatian aku. Jika di tanya pada pendapat peribadi, aku rasakan Budget 2011 memang sesuai untuk semua rakyat Malaysia  Memang inilah yang di harapkan orlah semua rakyat Malaysia .

Banyak perkara yang disebutkan dalam budget 2011. Tetapi aku tertarik untuk mengulas satu perkara iaitu Skim Rumah Pertamaku. Skim Rumah Pertamaku adalah satu bentuk bantuan untuk golongan muda memiliki rumah kediaman mereka sendiri. Ini adalah satu pendekatan yang terbaik untuk menggalak orang-orang muda memiliki rumah mereka sendiri dalam usia yang muda.

Skim Rumah Pertamaku layak untuk mereka yang ingin memiliki rumah pertama, berpendapatan RM3000 kebawah dan juga harga rumah yang bernilai RM220,000. Selepas ini pembeli rumah yang memenuhi syarat-syarat di atas tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan 10% seperti dahulu. Kini mereka boleh menikmati pinjaman 100% . Wahhh bagusnya..Inilah nikmat yang di kecapi bila duduk di bumi Malaysia kan.

Jadi kawan-kawan yang belum memiliki rumah, ambil lah kesempatan ini untuk memiliki rumah sendiri. Tak perlu mengeluarkan deposit 10%. Semua pinjaman 100%. Apa tunggu lagi. Rebutlah peluang ini untuk keluarga anda yang tersayang. Wei lain tau bila duduk di rumah sendiri berbanding duduk di rumah sewa. huhuhuhuhuh…



20 thoughts on “Loan Rumah 100% pada 2011. :)

  1. julietdeorange

    betul betul! duduk rumah sewa, bayar tak jadi harta, tapi bila beli, biarkah mahal sikit kena bayar loan setiap bulan tapi berbaloi. jd hak milik kan? terima kasih kerajaan Malaysia ­čÖé
    julietdeorange recently posted..Selamat tinggal lemak!My Profile

    Reply
  2. CT

    hmm..tp kalu mcm d sarawak nih..plg2 rendah rumah pon atas rm220K..mcm mn nk apply rumah pertamaku..pastuh ade pon rumah below rm220K,rumah kos rendah hny utk org yg pndptn gaji bwh RM2500 n lebih layak utk sudah berkahwin..mcm mn plk utk case nih..mn tau dpt beri skit jln penyelesaian..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.