Malaysia Cemerlang Di New Delhi

By | October 15, 2010

Semalam selesai sudah Sukan Komanwel 2010 di New Delhi. Malaysia pulang dengan 12 Emas, 10 Perak dan 13 Gangsa. Ini adalah satu pencapaian yang terbaik untuk Kontijen Malaysia sepanjang Sukan Komanwel. Malaysia menduduki tangga ke-7 terbaik bagi Sukan Komanwel 2010.

Skuad Badminton menghadiahkan 3 lagi emas untuk Malaysia semalam. Bermula dengan bergu campuran, Datuk Lee Chong Wei dan bergu nombor 1 dunia Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong. Seorang lagi gimnas Malaysia menyumbang satu lagi emas untuk negara. Bagaimanapun Wong Mei Choo hanya merangkul Perak apabila sekali lagi tumpas dengan jaguh perseorangan wanita India Saina.

Terima Kasih untuk semua atlet Malaysia yang telah berhempas pulas berjuang untuk mengharumkan negara. Tabik Springg aku kepada mereka semua kerana semangat juang yang tinggi. Apa pun tanggungjawab masih lagi besar untuk di galas di Sukan Asia 2010 di China nanti. Teruskan Usaha dengan kata-kata Keramat Malaysia Boleh…

One thought on “Malaysia Cemerlang Di New Delhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.