Proton Inspira : Terbaru Dari Proton

By | October 14, 2010

Ini adalah satu lagi berita gembira untuk Rakyat Malaysia. Ada gembira atau mungkin juga  tidak. Hari ini Proton telah memperkenalkan satu lagi model baru Proton Inspira. Proton Inspira adalah model yang menggantikan Proton Waja. Ianya adalah kembangan daripada Mitsubishi Lancer. Wah, ia sudah pastinya menjadi tamparan yang hebat kepada pengguna Lancer yang sudah pun memilikinya.

Proton Inspira datang dengan 2 model. Model  4B10 adalah untuk 1.8liter (1798cc) bertransmisi manual  5 gear. Ianya akan dijual dengan harga sekitar RM79xxx. Model keduanya adalah 4b11 untuk enjin 2.0Liter (1998cc) bertransmisi 6 gear. Ianay akan di jual dengan harga sekitar RM95xxx. Dibawah adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua model ini. Sumber dari Selangor2u.com.

4B10
Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 1.8L (1798 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 77.4 mm
Nisbah mampatan : 10.5:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 105 kW (143 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 177 Nm (130 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga cadangan : RM 79,xxx.xx

4B11

Jenis Enjin : 4 Silinder Sebaris DOHC 16injap dengan sistem MIVEC
Sesaran : 2.0 L (1998 cc)
Diameter Piston : 86 mm
Strok : 86 mm
Nisbah mampatan 10:1
Sistem Bahanapi : Multi ECI
Kuasa Maksima : 108-114 kW (147-155 PS) pada 6000 rpm
Tork Maksima : 198 Nm (146 ftlbf) pada 4250 rpm

Harga Cadangan : RM 95,xxx.xx

Kedua-dua model ini sudah boleh di tempah di setiap Showroom Proton seluruh negara. Pelancaran rasminya dijadualkan pada 10 November ini. Wow sungguh teruja melihat Proton Inspira. Memang cun. Terbaik dari Proton.  Ia sudah pasti menjadi tamparan yang hebat untuk pemilik Mitsubishi Lancer. Tetapi usah risau. Kepada pemilik Lancer, anda memiliki Mitsubishi Lancer Original. Bagi rakyat Malaysia yang lain, tak dapat pakai Lancer pun dapat pakai Proton Inspira pun jadilah kan. Apapun itu keluaran Malaysia betul. Malaysia Boleh!!!! dan di harap PROTON terus maju.

15 thoughts on “Proton Inspira : Terbaru Dari Proton

  1. aimannajmy

    mak aiih tak lama pasni besepah la klon lancer atas jln huhu…pastu nnt ramai yg nk tukaq bodykit bg nmpk the real lancer atau evo…

    Reply
  2. joe

    tapi, ini bukan clone, ini memang ori mitsubishi, mitsu rebadge proton, sama macam naza rebadge kereta kia dan banyak lagi manufacturing automobile company buat seperti VW, Fiat dan sebagainya, so, secara teknikal adalah anda memiliki kereta mitsu lancer dengan lebih murah, 🙂 enjoy it

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Tahniah bro…Kelantan Juara.
      Bro..this is just info..maner laa tau nak beli Inspira..
      Persona SE pun OK jugak….janji tak kena hujan kan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.