Idea untuk menulis entri ini rentetan daripada perbincangan aku bersama-sama rakan sekerja. Selepas makan tengahari, kami berbual-bual seperti biasa. Ada seorang rakan yang tiba-tiba teringatkan tentang belon acah. Nak buat satu gelanggang di Kilnag katanya. Biasanay bila bab mengarut dah tiba di kepala otak kami semua.
Tahu tak permainan belon acah? Belon acah ini adalah panggilan aku di kampung sewatu kecil dahulu. Atau dengan kata lainnya Galah Panjang. Ermmm rindu rasanya nak merasai atau bermain galah panjang bersama rakan-rakan. Inilah permainan kami waktu kecil dahulu. Yang pastinya, semua tak mahu kalah. Kalau ada rakan-rakan yang main tipu, kompom merajuk dan “tak nak kawan”..hahahahaha..Tapi besok kawan lagi. Peraturan Penuh Galah Panjang.
Satu lagi permainan yang popular sewaktu kecil dahulu adalah “cungkil ayam” atau konda kondi. Permainan ni merbahaya sikit. Sebab ianya memerlukan 2 batang kayu. Kayu perlu di ketuk dan dipukul. Kumpulan lain kena tangkap. Silap tangkap boleh kena mata beb. Hahahaha. Biasalah budak-budak kan, yang bahaya itulah yang suka di mainkan. Peraturan Penuh Konda Kondi.
Lagi satu permainan kanak-kanak adalah, baling selipar. 3 Selipar disusun dengan cantik. Kumpulan A perlu menjatuhkan sususan selipar itu. Selepas dibaling, kumpulan A perlu menyusun semula 3 selipar berkenaan. Manakala kumpulan B pula perlu mengawal dan menghalang kumpulan A menyusun 3 selipar tadi. Kumpulan B juga perlu mematikan semua ahli kumpulan A. Jika kumpulan A berjaya menyusun 3 selipar berkenaan, mereka di kira menang. Jika kumpulan B berjaya mematikan semua ahli kumpulan A, mereka pula akan membaling sususan selipar tadi. Erm…kompom sakit badan punya. Lebih-lebih lagi kalau dulu pakai selipar getah yang tapak warna hitam tu. Mak oi..Tapi sekarang kalau nak main susah sikit. Sebab semua pakai selipar croc. Takut baling terus je hilang 🙂
Lagi satu permainan adalah “sembunyi ibu”. Atau dengan kata lainnya main sorok-sorok. Lagi ramai geng lagi best dan lama permainan ini. Sebelum bermula seorang “IBU” atau pencari akan di undi. Selepas membuat perkiraan, Si Ibu akan mencari rakan-rakan yang bersembunyi di sekitar kawasan permainan. Ada yang dengki, sembunyi dan terus balik rumah dan tak datang-datang lagi..hahahahha….Peraturan Penuh Sembunyi Ibu.
Banyak lagi permainan tradisional yang selalu kita main dahulu. Masa lapang di penuhi dengan permainan sebegini. Maklumlah zaman itu tiada lagi game PS3, tiada lagi game farmville di facebook dan tiada lagi Internet. Bahkan tiada lagi Astro yang membolehkan kita semua menonton cerita Geng Bas Sekolah di Astro Ceria. Semua permainan menggunakan apa sahaja yang ada.
Kini, semua permainan ini semakin pupus dan di lupai. Kini anak-anak tidak lagi bermain belon acah, konda kondi, baling selipar, baling tin ataupun sembunyi ibu. Masa anak-anak kini di habiskan dengan Game, Cybercafe, Counter Strike, PSP dan di Astro Ceria. Zaman sudahpun berubah. Tapi apa yang pasti, aku tetap merindui zaman-zaman kecil dulu. Walaupun mak bising sebab balik maghrib, tapi itulah keseronokkan yang tidak lagi aku kecapi lagi. Mungkinkah anak-anak aku tidak akan tahu permainan tradisional ini? Harap mereka membaca Blog Ayahnya ini…
Kawan-kawan semua macam mana? Apa permainan yang kamu semua mainkan…?
****Kedudukan pingat terkini untuk Malaysia : Tempat ke 8 dengan 7 Emas, 8 Perak, 9 Gangsa
ya..aku begitu menrindui zaman kecik2 dulu…
zaman yg xde “pressure” cam skang..hehhehe
dulu tau,main–>main lagi—>main.. tu je la
ko lupa nak letak permainan “roundes”..cam besbol…
penah main x?
Ini memang 120% aku setuju. Main..main dah terus main tanpa tekanan…
Shaffik recently posted..Tiada Lagi Galah Panjang- Konda Kondi & Baling Selipar
memang elok kalau diperkenalkan balik permainan-permainan tersebut
takde la duk kat rumah je
main PS3 ke PS2 ke PSP ke…
dapat la keluar peluh macam dulu2 😀
Syafrizal recently posted..CAP- Harga rokok patut naik RM30 sekotak
Betul bro..bebudak sekarang dok terperuk jer kat rumah…kadang-kadang rimas pun ada…
Shaffik recently posted..Tiada Lagi Galah Panjang- Konda Kondi & Baling Selipar
Ada satu lagi permainan yang aku cukup CHAMPION masa kecik dulu iaitu main GUNDU.
Getah yang di bikin sampai jadi satu senjata lastik orang… tapi selalunya lastik gambar yang diikat atas tali.. lastik dari jauh. Siapa kena, semua gambar tu dia menang! haha
rohaizad recently posted..BLOG BISNES dan BISNES BLOG – yang mana satu kita ini dikategorikan
hahahahaha…time dulu getah tak susah cari bro..skang ni getah macam tu dah susah nak jumpa melainkan beli nasi bungkus…
Shaffik recently posted..Tiada Lagi Galah Panjang- Konda Kondi & Baling Selipar
main baling selipar memang betul-betul meninggalkan kesan, hoho siap berbirat badan bila kena baling jarak dekat..sampai boleh bergaduh, hoho
mijie recently posted..Kenapa blog saya tiada dalam google search engine
Memang perit bro kalau kena badan..tapi itulah yang suka di mainkan ..
Shaffik recently posted..Tiada Lagi Galah Panjang- Konda Kondi & Baling Selipar
Permainan yang selalu dimainkan waktu aku kecik2 dulu:
1. Polis entry
2. Bloing kampung
3. Guli
Tapi yang paling terkonang sampai sekarang adalah belon acah. Pantang ada masa sikit mesti turun ‘court’ punya. Masa sekolah, time waktu rehat pun main belon acah. Time balik sekolah pun main jugak…kalau tahap extreme tu, sampai koyak2 baju sekolah dibuatnya…hehehe 😀
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
huuhuhhuhhhuhuh..main kat court eh…kompom baju lencun n kotor punyer…balik rumah dengar pulak mak membebel kan…hahahahahhaa
Semuanya sudah tinggal kenangan kerana sudah ditelah oleh arus pemodenan. Kalau masih ada yang kekal, lagi bagus.
shaharil recently posted..2 sumber rujukan online
Itu semua tinggal kenangan. Nanti kalau ada family day aku nak cadangkan pada company main galah panjang..Confirm pecah perut punye…
hehehe…terhibur aku bace…thnk shaffik…
indahnyer kenangan mase kecik2 dlu..
hehehehe
Sememangnya kenangan yang terindah. Maklumlah tak ada stress pun masa tu..Yang pasti petang2 nak main saja kan..
kalau di kg mereka panggil elonn…(galah panjang) he3
mankuchai recently posted..Back to school -Shopping dimana
adakah gamba ini milik anda? sye nk pinjam bleh x? saye pinjam dulu ye… tq