Tiada Lagi Galah Panjang, Konda Kondi & Baling Selipar

By | October 13, 2010

Idea untuk menulis entri ini rentetan daripada perbincangan aku bersama-sama rakan sekerja. Selepas makan tengahari, kami berbual-bual seperti biasa. Ada seorang rakan yang tiba-tiba teringatkan  tentang belon acah. Nak buat satu gelanggang di Kilnag katanya. Biasanay bila bab mengarut dah tiba di kepala otak kami semua.

Credit Picture to Nurkamilah89's

Tahu tak permainan belon acah? Belon acah ini adalah panggilan aku di kampung sewatu kecil dahulu. Atau dengan kata lainnya Galah Panjang. Ermmm rindu rasanya nak merasai atau bermain galah panjang bersama rakan-rakan. Inilah permainan kami waktu kecil dahulu. Yang pastinya, semua tak mahu kalah. Kalau ada rakan-rakan yang main tipu, kompom merajuk dan “tak nak kawan”..hahahahaha..Tapi besok kawan lagi.  Peraturan Penuh Galah Panjang.

Satu lagi permainan yang popular sewaktu kecil dahulu adalah “cungkil ayam” atau konda kondi. Permainan ni merbahaya sikit. Sebab ianya memerlukan 2 batang kayu. Kayu perlu di ketuk dan dipukul. Kumpulan lain kena tangkap. Silap tangkap boleh kena mata beb. Hahahaha. Biasalah budak-budak kan, yang bahaya itulah yang suka di mainkan. Peraturan Penuh Konda Kondi.

Lagi satu permainan kanak-kanak adalah, baling selipar. 3 Selipar disusun dengan cantik. Kumpulan A perlu menjatuhkan sususan selipar itu. Selepas dibaling, kumpulan A perlu menyusun semula 3 selipar berkenaan. Manakala kumpulan B pula perlu mengawal dan menghalang kumpulan A menyusun 3 selipar tadi. Kumpulan B juga perlu mematikan semua ahli kumpulan A. Jika kumpulan A berjaya menyusun 3 selipar berkenaan, mereka di kira menang. Jika kumpulan B berjaya mematikan semua ahli kumpulan A, mereka pula akan membaling sususan selipar tadi. Erm…kompom sakit badan punya. Lebih-lebih lagi kalau dulu pakai selipar getah yang tapak warna hitam tu. Mak oi..Tapi sekarang kalau nak main susah sikit. Sebab semua pakai selipar croc. Takut baling terus je hilang 🙂

Credit Picture to Amirul Izwan....

Lagi satu permainan adalah “sembunyi ibu”. Atau dengan kata lainnya main sorok-sorok. Lagi ramai geng lagi best dan lama permainan ini.  Sebelum bermula seorang “IBU” atau pencari akan di undi. Selepas membuat perkiraan, Si Ibu akan mencari rakan-rakan yang bersembunyi di sekitar kawasan permainan. Ada yang dengki, sembunyi dan terus balik rumah dan tak datang-datang lagi..hahahahha….Peraturan Penuh Sembunyi Ibu.

Banyak lagi permainan tradisional yang selalu kita main dahulu.  Masa lapang di penuhi dengan permainan sebegini. Maklumlah zaman itu tiada lagi game PS3, tiada lagi game farmville di facebook dan tiada lagi Internet. Bahkan tiada lagi Astro yang membolehkan kita semua menonton cerita Geng Bas Sekolah di Astro Ceria. Semua permainan menggunakan apa sahaja yang ada.

Kini, semua permainan ini semakin pupus dan di lupai. Kini anak-anak tidak lagi bermain belon acah, konda kondi, baling selipar, baling tin ataupun sembunyi ibu. Masa anak-anak kini di  habiskan dengan Game, Cybercafe, Counter Strike, PSP dan di Astro Ceria. Zaman sudahpun berubah. Tapi apa yang pasti, aku tetap merindui zaman-zaman kecil dulu. Walaupun mak bising sebab balik maghrib, tapi itulah keseronokkan yang tidak lagi aku kecapi lagi. Mungkinkah anak-anak aku tidak akan tahu permainan tradisional ini? Harap mereka membaca Blog Ayahnya ini…

Kawan-kawan semua macam mana? Apa permainan yang kamu semua mainkan…?

****Kedudukan pingat terkini untuk Malaysia : Tempat ke 8 dengan 7 Emas, 8 Perak, 9 Gangsa

16 thoughts on “Tiada Lagi Galah Panjang, Konda Kondi & Baling Selipar

  1. ulik

    ya..aku begitu menrindui zaman kecik2 dulu…
    zaman yg xde “pressure” cam skang..hehhehe
    dulu tau,main–>main lagi—>main.. tu je la
    ko lupa nak letak permainan “roundes”..cam besbol…
    penah main x?

    Reply
  2. Shukor

    Permainan yang selalu dimainkan waktu aku kecik2 dulu:

    1. Polis entry
    2. Bloing kampung
    3. Guli

    Tapi yang paling terkonang sampai sekarang adalah belon acah. Pantang ada masa sikit mesti turun ‘court’ punya. Masa sekolah, time waktu rehat pun main belon acah. Time balik sekolah pun main jugak…kalau tahap extreme tu, sampai koyak2 baju sekolah dibuatnya…hehehe 😀
    Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan AffiliateMy Profile

    Reply
    1. Shaffik Post author

      huuhuhhuhhhuhuh..main kat court eh…kompom baju lencun n kotor punyer…balik rumah dengar pulak mak membebel kan…hahahahahhaa

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Itu semua tinggal kenangan. Nanti kalau ada family day aku nak cadangkan pada company main galah panjang..Confirm pecah perut punye…

      Reply
  3. Bunga

    hehehe…terhibur aku bace…thnk shaffik…
    indahnyer kenangan mase kecik2 dlu..
    hehehehe

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Sememangnya kenangan yang terindah. Maklumlah tak ada stress pun masa tu..Yang pasti petang2 nak main saja kan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.