Semenjak aku pindah ke rumah baru, aku sering di hujani dengan persoalan. Kini aku duduk di Taman Bukit Tiram. Ianya terletak di Bandar Ulu Tiram. Ulu Tiram tu kat mana? Di JB ke? Macam mana nak ke rumah kau ni Shaffik? Itulah yang selalu di tanya oleh kawan-kawan. Lebih-lebih lagi kawan-kawan di sebelah KL. Macam mana nak ke Ulu Tiram. Satu persoalan yang bagus.
Di sini aku berikan guide bagaimana untuk ke Ulu Tiram jika anda daripada KL. Ataupun jika anda dari Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Johor Bahru. Memang ada banyak jalan yang boleh di gunakan untuk sampai ke Ulu Tiram. Tetapi sekarang ada satu jalan pintas ke Ulu Tiram jika anda semua daripada Lebuh Raya Utara Selatan.
Gunakan Lebuhraya Senai – Pasir Gudang – Desaru. (Senai Desaru Expressway). Kod untuk lebuh raya ini adalah E22. Bagaimana untuk ke sini?
1) Jika anda daripada Lebuh Raya Utara Selatan, cari susur keluar ke Senai Utara.
2) Turun ke Senai Utara, bayar tol untuk perjalanan anda dari destinasi anda hingga ke Senai Utara. (Aku pernah dari Yong Peng Utara – Senai Utara : Tolnya lebih kurang RM11 lebih.)
3) Selepas itu, cari susur masuk ke Lebuh Raya Senai – Desaru.
4) Untuk ke Ulu Tiram, turun di susur Ulu Tiram Johor. Tol daripada Senai ke Ulu Tiram adalah RM3.70.
Info ini juga berguna untuk siapa-siapa yang ingin ke Ulu Tiram dari arah Ayer Hitam, Sedenak, Kulai, Senai atau mungkin dari Skudai. Sebabnya ia hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke Ulu Tiram. Memang cepat. Jadi tak susah kan nak ke Ulu Tiram. Segala mudah dan tersedia ada.
wahhh makin dekat ek… now aku kat tmn pelangi
Ayie recently posted..Kamus “online”
OO yer ker bro..nanti calling2 laa kalau datang sana…
Shaffik recently posted..Dari KL ke Ulu Tiram Johor
Salam bro, kalau saya balik JB nanti, boleh kita ngeteh sama-sama 🙂
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
Boleh insyallah. Sorry hari tu tak bley stay lama..ada hal petang tu…
Shaffik recently posted..Giliran Pandelela Sumbang Emas
takper, it’s ok 🙂
Shukor recently posted..SBD- Teknik Review – Buat Duit Dengan Affiliate
Baguslah sekarang ni.
Semuanya lalu highway.
Cepat sampai ke destinasi~ 😀
hafidz recently posted..Movie Review – Jangan Pandang Belakang Congkak 2
Yup..tapi kalau guna hari-hari yang tak tahan tang duit TOL tu..
Shaffik recently posted..Giliran Pandelela Sumbang Emas