Kerisauan Di Hujung Lorong

By | October 9, 2010

Inilah ungkapan yang di luahkan oleh pengulas sukan di TV1 malam tadi.  Aku sempat menonton perlawanan akhir Badminton untuk pasukan Malaysia di Sukan Komanwel 2010. Ini adalah perlawanan yang pertama untuk Badminton. Pada mula Malaysia sudah pun mendahului 2-0. Mata di kutip daripada Datuk Lee Chong Wei dan bergu campuran.

Wong Mew Choo turun untuk memastikan kemenangan untuk merangkul pingat emas. Namun Wong Mew Choo tewas kepada perseorangan wanita India Saina. Ia membuatkan skuad negara tersentak sementara dan beregu nombor satu dunia turan ke gelanggang untuk memastikan Emas untuk Malaysia. Menang pada set pertama tetapi di tentang hebat pada set ke-2.

Pada ketika Koo Kien Kiat dan Tan Boon Yong berusaha untuk menamatkan permainan, beregu India Sanave Thomas dan Rupesh Kumar cuba merapatkan kedudukan. Itu yang keluar perkataan “Kerisauan Di Hujung Lorong“.  Kerana timbul keresahan apabila hampir tiba di penghujung perlawanan. Namun pasukan Malaysia berjaya membawa pulang satu lagi emas untuk Malaysia.

Satu lagi emas di kutip oleh Datuk Nicol David menerusi Skuash Wanita. Sudah di jangka, jaguh dunia itu mampu membawa pulang Emas untuk Malaysia. Satu lagi pingat Perak di kutip di gelanggang menembak. Semalam sekali lagi membawa keceriaan kepada Kontinjen Malaysia. Kini Malaysia menduduki tangga 7 dengan 5 Emas, 5 Perak dan 6 Gangsa. Masih banyak lagi pertandingan akan di jalankan. Hari ini beberapa atlet akan bertarung di perlawanan akhir. Di harap mereka terus berusaha untuk menambah pingat Emas untuk Malaysia.

One thought on “Kerisauan Di Hujung Lorong

  1. Pingback: Blog Shaffik » Apa Nak Jadi Dengan Sepak Takraw Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge