Satu Perak Untuk Kontinjen Malaysia

By | October 8, 2010

Tahniah untuk gandingan Hafiz Adzha dan Hasli Izwan Amir Hassan apabila menghadiahkan lagi satu pingat perak untuk Malaysia. Hafiz dan Hasli tewas kepada peserta tuan rumah yang juga mencatat rekod komanwel bagi acara 25m Rapid Fire semalam.

Agak hambar untuk kontijen negara semalam apabila hanya mengutip satu perak. Skuad ping pong juga longlai untuk mara ke final apabila tewas kepada pasukan Singapura. Walaubagaimanapun, mereka tetap akan merebut pingat gangsa apabila bertemu dengan pasukan England untuk penentuan pingat Gangsa.

Hari ini Datuk Nicol David akan turun di Final untuk Skuash Wanita. Di harap Datuk Nicol David mampu untuk menyumbang lagi sau pingat emas untuk negara. Begitu juga dengan skuad badminton negara. Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia menanti kejayaan dari semua atlet Malaysia yang bertanding di peringkat Final hari ini. Harap mereka boleh menyumbangkan lebih banyak emas untuk Malaysia. ..Malaysia BOLEH!!!!!..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.