Azizulhasni Awang Kecewa

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Sukan

Semalam kontijen Malaysia di Sukan Komanwel 2010 bertambah ceria apabila Skuad Basikal menambah satu lagi emas menerus acara keirin. Pada mulanya Mohd Azizulhasni Awang di lihat sebagai pemenang pingat emas dan Josiah Ng di tempat kedua.

Tetapi kemenangan Azizulhasni Awang di batalkan oleh para pegawai kerana ada protes dari pelumba New Zealand. Azizul sungguh kecewa dengan keputusan ini. Dia sungguh kecewa apabila ditemuramah oleh Astro Arena semalam. Dia tepaksa menunggu 4 tahun lagi untuk acara yang sama. Tetapi Josiah Ng mampu mengubat kekecewaan itu dengan menambah pingat emas yang ke-3 untuk Malaysia.

2 pingat gangsa juga dikutip oleh kontijen Malaysia semalam menerusi Mohd Hafifi Mansor (Angkat Berat 69KG ), Benjamin Khor dan Khor Seng Chye (Acara Menembak).Sedikit kekecewaan untuk skuad hoki Malaysia. Tewas buat kali kedua pada Pakistan (4-1) . Ini agak menyukarkan Malaysia untuk layak ke peringkat seterusnya.

Di harap Malaysia masih mampu untuk meraih lebih banyak pingat lagi pada hari ini dan seterusnya. Nampak semuanya bersemangat untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Kini Malaysia Menduduki Tempat ke-4 dengan 3 Emas, 2 Perak dan 4 Gangsa.

Ikuti Laporan Sukan Komanwel 2010 pada 05 Oktober 2010. Emas Pertama untuk Malaysia

*** Kak Jie..laporan dah siap…

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Azizul Terbaik Di Asia

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

3 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. mijie says:

    azizulhasni kecewa tapi josiah dapat mengubatinya dengan emas, huhu
    mijie recently posted..Cara nak buat theme wordpress part 3

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tu laa pasal tu…semalam tgk temuramah kat Astro Arena…kalau tak menang bergaya tu..siap willie tu..
    Shaffik recently posted..Azizulhasni Awang Kecewa

    [Balas Komen]

  2. Affan says:

    apa2 pun, azizul ni antara bakat2 atlit sukan malaysia yang mantap di persada antarabangsa, berada dalam kelas tersendiri. mungkin nasib tak menyebelahi
    Affan recently posted..Cabaran SEO Berita Sukan Terkini

    [Balas Komen]

3 Comments Trackbacks For This Post

  1. Blog Shaffik » Azizul Terbaik Di Asia

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge