Permulaan Baik Untuk Malaysia

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Sukan

Ketika ini ramai atlet negara sedang bertarung di Sukan Komenwel 2010 di New Delhi India. Walaupun pelbagai masalah yang timbul sebelum perasmiannya, Sukan Komenwel 2010 tetap di jalankan dengan meriahnya. Bagi atlet-atlet Malaysia sudah pastinya mereka mengerah keringat untuk membawa pulang pingat untuk negara.

Agak mengembirakan pada permulaan Sukan Komanwel 2010 untuk negara. Amirul Hamizan Ibrahim telahpun menyumbangakn pingat emas pertama untuk Malaysia. Ini menambahkan semangat untuk skuad angkat berat dan memberikan inspirasi kepada atlet yang lain.

Semalam sekali lagi, Malaysia menambah satu lagi pingat emas. Acricco Jumith menambah satu lagi emas menerusi sukan Angkat Berat acara acara clean and jerk 156kg. Rakan senegara Naharudin Mahayudin meraih perak dalam acara sama. Sebelah petang pula, skuad angkat berat menambah lagi satu pingat Gangsa menerusi Raihan Yusoff menerusi acara angkat berat wanita.

Semalam sememang hari yang sungguh menyinar untuk Malaysia. Mohd Rizal Tisin pula menyumbangkan pingat perak untuk negara pada acara Lumba Basikal Trek. Ia adalah sungguh bermakna, kerana Mohd Rizal adalah pelumba pertama yang meraih pingat pada acara itu di Sukan Komanwel.

Ini adalah satu permulaan yang membanggakan untuk Kontijen Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia menanti untuk kilauan pingat-pingat yang lain. Insyallah Shaffik.com akan membuat laporan untuk Sukan Komanwel 2010 khususnya kontijen Negara. Insyallah..

Setakat ini Kontijen Malaysia meraih 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Malaysia Cemerlang Di New Delhi
  • Tiada Emas di Hari Ke-7

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

2 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Kujie says:

    waktu ini dah 3 emas, baca kt twitter
    tak pasti emas utk acara apa
    Kujie recently posted..Makcik Pun Nak Tunjuk Camel Toe

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Salam Kak Jie : Laporan semalam dah siap : http://shaffik.com/2010/10/07/azizulhasni-awang-kecewa/
    Shaffik recently posted..Azizulhasni Awang Kecewa

    [Balas Komen]

2 Comments Trackbacks For This Post

  1. Blog Shaffik » Azizulhasni Awang Kecewa

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge