Kini Samad Tidak Keseorangan.

By | September 29, 2010

Semasa aku blogwalking semalam, aku menyinggah ke satu blog kawan baik aku rezamohyin. Sedang aku membaca entri dan komen-komen yang ditulis oleh pengunjungya, aku terpandang nama Wan Perlis. Mungkin dia ni kawan reza agaknya. Aku pun terus ke blog WanPerlis.com.

Apabila sampai sahaja di blog Wanperlis, aku terpanggil untuk membaca satu entri mengenai Samad Si Penjual Burger. Satu kisah yang sedih apabila di tinggalkan tunangnya. Sungguh tragis dan betul-betul menyayatkan hari.  Dengar video di bawah sampai habis.

Yang paling penting sekali, tiba-tiba nama Samad Jual Burger menjadi sebutan. Kisah penjual Burger yang di tinggalkan kekasih atau tunangnya. Bukan itu sahaja, malah ada ada satu laman khas yang di buat untuk terus menyokong Samad di Facebook. Wow, satu impak yang besar kepada Samad.  Nama Samad Burger menjadi carian di Google. Aku pasti kini Samad tidak lagi keseorangan. Ramai orang yang menyokong dan menguatkan semangat Samad.

Teringat pula dengan cerita :-

Jual Apam Balik Pun Mampu Pakai Honda Accord

Tetapi terdapat beberapa persoalan pada fikiran aku pula. Adakah cerita ini betul atau rekaan atau lakonan semata-mata? Kalau betul, ini adalah pendapat aku,. Ada hikmah di sebalik putusnya tali pertunangan. Mungkin ini langkah yang terbaik. Sedih memang sedih tetapi buat apa untuk hidup dengan pasangan yang macam tu jika hati, perasaan, fikiran terus tertekan untuk melayan kerenahnnya. Untuk Samad, percayalah perempuan itu tidak akan kemana dan tak akan kaya seperti yang diharapkan pun. Sebab Tuhan itu lebih Maha Kuasa.

Tetapi jika cerita ini tidak betul, sekalung Tahniah kepada XFM kerana berjaya mereka satu kisah kehidupan yang betul-betul melekat dalam jiwa pendengarnya. 🙂 Fikir-fikirkan lah…

*** Kawan-kawan apa pendapat anda. Kepada Penjual Buger mungkin boleh kongsikan cerita anda semua.

11 thoughts on “Kini Samad Tidak Keseorangan.

  1. aktechpage.com

    Jual burger kalo kena dgn tempat jual dan caranya, mmg bole kaya..
    Dekat Serdang dulu masa zaman belajar kt UPM, salah 1 tempat fav aku membeli burger, try tanya mamat penjual burger tu, 1 malam jual dpt berapa untung bersih? Dia jawab lebih kurang RM3000, dibahagikan kpd 2, RM1500 sore dah, kalo darab dgn 26 malam katakan(4 malam lg cuti), banyak tuuu sebulan.. huhu
    aktechpage.com recently posted..Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter MalaysiaMy Profile

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Haaa tu dia…memang nampak macam ada tak ada kan..tapi kalau kena dengan gayanya..meletup woooo….

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Memang tak mustahil berlaku. Dan memang ada orang-orang yang macam ni. Tapi gaya penyampaian tu macam berlakon..

      Reply
  2. madlut

    tapi aku rasa memang ada juga manusia jenis tue kat dunia real..memang mata duitan tak ingat..hehe..tapi aku heran, dia tak nampak ke samad tue dah memang kaya, dah beli lori kot!!..dia ingat lori murah ke

    Reply
  3. Kujie

    BIla menyentuh bab jodoh – jangan kita pandang mudah bab ‘sekufu’
    itu bukan main2..sebab digariskan dalam agama
    mesti ada pengajaran mengapa ‘sekufu’ juga dititik beratkan
    Kujie recently posted..Mid Gulai Kawah Umbut PisangMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge