Separuh Harga Untuk Passport Malaysia

By | September 28, 2010

Bulan sepuluh nanti, seorang rakan kerja aku akan berangkat ke Granges. Satu tempat di Switzerland. Jadi aku pun bertanyakan pada dia, sudahkah dia buat Passport Antarabangsa? Belum lagi katanya. Katanya sekarang ada harga Istimewa untuk Passport Antarabangsa.

Uik. Ya ke?  Setahu aku Jabatan Imigresen Malaysia tidak lagi mengeluarkan apa-apa berita terkini mengenai harga baru passport antarabangsa. Ini mungkin harga istimewa selepas raya agaknya. Tetapi sangkaan aku dan kawan aku silap.  Hehehehe. Berikut adalah harga yang di tetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

1) RM100  – Untuk 2 Tahun 32 mukasurat

2) RM300 – Untuk 5 tahun 32 mukasurat

3) RM150 Harga Istimewa (Separuh Harga) – Untuk 5 tahun.

Mungkin kawan aku melihat harga yang ketiga. Memang harga istimewa. Tetapi ia hanya layak untuk :

a) Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun

b) Remaja yang di bawah umur 21 Tahun untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Mesti menunjukkan bukti telah menerima tawaran belajar di luar negara.

Passport Antarabangsa Percuma hanya di berikan kepada Gologan Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kad dari JKM diperlukan sebagai bukti. Jadi semua persoalan rakan aku sudah pun terjawab. Mungkin persoalan anda juga sudah terjawab juga. Tunggu sahaja khabar gembira dari Jabatan Imigresen Malaysia untuk tawaran harga passport antarabangsa di masa akan datang. Mungkin naik atau mungkin ia turun.

7 thoughts on “Separuh Harga Untuk Passport Malaysia

  1. Shaffik

    Hehehe..sekarang ni untung sikit kak jie. Even ambik yang RM100 tu pun OK sangat..Khas untuk melancong sekali sekala kan..

    Reply

Leave a Reply to Aisha AI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.