Separuh Harga Untuk Passport Malaysia

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Informasi

Bulan sepuluh nanti, seorang rakan kerja aku akan berangkat ke Granges. Satu tempat di Switzerland. Jadi aku pun bertanyakan pada dia, sudahkah dia buat Passport Antarabangsa? Belum lagi katanya. Katanya sekarang ada harga Istimewa untuk Passport Antarabangsa.

Uik. Ya ke?  Setahu aku Jabatan Imigresen Malaysia tidak lagi mengeluarkan apa-apa berita terkini mengenai harga baru passport antarabangsa. Ini mungkin harga istimewa selepas raya agaknya. Tetapi sangkaan aku dan kawan aku silap.  Hehehehe. Berikut adalah harga yang di tetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

1) RM100  – Untuk 2 Tahun 32 mukasurat

2) RM300 – Untuk 5 tahun 32 mukasurat

3) RM150 Harga Istimewa (Separuh Harga) – Untuk 5 tahun.

Mungkin kawan aku melihat harga yang ketiga. Memang harga istimewa. Tetapi ia hanya layak untuk :

a) Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun

b) Remaja yang di bawah umur 21 Tahun untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Mesti menunjukkan bukti telah menerima tawaran belajar di luar negara.

Passport Antarabangsa Percuma hanya di berikan kepada Gologan Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kad dari JKM diperlukan sebagai bukti. Jadi semua persoalan rakan aku sudah pun terjawab. Mungkin persoalan anda juga sudah terjawab juga. Tunggu sahaja khabar gembira dari Jabatan Imigresen Malaysia untuk tawaran harga passport antarabangsa di masa akan datang. Mungkin naik atau mungkin ia turun.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • RM100 Untuk Passport Antarabangsa Malaysia

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

7 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Kujie says:

    masa buat dulu – rm 300 5 tahun, yang rm 100 2 tahun belum ada

    rugi saja…guna sekali je
    Kujie recently posted..Trak Tunda Di GCE

    [Balas Komen]

  2. Shaffik says:

    Hehehe..sekarang ni untung sikit kak jie. Even ambik yang RM100 tu pun OK sangat..Khas untuk melancong sekali sekala kan..

    [Balas Komen]

  3. rohaizad says:

    haha… lawak plak baca entri kali ni. aku pun baru buat minggu passport minggu lepas… :)
    rohaizad recently posted..Personal Coaching ADVANCE Smart Blogging !

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Lepas tu ko dah pergi SIngapore kan…

    [Balas Komen]

  4. Aisha AI says:

    sekarang dah takde alasan tak datang singapore lagi lah. :P

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Datang Aishah…insyallah Idah kawin nanti aku datang…semua job sudahpun di tolak….

    [Balas Komen]

  5. shaffik.com says:

    Separuh harga passport malaysia.. Nice :)

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge