Selamat Jalan Munir.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Agama, General, Informasi

Pagi ini aku menerima satu panggilan daripada seorang pelajar Bengkel Blogging. Memang tidak disangka dia akan menelefon aku pada pagi ini. Dalam kepala otak aku cuma berfikir, mesti dia ada masalah dengan blogging. Aku terus mengangkat telefon seperti biasa :

Shaffik     : Hello, Assalamualaikum Muneer..

Munir      : Waalaikumsalam Bang.

Shaffik     : Aper khabar kau? Selamat Hari Raya.

Munir      : Sihat Bang. Selamat Hari Raya. Abang apa cerita?

Shaffik     : Biasa-biasa ajer nie. Cuma just nak inform, bulan Oktober Abang adakan satu lagi Bengkel Blogging. Tolong inform pada kawan-kawan lain jika berminat. Layari http://bengkelblogging.com

Munir      : Insyallah.

Shaffik     : Kau kat mana ni?

Munir      : Kat KLIA Airport.

Shaffik     : Oooo. Dah nak bertolak ke Mesir ke?

Munir      : Ya Bang. Heheheheheheh

Shaffik     : Kau dengan siapa? Mak dan Ayah ada sekali ke?

Munir      : Ada bang.

Shaffik     : Ok Muneer, Selamat Jalan. Jangan lupakan Abang pulak bila dah sampai di Mesir nanti ya. Kau pun tau nak

cari Abang macam mana kan.

Munir       : Insyallah tak bang. Tau laa saya nanti. Tolong pass no telefon Abang Fairuz. Saya nak call dia kejap.

Shaffik      : Ok nanti Abang send kan. Baik-baik ya. Assalamualaikum..

Aku menamatkan perbualan bersama Munir. Selepas meletakkan telefon, aku terfikir sesuatu yang selama ini aku tak pernah terfikir langsung pun.  Ingat juga dia kat aku. Sebelum dia berangkat ke Mesir sempat dia menelefon aku dan Nuaeman. Kami hanya guru blogging dia sahaja. Tetapi penghargaan sebagai seorang rakan akan aku simpan selamanya. Sungguh terharu betul pagi ini.

Kepada Munir, Selamat menempuh kehidupan yang baru di Universiti Al-Azhar Mesir. Jauh lagi perjalanan Munir. Banyak lagi cabaran dan dugaan yang harus di tempuhi. Lebih-lebih lagi Munir berjauhan dengan keluarga.  Jangan lupa di mana asal usulmu. Jika ada masalah, segera telefon Ibu dan Ayah Munir. Selalulah tulis cerita menarik di Munirworld.com. Tak sabar Abang nak baca cerita Munir nanti. Mesti banyak perkara menarik yang Munir temui di sana.  Jangan lupa coretkan semuanya di blog Munir ya. Insyallah kita akan berjumpa lagi.  Selamat Jalan dan Semoga Pulang dengan kejayaan yang cemerlang nanti.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Kad Pengenalan berharga RM500
  • Leah Lynn Gabriela Fortune
  • Cerita Warung Kopi
  • Perbezaan Virus, Spyware, Worm, Trojan dan Malware
  • Perjalananku di Dunia Internet (Part 2)
  • Azizul Terbaik Di Asia
  • Kita Tidak BODOH!
  • Betul Kata Bidalan “Kemana Kuah Kalau Tak Ke Nasi”.
  • Apa akan jadi ngan Malaysia?
  • Mengapa Wanita Gemuk Sering Murung?

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

6 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Semoga sentiasa murah rezeki dengan ilmu-ilmu yang sentiasa menuntut kesabaran. Semoga balik dengan membawa harapan yang tercapai. AMIN

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    AMIN…semoga Munir pulang dengan kejayaan. Insyallah

    [Balas Komen]

  2. boss says:

    wah terharu la anak murid ingatkan pada cikgu..
    boss recently posted..Kadar tukaran wang asing

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Maunya tak terharu BRO…nasib baik tak menitiskan air matakan..

    [Balas Komen]

  3. Itulah hubungan istimewa sejati antara murid dan gurunya…
    Selamat Jalan Munir…
    aktechpage.com recently posted..Masalah Keretapi Lagi Teruk di Jepun daripada KTM Komuter Malaysia

    [Balas Komen]

  4. hafidz says:

    Semoga selamat semuanya~ :D
    hafidz recently posted..kusut

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge