Tersangkut Dalam Van Roti.

By | September 22, 2010

van roti

Setiap pagi bila ke tempat kerja, aku sempat mendengar stesen radio kegemaran aku. Apa lagi kalau bukan Sinar FM. Lantaklah orang nak cakap apa pun. Yang penting Sinar FM telah menceriakan pagi hari aku. Kadang-kadang boleh tergelak besar dek dengar telatah 3 trio pagi Sinar FM Krill, KE dan Abang Jem (Salleh Yaakob) atau lebih di kenali sebagai Mak Ning.

Seperti biasa hari Rabu adalah hari masalah. Pendengar boleh berkongsi masalah dengan DJ dan pendengar Sinar Pagi yang lain. Tetapi pagi tadi ada satu kisah yang betul-betul mencuit hati aku. Kelakar dan kesian pun ada.

Ada seorang pemanggil yang menggelarkan dirinya BOB. Bob adalah seorang penghantar roti. Pagi ini dia keluar seawal pagi untuk meghantar roti-roti ke destinasi. Satu perkara yang berlaku pada BOB sewaktu naik ke Van Rotinya.

Sewaktu BOB ingin menaikki Van Rotinya, ada satu bunyi yang yang berbunyi….”Krakkkkk!!!!….” Alamak seluar BOB koyak. hahahahahahha…aku tak boleh banyangkan keadaan Bob masa itu. Kalau koyak kecil tak apa. Ini koyak besar. Ini yang membuatkan BOB tidak boleh kemana-mana untuk menurunkan roti dari Vannya. Jadi keputusan terbaik stay dalam Van Roti. Nak turun malu, sebab ramai orang kat luar. hahahaahahahahaha

Ini yang membuatkan BOB tersangkut di dalam Van Roti selama 2 jam. Mungkin dia menunggu rakannya menghantar seluar agaknya. Itupun kalau cepat kalau lambat, lagilah lama BOB “tersangkut dalam van roti”. Hai laa Bob…dah nasib ko BOB..Tabahkan hati ya..

Kesian laa kau BOB. Nak buat macam mana, dah nak koyak kan. Hehehehehe..

16 thoughts on “Tersangkut Dalam Van Roti.

  1. usop

    kelakar juga yer, mcm-mcm ler ragam orang kan, tu lah kehidupan kadang kita kita tak pernah nak jangka, hari ni hari dia, mana tau esok lusa hari kita….

    Reply
  2. Azhar

    Memang gelak abis lah sketsa ni. So buat Bob ni, kena pakai uniform macam doktor ker, engineer ker.. so kalau seluar koyak. ada gak covernya. Lagipun kalau pakai uniform macam tu kan nampak professional sikit.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Pakai Boxer eh..tu laa pasal…tak tau laa kalau kena kat aku juga..kompom aku balik semula tukar seluar..itu kalau dok rumah teres..kalau duduk rumah Flat cam maner? hahahahha../

      Reply
    1. Shaffik Post author

      2 kenangan. Terindah dan kelakar. Terindah sebab tak pernah jadi macam tu. Kelakar sebab bila di kenang balik nanti confirm ketawa punya..hahahahhaa

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.