Kenangan UPSR 17 Tahun Lalu. :)

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General, Informasi

peperikssan upsr

Hari ini adalah hari peperiksaan UPSR 2010 seluruh Malaysia. Pasti hari ini hari yang paling mendebarkan untuk adik-adik semua. Pasti segala persiapan telah di buat untuk menghadapi satu ujian penting di Sekolah Rendah. Inilah titik tolak untuk menentukan hala tuju mereka di alam sekolah menengah nanti. Dah inilah peperiksaan yang terakhir untuk mereka di Sekolah Rendah.

Teringat dahulu ketika saat aku menduduki peperiksaan UPSR.  Memang mendebarkan bila melangkah ke dalam dewan peperiksaan.   Bukannya takut apa, takut tak boleh score dengan cemerlang di UPSR. Aku adalah antara murid pilihan di kelas. Bangga beb masa tu. Menjadi kebanggan mak dan ayah aku ketika itu. Aku sering berlawan kedudukan bersama 3 orang rakan lagi.

Sebelum menjalani peperiksaan, aku menghadiri satu kem motivasi yang di anjurkan oleh Sekolah Kebangssan Bukit Mahkota (SKBM). Pelbagai pesanan yang di sampaikan untuk menghadapi peperiksaan. Aku memang bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Apatah lagi bila melihat aku adalah murid pilihan. :)

Setiap malam aku mengulang kaji pelajaran. Mak tidak pernah lupa mengingatkan aku untuk mengulangkaji pelajaran. Katanya, nanti senang nak masuk Universiti. Lagi satu, abah berjanji memberikan sedikit kewangan jika aku “Score” pada peperiksaan UPSR. Aku pun tak ingat berapa RM yang di janjikan. huhuhuhuh.

Menjelang hari peperiksaan, aku lebih berhati-hati. Segala tingkah laku dan percakapan dengan kakak, mak dan abah di jaga dengan baik. Sebab satu Ustaz di kem motivasi mengingatkan kan aku, jangan sakiti hati orang lain bila menjelang hari peperiksaan. Takut tidak berkat dan takut susah nak jawab periksa nanti. Inilah yang aku pegang sehingga aku menjelang hari peperiksaan.

upsr

Pada pagi sebelum aku menuju ke dewan peperiksaa, aku bangun lebih awal sikit. Selepas solat subuh, aku buat solat hajat minta dengan TUHAN untuk mempermudahkan segala urusan peperiksaan UPSR aku nanti. Berdoa dengan Tuhan untuk membuka hati dan minda untuk menjawab soalan. Mengapa? Kerana segala persiapan telah di buat, kini hanya berserah kepadaNYA.

Sebelum aku berangkat ke sekolah, aku salam kepada kedua Mak dan Abah. Minta maaf atas segala kesalahan yang aku lakukan. Minta restu pada mereka berdua untuk aku menjalani peperiksaan UPSR. Mak kata, “Abang jawab betul-betul. Fikir pasal periksa saja“. Abah pula kata “Jangan main-main jawab periksa tu. Penat belajar setiap malam. Jawab baik-baik Insyallah semuanya OK“. Kata – kata ini yang memberikan aku semangat untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan. Aku melangkah ke dewan peperiksaan dengan tenang sekali. Tiada apa yang terlintas di fikiran, hanya menanti kertas soalan yang akan di hidangkan.

Alhamdullilah, 2 hari aku menempuh peperiksaan dengan tenang dan jayanya. Bila keluarga dewan peperiksaan pada hari terakhir tu, hati sudah pun berkata aku score untuk peperiksaan  UPSR ini. Bila selesai dan pulang ke rumah, ada satu berita yang tidak sedap di dengar. Atuk aku pulang ke Rahmatullah akibat sakit tua. Kami bergegas ke JB untuk majlis pengkebumian Atuk. Agak sedih dan masih teringat kembali gurau senda atuk kepada semua cucunya.

ujian seklah rendah

2 Bulan selepas itu, keputusan peperiksaan UPSR keluar. Tepat jangkaan aku. Aku dapat 3A 1B. Walaupun tidak 4A tetapi aku berjaya mengharumkan nama aku sendiri. Aku antara murid yang cemerlang di peperiksaan UPSR pada itu 1993. Kini 17 tahun sudah pun berlalu. Ingat lagi bila aku mendapat tahu, aku di antara pelajar cemerlang ketika itu. Syukur kepada Tuhan yang telah membalas segala usaha aku ketika itu. Yang paling penting Mak dan Abah sangat gembira dan berbangga. Aku telah membuktikan yang aku memang boleh mendapatkan keputusan yang Cemerlang di Peperiksaan UPSR 1993.

Jadi kepada adik-adik yang mengambil peperiksaan UPSR hari ini, Selamat Berjuang. Jawab betul-betul. Usah anggap mudah walaupun ianya peperiksaan UPSR. Ia akan memberikan impak yang besar dalam kehidupan adik-adik semua.  Mungkin cerita abang ini boleh di jadikan panduan untuk menghadapi peperiksaan UPSR kali ini. Selamat Berjaya Semua. Insyallah.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Mengapa Bosan Berblogging?
  • Pagi Isnin yang Indah.
  • Penyelesaian Untuk Pemandu Malaysia
  • Tahniah Peserta Seminar Asas Blogging.
  • Percaya Dengan Apa Yang Kita Lakukan.
  • Tiada Emas di Hari Ke-7
  • Diskaun Dari TNB. :)
  • Seminggu bersama Chuckiesd…
  • Computer make you tired.
  • Duit oh Duit…

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

10 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. tahniah anda pernah cemerlang…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Sama-sama Bro. Bro pulak macam mana?

    [Balas Komen]

  2. zam says:

    UPSR.. oh… tak begitu baik untuk aku… percubaan 3A.. Exam sebenar tinggal A jerk… haahahaha.. tp syukur berkat rexeki dari Allah… akhirnya…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tak apa. Itu kan kenangan lama. Aku hanya terkenang kembali sahaja.

    [Balas Komen]

  3. mycy says:

    aku ambik UPSR tahun 1990. Badge pertama yang ambik periksa 4 mata pelajaran.
    Result tak berape memberangsangkan seperti yang dijangkakan…2A jer…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ok laa tu. Ada A kan..tapi bila di kenang balik zaman-zaman tu memang best kan.

    [Balas Komen]

    mycy Reply:

    memang best…ada pahit dan manis…tapi banyak manis lah…huhuhu

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    haa yang itu yang dengar..banyak manis daripada pahit…

    [Balas Komen]

  4. madlut says:

    heheh..budak baik bro shaffik nie..heheh,
    aku masa upsr tak tahulah, seingat aku, macam tak ambik periksa je..aku pun tak tahu kenapa….tapi alhamdulillah, dapat jgk 3A2B, hehe

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Maksudnya ko ni memang power laa bro..Tahniah…

    [Balas Komen]

10 Comments Trackbacks For This Post

  1. Blog Shaffik » Pesanan Untuk Adik-adik Lepasan SPM.

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge