Sudah seminggu lebih kita semua menyambut Hari Raya. Kini tiba masanya untuk kembali bertugas. Arrghhh badan dah naik malas nak kerja. Dah lama sangat cuti, mind set masih lagi mood raya. Harap Tuhan kuatkan semangat untuk meneruskan cabaran di tempat kerjas selepas hari raya. 🙂
Alhamdullilah, Tahun ini sekali lagi aku dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Sambutan memang meriah. Dari malam hari raya, semuanya indah. Aku dan keluarga berkumpul di rumah mertua aku. Semua adik beradik ada bersama. Hmm..ini yang manisnya. Sebab adik ipar aku juga turut pulang ke Kampung menyambut Hari Raya. Kebiasaannya susah nak dapat cuti. Tetapi kali ini, dia pulang bersama.
Keluarga sebelah aku pula, keluarga Angah dari Kelantan pula pulang ke kampung. Lagi meriah dan kecoh laaa rumah mak ayah aku. Beberapa perkara menarik yang akan sentiasa menjadi ingatan aku pada hari raya 2010.
1) Jadual pada Hari Raya Pertama padat. Pagi di rumah mertua. Tengahari di rumah mak ayah aku pula. Sebelah petang di rumah Atuk di Majidi. Sebelah malam pula aku sudah pun berada di rumah mertua kembali. Cam magik kan.
2) Raya tahun ini, Akhirnya Mak Andak (sebelah wife) sekeluarga berkunjung ke rumah mertua aku. Agak lama mereka tidak berkunjung ke rumah mertua aku sekeluarga.
3) Tahun ini Akif 2 tahun. Sudah tentu telatah dan keletah sudah pasti menjadi tarikan semua orang. Dan yang paling penting, Akif telah menumpahkan satu Jug Air Sarsi di rumah makcik aku di Pagoh. Hari Karpet orang tu. Nak marah pun tak guna benda dah jadi. Tapi memang kelakar, sebab Akif buat muka tak bersalah, setelah JUG itu jatuh ke lantai.
4) Pada Hari Raya ke-2 aku pulang ke Pagoh. Sampai Pagoh pada pukul 3.45ptg. Sekejap sahaja di Pagoh (rumah makcik sebelah isteri), petang itu ke Sri Medan pula untuk bersama keluarga bapa aku. Seperti biasa memang happening.
5) Hari Raya tahun inilah aku dapat tahu ke Pagoh ikut jalan lama. Sebab sebelum ini aku hanya menggunakan Highway. Tetapi tahun ini guna jalan lama. Dan dari situlah aku tahu jalan untuk ke Bukit Kepong. Selama ini aku tak tahu pun jalan ke sana. hahahahahaha
6) Tahun ini juga aku sudah mempunyai rumah baru. Pada malam hari raya ke-2 semua adik beradik aku berkumpul di rumah aku. Memang kecoh dan meriah. Apapun Alhamdullilah, nampak semuanya selesa.
7) Hari Raya 2010 aku mula berjalan berhari raya di rumah jiran-jiran baru aku. Seronok rasanye berkenalan dengan mereka. Maklumlah baru-baru kenal. Jadi Hari Raya 2010 yang mengeratkan lagi selaturahim kami berjiran.
8) Sekali lagi tahun ini aku, Nuaeman dan Boy (bersahaja) berhari raya di rumah Rohaizad. Satu perkara kelakar berlaku. Kusangkan Ijat tak ada kat rumah. Hampir 15 minit tunggu kat luar. Pintu rumah tertutup dan kereta tak ada. Call pun tak dapat. Rupa-rupanya dia ada tetamu di dalam. Hahahaha….
9) Aku juga berpeluang pergi beraya di rumah BOSS, seorang lagi blogger fulltime di JB. Yang paling tak boleh lupa, Laksa Johor Isteri membuatkan aku termengah-mengah untuk memandu pulang ke Tiram. Nasib baik minyak kapak ada dalam kereta. Anyway Thanks Boss.

Gambar Ehsan Dari Boss...hahahahha
10) Hari Raya tahun ini aku berkesempatan pusing berhari raya di rumah rakan-rakan sekolah. Teringat kembali tradisi waktu belajar dulu. Inilah yang selalu kami lakukan setiap tahun. Pusing beraya di setiap rakan-rakan yang ada di rumah. Seronok rasanya.
11) Tahun ini juga aku berkesempatan berhari raya bersama rakan-rakan isteri di tempat kerja. Bermula jam 10 pagi, kami memulakan perjalanan untuk pusing ke rumah rakan-rakan lain. Perut sendat sebab setiap rumah menyediakan hidangan. Nak buat macam mana kan. Dah kata pun berhari raya.
12) Semalam, rumah baru aku pula di terjah oleh sedara-mara aku. Tak pernah die orang datang ke rumah aku sebelum ini. Maklumlah dulu rumah kecik, ini rumah dah besar sikit selesa laa sikit mereka nak datang. Ermm..bestnye bila ramai-ramai datang ke rumah kita untuk berhari raya kan…
Memang seronok tahun ini berhari raya. Harap berjumpa lagi keriangan seperti ini tahun hadapan. Kawan-kawan semua, bagaimana hari raya anda? Seronok, biasa-biasa, suram atau tak best langsung. ?
Fik, kale baju raye ko same ngn aku. Baru aku nampak kekacakkan ko sekarang. bolat mate ko kihkhihkhih
hahahahah…kacak kan…
kacak2.. 🙂 tapi possing macam photoshoot pengatin baru pun ade..
wahhh teringin tui la nk lpk2 dan beraya ngan ampa semua org2 lama dalam blogging…sekilas pandang raut wajah akif mmg dh agk tahap kenakalannya huhu
hehehehe….memang agresif dah budak tu…kadang-kadang sampai letih melayan..tapi memang seronok…
hmm.. umah baru ko aku belum sampai² lagi ek..
Belum…jemput laa datang..raya ni..Bawak wife n anak ko sekali…
anak aku pun sama, walaupun baru 11 bulan, dah dua rumah tok sedara dia pecahkan gelas, huhuhuhu
em jalan pagoh tu lalu bukit kepong yer, aku selalu lalu jalan tu dari tangkak nak balik ke labis, simpang bukit serampang pastu jumpa bukit kepong then labis 🙂
Sama laa dengan anak aku bro…biasalah bebudak..Memang banyak ragamnya…hehehehe..
wah mesti seronok dapat beraya kat rumah sendiri.. nanti senang2 aku nak datang raya rumah ko plak.. 🙂
Boleh aja..call dulu sebelum datang ya…
ok no hp dah copy.. boleh delete no hp tu.. 🙂
OK noted.
Wow~
Memang best betul ni beraya~.
Syukurlah.
Moga raya tahun akan datang terus seronok.
Amin 😀
Insyallah..Moga-moga tahun depan jumpa lagi saat-saat sebegini…
Sori xdapat join, tapi malam ni aku pegi umah ijad.. 🙂
Takder hal bro..ajak ijat datang umah aku..
pergh… macam pengantin baru.. hehehe…. gambar yg first tu ler….
Yer ker macam pengantin baru..huhhuhhhhuhu…nampak ni aku ni muda lagi…hahahahahaha
ewah ewah ewah…hepi btol raya…haha..
nasib baik la korang jauh kat johor..kalau tak..aku dh join dah…
Sesekali turun laa sini bro..boleh lepak sama-sama…
wahh..kacaknya..haha, akhirnya blog ini dah boleh dilayari dengan menggunakan broadband tanpa sebarang masalah..
rumah baru ke brO. tahniah…memang best raya bila ada benda baru nie..hehe
Alhamdullilah..dah bley access..Baru tukar hosting bro…
Rumah baru, memang best..rasa cam malas nak naik kerja bro..
hahahaha
Shaffik…kalo ke sri medan leh la dtg singgah umah aku next time kan…sonok baca kisah raya 2010 ko…all the best n may Allah bless u n ur family…amin!!
Insyallah. Inilah kidah Raya aku 2010. Penuh keceriaan. Harap ianya berterusan…