Pada hari Jumaat ini seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal. Walaupun ada khabar angin yang mengatakan Hari Raya Aidilfitri 2010 akan jatuh pada hari Khamis, tetapi kita semua tetap akan menyambutnya. Tak kisah hari apa pun kan. Hari yang paling di tunggu-tunggu untuk semua. Pada tahun ini aku menyambut Hari Raya di rumah mertua aku di Felda Tenggaroh Timur 1. Aku mula bercuti pada Khamis 09 September 2010 – 13 September 2010. Pada waktu ini penulisan blog juga di hentikan seketika untuk menyambut Syawal bersama keluarga.
Segala persiapan sudah sedia. Alhamdullilah aku bertemu lagi dengan Syawal.Tahun adalah tahun ke tiga aku meraikan Syawal sebagai part time blogger. Di kesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Shaffik.com, rakan-rakan blogger, rakan-rakan Facebook, rakan-rakan twitter, kenalan di tempat kerja, kawan-kawan lama, seluruh ahli keluarga dan semua umat Islam di seluruh Dunia.
Semoga Syawal yang bakal tiba memberikan 1001 pengertian untuk semua. Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada semua andai ada kesalahan atau kesilapan atau ketelanjuran kata-kata sepanjang perkenalan kita. Mungkin dari segi percakapan atau perbuatan aku yang membuatkan anda semua terasa hati. Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Aku juga memohon kemaaf jika ada entri-entri yang di terbitkan menyinggung perasaan anda semua. Apa yang di sampaikan hanya sekadar pendapat peribadi yang lahir dari hati. Tiada sedikit pun perasaan dendam atau niat untuk menyinggung perasaan anda semua. Semoga Aidilfitri tahun ini membuatkan kita semua lebih akrab menjadi keluarga, sahabat dan teman-teman.
Sama-samalah lah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan rasa tenang dan gembira. Insyallah jika ada kesempatan aku akan berkunjung ke rumah kenalan terutamanya rakan-rakan blogger atau tempat kerja atau seangkatan dengannya di sekitar JB. Akhir kata dari Shaffik,
SELAMAT HARI AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR BATIN untuk semua.
*** Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingat OPS Sikap sudah pun di lancarkan. Jangan Kompaun dah turun korang sesuka hati pula memandu ya….
salam aidilfitri bro shaffik! maaf zahir dan batin! =D
Selamat Hari Raya juga untuk awak..Maaf Zahir Batin…
Selamat Hari Raya bro..Kalau balik kg, berhati2 dijalan raya..
Selamat Hari Raya Bro..Alhamdllilah, dah sampai kampung pun..
slmt hari raya buat shaffik.com
moga bergembira di hari lebaran.. =)
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin untuk kamu juga…
selamat hari raya untuk shaffik.com =)
Salam Bro, Lama tak dengar cerita. Raya di mana tahun ni?
sama2 bz.. raya rumah mak macam biasa.. orang takde bini lagi memang macam nie… =)
Uik lain macam jer bunyinya..
selamat hari raya geng, semoga raya tahun ni lebih meriah 😀
Selamat Hari Raya untuk kamu.Yup semoga tahun ini lebih meriah. Lagi pun semua adik beradik berkumpul tahun ini..:)
Selamat hari raya bro..jemput2 la datang ke umah hehe
Selamat Hari Raya..Rumah aiman kat mana yer?
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.
Moga pada 1 Syawal 1431 Hijrah sambutannya meriah ya! 😀
Selamat hari Raya. Jumaat kita akan menyambut Syawal. Semoga ia lebih bermakna.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir yang terkasr dan batin yang menyakitkan. 🙂
Sama-sama laa kita. Harap Aidilfitri kali ini lebih mengeratkan silaturahim sesama kita.
Terima Kasih.
salam singgah… selamat hari raya…
Selamat Hari Raya…
selamat hari raya bro..maaf zahir batin..raya tahun agak meriah skit.hehe..
ps:pestime lepas msk blog bro..
Thanks. Dah Tukar Hosting. Terpaksa buat..
Selamat Hari Raya.
selamat hari raya bro… 🙂
Selamat Hari Raya. Amcam raya tahun ni? OK ker?
Bila dah tukar hosting.. baru tau ramai kawan2 yang tak lepas masuk blog ni.. ingat aku sorang je..