Jangan Terlepas Pandang Pada Post Tags

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging

tags

Macam mana semua hari ini? Sihat? Di harap semua sihat-sihat belaka. Hari ini aku ingin berkongsikan satu lagi teknik yang mudah tetapi sering di pandang remeh oleh blogger. Mungkin ada blogger yang tidak mengendahkan langsung akan isu ini.

Apa sumber-sumber keyword yang mudah di cari oleh Pak Cik Google? Selain daripada memainkan keyword-keyword yang digunakan di dalam entri,  ada pelbagai cara untuk menarik perhatian Enjin Carian mencari keyword-keyword di dalam blog kita. Apa yang perlu adalah, berimaginasi bahawa keyword-keyword ini akan di cari oleh orang lain seperti mana anda mencari sesuatu maklumat di enjin carian.

Ada satu tempat perkara yang sering di lupakan oleh blogger semasa menulis entri. Perkara ini mungkin tidak di anggap tidak penting, tetapi bagi aku ianya amatlah penting sekali untuk menarik perhatian Google atau Enjin Carian yang lain. Ianya juga boleh dijadikan sebagai penyumbang traffik masuk ke dalam blog kita melalui enjin carian. Semakin banyak kita memberikan sumber kepada enjin carian (Google, Yahoo, Bing), semakinlah blog kita mesra enjian carian. Dan senanglan ia di capai oleh pengguna di kemudian hari.

Apa benda yang Shaffik membebel ni? OK. Perkara tersebut adalah Post Tag. Mungkin ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Mengapa tak di letakkan Tags-tags yang berkaitan dengan entri anda? Mengapa lupa? Mengapa terlepas pandang? Sebabnya anda mungkin tak perasan akan fungsi di sebaliknya. Apa yang anda tahu, TAG akan di paparkan di sebelah sidebar blog anda. Ataupun di akhir entri yang anda terbitkan.

Tetapi, selain memberikan gambaran tentang entri anda, TAGS juga mampu memberi traffik kepada blog anda. Aku telah mencuba untuk meletakkan tag di setiap entri yang aku terbitkan. Hasilnya? Ada beberapa tags yang aku tuliskan berjaya membawa traffik masuk ke blog aku. Bukan itu sahaja, malah ianya berada di muka surat pertama Google. Ermm menarik kan…

Lihat beberapa contoh TAG yang berjaya menduduki mukasurat pertama Google.

penulis blog sambilan

photographer bukit gambir

photographer kota tinggi

Percaya atau tidak? Itulah realitinya. Jadi jangan lupa letakkan Post Tags pada entri anda ya. Ia memang penting.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Gathering Blogger Selatan
  • Boss macam maner yang korang nak?
  • Tips Untuk Membeli Kereta.
  • Salam Lebaran Dari Shaffik.com
  • Arrgghhh…Server Down
  • Portal Kerajaan Malaysia Menjadi Sasaran Anonymous
  • Chong Wei Juara All England
  • Tips : Tidur Di Tempat Kerja? :)
  • Tengok dulu sebelum masuk. :)
  • Kalau Kuli buat Cara Kuli.

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

14 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. aku selalu jugak ter’abai’ nak letak tags..
    biasa jadi kalau kelam kabut nak publish post

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Rugi tu bro..sebab memang ada pontensi untuk tarik traffik. So lepas ni rileks jer bro buat entri…

    [Balas Komen]

    sabree hussin Reply:

    hho pastinya kali ni akan ambik perhatian lebih :-)

    [Balas Komen]

  2. aimannajmy says:

    Waahh aduii rugi selama ni tak amik kisah pasai tag ni..tq bro pasni nk buat setiap post..makna kata word tag kita tuh xdak org buat lagi maka pages kita berpotensi untuk up first pages la ek?..errr kalo meta tag tuh apa dia pulak

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Insyallah. Tak janji laa..tetapi aper yang aku buat biasanya macam tu laa..pakai keyword yang tak banyak pesaingnya….

    [Balas Komen]

  3. Hadi Rofiee says:

    T/kasih kerana info ini.

    Cara mudah, namun hebat.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks. Simple but sedikit sebanyak boleh membantu menarik traffik.

    [Balas Komen]

  4. Azhar says:

    Bro. Artikel yang sangat berguna. Tapi post tag tu yang selalu kita add kat sebelah kanan di sebelah column posting kita yer.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Yup. Add kat situ.

    [Balas Komen]

  5. naz says:

    setuju bro, mmg patut letak keyword yg berkaitan kat tags dan pastikan post tags anda di setkan index utk google

    [Balas Komen]

  6. Ayie says:

    Didalam bahagian post tag tu, aku akan letak 10 tags. Itu maksimum :D Minimum, aku akan letak 2 sahaja.

    Tapi kalau dalam ALL In ONE SEO pack tu, aku akan buh berpuluh2 keyword.. Huhuhuh

    [Balas Komen]

  7. titan says:

    tag ni mainan blogger aje. Kalau pandai guna..umpama kita dah bukak berjuta-juta pintu ke blog kita.

    [Balas Komen]

  8. shu says:

    oooooooooo baru tau fungsinya. tq lagi.
    shu recently posted..BEAUTEE COLLAGEN AMPOULE

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    hehehe..so jangan lupa letakkan tags semasa buat entri ya..

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge