Mengapa Kita Terlalu Lemah?

By | August 27, 2010

Topik ini mungkin sudah banyak di perdebatkan. Sudah ramai orang yang mengupas akan isu ini. Aku terpanggil untuk sekali lagi menulis mengenai topik ini adalah untuk mengingat diri aku sebagai umat Islam dan mengingatkan kepada semua tentang kebenaran kelemahan umat Islam.

Mengapa sering terpapar di berita atau dada akhbar yang umat Islam sering di tindas. Umat Islam sering diperlekehkan oleh kaum-kaum lain. Jika di ikutkan pada statistik penganut agama dunia pada 2005, penganut agama Islam adalah kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian. Tetapi mengapa Islam terus di tindas? Mengapa begitu lemahnya umat Islam?

Aku ingin mengajak kepada semua membaca ulasa yang di buat oleh Dr Farrukh Saleem yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan,. Dalam ulasan beliau menyatakan betapa lemahnya umat Islam dan terus menerus di tindas. Mengapa Yahudi terus terlalu berkuasa di dunia sedangkan populasi pada tahun 2007 hanya 0.22% sahaja?

statistik penganut agama dunia

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

islam kuasai dunia

Lihatlah betapa besarnya kuasa mereka. Memang sudah di tentukan, Yahudi mempunyai ramai golongan yang bijak pandai. Tetapi lupakan kita bila mana ramai cendiakawan Islam yang tersohor suatu ketika dahulu. Mengapa itu tidak dijadikan satu inspirasi untuk kita semua?  Satu jawapan yang tepat mengapa Islam Terlalu Lemah adalah kerana kekurangan ILMU. Kaum-kaum lain sanggup belajar sehabis mungkin dan mengkaji tentang ISI Al-QURAN. Tetapi umat Islam sendiri tidak menghayatinya sebaik mungkin.

Sampai bila Umat Islam ini terus lemah dan terus di tindas. Sampai bila kita mahu melihat pertumpahan darah yang melibatkan orang Islam? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita nanti terus lemah dan sewenang-wenangnya di pijak oleh kaum-kaum lain. Memang sudah termaktub, orang yang berilmu itu akan terus di pandang tinggi oleh orang lain. Betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita bukan. Ini bukan omongan kosong. Inilah realitinya yang harus di ambil kira sebagai umat Islam.

Usah berhenti menuntut Ilmu. Usah bosan menuntut Ilmu. Jika tidak mampu untuk berlawan dengan senjata, lawanlah dengan Ilmu Pengetahuan. Lawanlah musuh anda semua dengan Ilmu.  Insyallah umat Islam akan terus maju dan takut untuk di tindas oleh orang lain.

Ingatlah zaman sekarang, tidak perlu lagi bergaduh, bertumbuk atau berlawan untuk memperoleh sesuatu. Hanya berbekalkan Ilmu yang tinggi, Insyallah kita boleh mencapai kejayaan yang cemerlang. Dan yang paling penting, Sanggupkah kita terus di ketawakan oleh orang lain dek kerana ilmu yang cetek? Persiapkan diri dengan Ilmu di dada untuk menghadapi cabaran yang lebih getir di masa akan datang.Tanpa Ilmu kita tidak akan kemana. Tanpa Ilmu percayalah kita akan terus dipandang lemah dan hina. Tiada apa yang boleh dibanggakan tanpa Ilmu. Sematkan dalam diri untuk terus menuntu Ilmu dan menandingi kaum-kaum yang lain. Itulah harta yang paling penting dalam diri kita semua. Ini juga satu peringatan untuk aku juga yang tidak pernah bosan untuk terus menuntut ilmu sehingga akhir hayat nanti. Insyallah.

Renung-renungkan lah.

4 thoughts on “Mengapa Kita Terlalu Lemah?

  1. nuaeman

    ” Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu perkara iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat ”

    Kelemahan umat Islam kini bukan sahaja tidak bersolat subuh berjemaah malah ada yang langsung tidak bersolat subuh. Umat islam ramai yang telah terlena dengan kenikmatan hingga lupa untuk mengkaji dan meneliti tentang agama sendiri hinggakan doa yang mereka aminkan pun mereka sendiri tidak tahu apa maknanya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.