Rempit Di Ambang Merdeka

By | August 23, 2010

jalur gemilang

Bila sampai sahaja 31 Ogos setiap tahun, aku pasti teringat satu peristiwa yang akan aku kenang sepanjang hidup aku.  Biasalah pada ketika zaman remaja dahulu, tarikh 31 Ogos lah yang paling di tunggu-tunggu. Perkara yang sibuk sangat di tunggu-tunggukan adalah masa bersama rakan-rakan. Masa untuk 100% enjoy sampai ke tahap yang paling tak boleh handle sekali.

Hahahaha. Bila di ingatkan balik memang kelakar waktu itu. Memang tak fikir apa, hanya untuk bersuka ria.  Tujuan hanya satu, untuk enjoy. Sanggup menunggang motosikal jauh beratus kilometer hanya untuk bersama rakan-rakan. Tidak hirau apa orang nak kata, yang penting boleh konvoi beramai-ramai.

Paa tahun 2002 / 2003, aku pun tak pasti tahunnya adalah satu detik yang paling di ingati sehingga kini. Aku bersama rakan-rakan memulakan konvoi bermotosikal dari Melaka ke Port Dickson. Hari riang gembira apabila motor EX5 aku JEL 4179 (Motor tu pun dah hilang) akan sampai ke Port Dickson. Huhuh..bukan senang tu.

Pada petang 30 Ogos, kami berkumpul di satu rumah sewa di sekitar Ayer Keroh. Hampir 15-20 biji motor dapat di kumpulkan untuk menyertai konvoi kali ini. Wah…semua bersemangat untuk menyambut ambang merdeka di Port Dickson.  Kami memulakan perjalanan kira-kira jam 6.00 petang dari Ayer Keroh Melaka. Kami memilih ikut jalan lama dengan alasan “Line Clear”.

credit to thestar.com.my

credit to thestar.com.my

Pada mulanya kami ingin meneruskan perjalanan untuk ke PD. Tetapi seorang rakan ingin berhenti seketika di Kampung Gadek untuk berjumpa rakanya di kampung itu. Mungkin mengajak mereka join kami sekali. Rupa-rupanya mereka sememangnya sudah berkumpul di sana. Bukan 10-20 motosikal. Tetapi ada lebih  70-80 motosikal yang bersedia untuk berkonvoi bersama kami.

Wow, satu konvoi yang terbesar yang pernah aku join. Bukan setakat di kampung itu sahaja, tetapi rakan-rakan di sekitar kampung gadek turut join sekali. Kalau di kira-kira adalah lebih kurang 200 biji motor yang bersama-sama kami. Memang best. Ada terasa bangga pun ada. Ya lah, ketika itu apa yang nak dibanggakan? Hanya motor, motor dan motor.  Baru laa REMPIT kan…hahahahaha…

Bila dah ramai, masing-masing menunjukkan belang masing-masing. Ye laa. Dah nama pun Jantan kan. Tunjuklah laa kehebatan bersama motor masing-masing. Dalam sibuk-sibuk begitu pun ada juga yang sempat lagi berlumba sesama sendiri. Erm. Naluri rempit memang tidak boleh di pisahkan. Dimana ada kemahuan di situ ada highway…hahahaha

Namun kesukaan kami tidak berpanjangan. Terdapat sekumpulan rakan-rakan yang sibuk berlumba. Tidak hirau keselamatan dan bahaya yang bakal di timpanya. Dua biji motor cuba memotong sebuah kereta di satu selekoh berbahaya. Dan memang pun double line, tetapi dek kerana ingin menunjuk terror, seorang daripadanya tidak lepas dan bertembung dengan kereta yang datang dari arah yang bertentangan. Bila bertembung, mamat itu terus terjatuh di deretan motor-motor yang berkonvoi di belakangnya. Antara  motor-motor yang berdekatan adalah motor aku dan rakan baik aku (Fakhri). Aku sempat mengelak, tetapi Fakhri tidak dapat mengelak dan melanggar kaki mamat berkenaan. Nak tak nak terpaksa lah langgar. Jika tidak dia yang akan di timpa bahaya di hadapan. Dari berita yang kami terima selepas itu, Mamat berkenaan cedera teruk dan patah kakinya. Motor yang di tungganginya tak tau apa cerita.

rempit habisPerasaan takut sudah mula menyelubungi kepala aku. Walaupun aku tak langgar mamat tu, tetapi kejadian itu memang pantas berlaku. Selepas kejadian itu kami berhenti sebentar untuk meredakan keadaan. Kami meneruskan perjalanan kami ke PD.  Dan selepas itu tiada lagi aksi ngeri dan aksi tunjuk berani lagi. Haaaa..kecut perut sekejap.

Kami sampai di PD, kira-kira pukul 9.30 malam. Bila dah sampai PD, ramai mat-mat rempit yang menunjukkan aksi masing-masing. Daripada Whillie, Wikang, Race, Ramp Moto sampai merah Exzos hinggalah yang diam tidak berbuat apa-apa. Sebab apa? Motor dah pun Jammed. Hahahahaha..

Memang happenning. Inilah masa-masa yang di tunggu-tunggu oleh mat-mat rempit semua. Tetapi kesukaan kami tidak berpanjangan, hujan mula turun selepas countdown. Kami hanya lepak di semuah restoran hinggalah ke pagi sambil gelak ketawa di selang selikan dengan teka-teki yang pecah perut. Selepas sarapan pagi, kami terus pulang ke Melaka. Kali ini dengan Gentlenya kami meredah Highway. Nasib baik tak ada Abang Sedara yang menunggu.

Dalam perjalanan pulang, ada juga beberapa biji moto yang terpaksa di tolak. Sebabnya Jammed panas.:).  Alhamdullilah kami selamat sampai ke rumah sewa masing-masing. Aku terus pulang ke rumah sewa aku di Ayer Keroh Height.  Keesokkan harinya, sesuatu pula berlaku pada motor Ex5 aku.

Motor aku menjadi lembab semacam. Sehingga nak bergerak pun susah. Sah motor aku pula yang Jammed. Argghhhh tidakkkkk..Dari semalam dok ketawakan orang kini aku pula menerima bahananya. Hahahahaa. Terebang RM100 lebih untuk mengembalikan motor EX5 kepada keadaan normal. Hai nasib nasib. Tetapi saat-saat ini lah yang membuatkan aku terkenang bila tibanya 31 Ogos. Dari konvoi, accident, PD, Gelak Ketawa sehinggalah motor aku jammed. Hahahahah. Satu kenangan yang begitu manis yang tidak mungkin aku kecapi lagi. Siapa kata Shaffik tidak pernah menjadi Mat Rempit…..

Kawan-kawan semua macam mana? Pasti ada kenangan di 31 Ogos kan.

13 thoughts on “Rempit Di Ambang Merdeka

  1. ulik

    “roy2 hati ko keras roy”…..(petikan filem gila2 remaja).
    sesuai ngan kita waktu masa muda mudi dulu..hahhahaah.
    masa 310gos ko tak penah merempit kat tanjung balau ker?…
    bukan ke kat situ dah jadi mcam event tahunan…

    Reply
    1. Shaffik

      Kat Tanjung Balau aku nak kereta dgn member aku..Dah advance sikit bro…Roy, hati ko memang keras Roy…hahahahah

      Reply
      1. Hadi Rofiee

        Bagus2. itu yg mahu dengar.. samalah saya masa sek menengah dulu, tapi bukan ke arah rempit, cuma nakal2 & suka buat kes.. hehe..

        Alhamdulillah, saya sedar. 🙂

        Reply
    1. Shaffik

      Tu sebab memang tak boleh lupa..Setiap tiba sahaja bulan merdeka, perkara ini memang mengingatkan kembali pada peristiwa konvoi ke PD.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.