7 Sebab Mengapa Entri Atau Post Anda Tiada Komen?

By | August 19, 2010

tiada komen

Entri tiada komen. Entri yang diterbitkan hambar dan kurang orang yang ingin meringankan jari jemari mereka utuk mengomen( Betul ke ayat ni). Perkara ini adalah bukan seseuatu yang baru berlaku kepada para blogger. Mesti ramai yang pernah menghadapi situasi yang sama. Begitu juga kepada aku.

Ada beberapa entri yang pernah aku tulis tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Tidak ramai yang komen. Lebih menjadi bencana lagi adalah tiada komen langsung.  Bagaimana jika ini yang berlaku pada anda semua? Jawapannya hanya satu. Sudah pasti kecewa bukan. Kecewa bila entri yang diterbitkan tidak mendapat sambutan.

Kecewa memang kecewa. Tetapi jika di fikirkan secara positif, ia adalah untuk menduga sejauh mana kekentalan kita sebagai blogger. Seorang blogger yang kental akan sentiasa memperbaiki penulisan pada entri-entri yang di terbitkan. Jika tiada komen atau tidak banyak komen yang masuk, pasti ada sesuatu yang berlaku dengan entri berkenaan? Mengapa ya? Di bawah aku senaraikan kemungkinan yang berlaku jika entri yang di terbitkan tidak mendapat sambutan dan tiada komen dari pengunjung.

1) Entri berkenaan tidak dekat dekat hati pengunjung. Jadi mereka tidak tertarik untuk menulis komen.

2) Entri yang diterbitkan pada waktu yang salah. Ada yang mengatakan, setiap entri yang di terbit mestilah kena pada masanya. Memang ada kebenarannya. Jadi carilah bilakah masa yang sesuai untuk menerbitkan entri.

no komen

3) Tajuk entri yang di terbitkan tidak menarik perhatian para pengunjung langsung.  Tanpa tajuk yang boleh memberikan kesan, ia juga tidak akan menarik perhatian para pengunjung untuk membacanya.

4) Entri yang diterbitkan tidak di PING ke laman-laman sosial. Entri berkenaan tidak di promosi atau di beritahu kepada orang  dan rakan lain yang juga bukan di kalangan blogger. Jadi bagaimana orang nak tahu ada entri terbaru di blog anda kan? Gunakan Facebook atau Twitter atau Gengblogger untuk memberitahu ada sesuatu yang baru di blog anda.

5) Entri yang diterbitkan tidak di fahami oleh pengunjung. Mungkin olahan ayat yang di tulis amat sukar untuk di fahami. Ataupun maksud ayat-ayat yang ditulis tidak sampai kepada pemahaman pengunjung. Jadi kaji sedalam-dalamnya bagaimana menghasilkan satu entri yang berkualiti. Bukan mudah tetapi selagi tak cuba tak dapatlah penulisan yang berkualiti kan.

6) Entri yang diterbitkan tidak kena dengan Niche Blog anda. Jika blog anda pasal Makanan, tiba-tiba pada suatu hari anda menerbitkan entri tentang Kereta. 100% pasal kereta.  Ia tidak akan menarik perhatian pengunjung untuk meletakkan komen. Sebab peminat blog anda ialah kaki makan, bukan kaki kereta. Bukan tak boleh buat satu entri yang tidak berkenaan dengan Niche, tetapi olahan ayat itu memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian pengunjung.

7) Setiap entri yang anda terbit membosankan. Ia amat membosankan untuk di baca dan di tatap oelh pengunjung. Mungkin cara penulisan anda atau cerita yang anda sampai terlalu membosankan. Jadi ambil berat dengan setiap entri yang di terbitkan.

Perkara-perkara di atas adalah kemungkinan yang berlaku jika entri yang anda terbitkan tiada komen dari pengunjung. Mungkin banyak lagi yang boleh di senaraikan. Tetapi perkara di atas adalah perkara yang selalunya berlaku. Usah risau dan terlalu kecewa jika Entri yang di terbitkan tidak mendapat perhatian pengunjung.

Bukan mudah menjadi seorang blogger yang hebat. Ianya memang mengambil masa. Kaji di setiap sudut penulisan anda. Kaji pada entri-entri yang lepas. Entri yang macam mana disukai pengunjung? Apa yang pengunjung mahukan? Ayat-ayat yang macammana boleh menyetuh hati pengunjung ? Kaji sedalam-dalamnya mengapa entri yang lepas di sukai oleh pengunjung? Adakah jalan ceritanya? Adakah ia bersifat santai?  Tidak terlalu berat untuk pengunjung?

Pelbagai aspek yang perlu di ambil kira. Sebabnya hanya kita sahaja yang tahu apa yang pengunjung mahukan daripada blog kita. Apa yang mereka sukai? Jika semua ini di monitored dengan baik, Insyallah para pengunjung akan meninggalkan komen di Entri yang anda terbitkan. Jangan mengharapkan apa yang tertulis pada tutorial semata-mata. Kajian dari diri sendiri juga di perlukan untuk menghasilkan penulisan yang berkesan. Malah ia lebih memberikan kesan sebabnya ianya dari tangan anda sendiri.

22 thoughts on “7 Sebab Mengapa Entri Atau Post Anda Tiada Komen?

  1. Syafrizal

    satu entri yang menarik dan harap para blogger yang ingin menulis dengan berkesan..
    amalkanlah dan perbaikilah cara penulisan kita.. Insya Allah akan menarik minat para pembaca..

    Reply
    1. Shaffik

      Penulisan itu amat penting. Dari penulisanlah ia boleh menarik minat pengunjung untuk terus datang ke blog kita. Jadi sentiasa perbaiki penulisan untukl terus kental dalam dunia blogging.

      Reply
  2. Azhar

    Satu artikel yang sangat berguna buat blogger yang kekadang hilang daya penulisan yang berkesan. Tetapi kekadang tiada komen tapi ada silent readers

    Reply
    1. Shaffik

      Yup. Ini satu perkongsian dari pengalaman bro. Yang penting jangan putus asa untuk terus menulis di blog sendiri.

      Reply
  3. boy_bersahaje

    yup bukan senang nak tarik pembaca utuk tulis komen. tapi fiq, bagi aku komen ni no 2. yang penting traffic. kalau traffic mencanak, komen kurang, aku boleh senyum dengan 1 syarat. bounce rate rendah :). kalau bounce rate blog kita rendah, means unique visitor kita tinggi dan silent reader kebanyakkanya. dan 80% traffic blog aku dan ahli pengomen datang dari facebook. means dia kenal kita.

    dari situ baru ada rasa senang untuk dia orang koemn. ni pendapat aku. so di samping kita menulis blog, bersosial di facebook dan twitter jugak boleh naikkan jumlah komen. Ini just teori awal. tapi the main is, entri meman kena power baru 🙂

    Reply
    1. Shaffik

      Erm betul jugak bro. Kalau traffic tinggi but tak ada komen, mean more silent reader yang dtg. Ermmm satu pendapat yang bernas sekali…thanks.

      Reply
  4. Hadi Rofiee

    Salam.

    T/kasih kerana maklumat ni. Saya masih baru di alam blog, & akan terus bljr & bljr lagi.

    bljr dprp kesilapan. 🙂

    t/kasih bro.

    Reply
    1. Shaffik

      Sama-sama. Aku pun masih belajar. Apa yang di tulis adalah pengalaman yang aku rasakan harus di kongsikan bersama kawan-kawan lain.

      Reply
  5. khairolghani

    kalau dulu masa awal2 berblogging,memang suram je..tapi lama2,bila dah dapat rentak,akan ada la pengunjung dan juga komen..

    Reply
  6. aimannajmy

    hurm tuh la kadang2 nak dapat tune blogging ni bukan sng..masih meraba mencari hala tuju..paling diri ini tersenyum bila ada commentor baru yang memang x kenai hehe..terasa blog cam ada sudi baca..tapi ada gak yang silent readers ni

    Reply
    1. Shaffik

      Haa di situlah manisnya kan. Memang betul, mencari tune dalam blogging ni memang mengambil masa sikit

      Reply
  7. fareast

    masih banyak yang perlu di pelajari jika untuk menulis, teruskan usaha bro. Setahu saya, walaupun tak ada pembaca tetapi tetap ada silent reader. Salam Ramadhan…

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Memang betul. Tetapi kebiasaanya komen yang di berikan adalah return visitor. Lebih banyak return visitor yang datang komen lebih berpotensi untuk meningkatkan traffik di Alexa. Itu pendapat aku laa.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Jangan give up kak…itu lah cabaran seorang penulis blog. Dari situ kita boleh di kaji mana silapnya. Tapi jangan lupa dengan silent reader kak..

      Reply
  8. AS

    Tip yg sangat bagus. Thankz shaffik. Sedih jugalah bila tiada org nak komen pada entri yg kita tulis.Salah satu sebab lagi kenapa tiada org nak komen kat blog kita ialah kerana kita sendiri tidak ringan tangan nak komen kat blog org lain. Ini adlh berdsrkan dari pengalaman saya sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.