Bekerja Di Rumah Bukan Menjadi Surirumah Ya…

By | August 18, 2010

bekerja di rumah

Aku telah menerbitkan satu entri pada 18 Februari 2009 mengenai Suami Menjadi Surirumah? Boleh Ke?. Entri ini berkisahkan persoalan bolehkan Suami menjadi surirumah? Boleh ke suami menjadi surirumah? Ermmm..Satu persoalan yang boleh mengundang sensitiviti para suami yang tidak bekerja dan hidup daripada hasil Isteri. Maaf jika ada yang terasa.

Banyak komen-komen yang di terima. Memang ramai yang tidak setuju jika suami menjadi surirumah dan isteri pula mencari rezeki menanggung keluarga.

Ini antara komen yang diterima :

serina Says:
July 9th, 2009 at 8:41 am edit

Suami adalah ketua keluarga so tak patut la dia dok umah buat keje2 umah. Bukan x boleh jadi surirumah dah menyalahi hukum. Bukan perempuan yg wajib bagi nafkah kat suami…Mcm suami saya mmg pandai masak tapi bab2 mengemas ni failed. x boleh buat setertib perempuan. Sepatutnya suami zaman sekarang harus bersyukur kerana isteri sanggup menolong mencari duit utk tampung kekurangan suami. Bukannya letakkan beban mencari nafkah pada isteri. HARU LA WEIIIIIIIIII………

Kak Nah Says:
August 17th, 2010 at 10:45 am edit
mana boleh… selagi suami ada kudrat, suami wajib berkerja…ia adalah satu ketetapan yg maha esa..isteri pula tdk wajib berkarja malah tempat terbaik buat seorang isteri ialah di rumah…Islam dah tetapkan begitu…

Lihat ulasan daripada Kak Nah. Amboi marah betul Kak Nah. Kalau di tanya kepada aku pun, sememangnya aku tak setuju 100%. Sebab apa? Sebabnya, sudah memang menjadi tanggungjawab suami mencari rezeki dan menanggung keluarga.

Tetapi pada masa ini, ramai suami yang lebih memilih bekerja di rumah. Mencari rezeki daripada kepakaran masing-masing. Ianya adalah satu perbezaan dan maksudnya sama sekali. Aku percaya bagi suami yang selesa bekerja di rumah dan mencari rezeki untuk keluarga sememangnya sudah  menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Cuma cara mencari rezeki itu yang berbeza. Yang penting halal dan tidak peningkan kepala. Bukan duduk di rumah sahaja dan menunggu hasil daripada Isteri.

suami rumah tangga

Entri ini ditujukan khas pada semua suami. Wahai suami-suami sekalian, sememangnya Suami tidak boleh jadi surirumah. Jangan lupa tanggungjawab anda sebagai suami. Isteri mempunyai hak untuk berhenti bekerja dan menjadi surirumah jika itu pilihan mereka. Si Suami tidak berhak menghalang apatah lagi memaksa. Jadi janganlah nak bising-bising jika Si Isteri tidak menyumbang kepada ekonomi keluarga. Sebab tugas mereka sememangnya menjadi surirumah dan menjaga segala keperluan suami serta keluarga. Jangan nak membebel jika Isteri tidak membantu. Usah mengeluh jika Isteri tidak mahu bekerja. Yang mencari rezeki adalah Suami. Jadi suamilah yang harus bekerja keras  mencari rezeki untuk keluarga selagi sihat tubuh badan.

Bagi si Isteri pula, berpijaklah di bumi yang nyata. Lihat dan kajilah di mana kemampuan Suami masing-masing. Jangan meminta di luar kemampuan Suami. Bersyukurlah dengan apa yang Suami berikan.  Berikan sokongan sepenuhnya dengan apa jua suami ingin lakukan dalam soal mencari rezeki. Usah terlalu memberikan tekanan kepada Suami. Jika masing-masing tahu menilai tanggungjawab masing-masing, Insyallah harmoni dan bahagia kehidupan rumahtangga. Insyallah.

19 thoughts on “Bekerja Di Rumah Bukan Menjadi Surirumah Ya…

  1. hafidz

    Yup.
    Memang sekarang ni banyak suami bekerja di rumah saja.
    Dan yang pasti mereka ini takkan lupa tanggungjawab terhadap keluarganya 😀

    Reply
    1. Shaffik

      Memang ramai yang lebih suka bekerja di rumah. Yang penting menjalankan tanggungjawab mereka sebagai suami.

      Reply
  2. Ezad

    Sebenarnya tugas suami meliputi semua memasak, membasuh mencari nafkah, dan bukan kerja si Isteri, cuma mendapat pahala jika membantu suami, tapi konsep ini disalah ertikan oleh orang sekarang, tapi sebaiknya tolenrasi diantara satu sama lain.

    Reply
  3. Kujie

    Persekitaran perumah Kak Jie ada beberapa lelaki yang ‘menjadi surirumah’ tetapi bukan tidak bekerja. Mereka bekerja dari rumah. Nafkah bukan semata2 dicari di pejabat atau perlu keluar rumah setiap hari.

    Contoh : Draftsmen

    Reply
    1. Shaffik

      Kak Jie, Sebab tu sekarang kerajaan sedang mencuba beberapa jawatan yang bekerja di rumah. Mereka masih lagi mengkaji. Dan ramai lelaki yang bekerja di rumah sekarang. Tetapi bukannya duduk diam-diam dan menunggu hasil si Isterikan…

      Reply
  4. mijie

    aku pula isteri menjadi surirumah, heheeh dan aku rasa tak mungkin kot aku bekerja dari rumah kecuali aku berhenti kerja skrg ni

    Reply
    1. Shaffik

      Bro kerja ko tu dah mantopp bro..Ko memang kena berjalan. Rugi kalau berhentei…Isteri ko yang patut menjadi suri rumah…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.