Tips Untuk Part Time Blogger.

By | August 9, 2010

part time blogger

Part Time Blogger atau penulis blog sambilan adalah satu kerja yang agak mencabar. Tugas ini perlu di galas dengan sebaik mungkin. Ia bukanlah satu tugas yang ringan. Banyak perkara-perkara yang perlu di lalui dan di harungi. Yang pasti banyak perkara yang perlu di lakukan sebagai penulis blog sambilan agak terbatas daripada penulis blog sepenuh masa (Full Time Blogger).

Perkara yang paling terbatas adalah dalam soal masa. Cabaran berlawan dengan masa adalah perkara yang paling utama yang harus di harungi oleh penulis blog sambilan. Tanggungjawab dengan kerja yang asal semestinya harus dilangsaikan terlebih dahulu. Kemudian barulah pergi kepada soal menulis blog. Ini sudah pasti mencabar dan perlu di atasi dahulu oleh penulis blog sambilan.

Perkara-perkara sebegini yang menyebabkan ramai orang tidak memilih blog sebagai salah satu sumber untuk mereka untuk menambah pendapatan. Tetapi jika di tanggani dengan baik, pasti penulisan blog tidak akan terjejas malah ia menjadi lebih manis setelah merasai pendapatan yang stabil dengan blogging. Walaupun RM100 sebulan.Β  Tetapi ia sudah pasti membuatkan penulis blogs sambilan tersenyum lebar sampai ke telinga. Mungkin dari hobi kini ianya boleh menjanjikan sesuatu yang lebih berharga kepada penulis blog sambilan. Setuju?

Walaupun menulis blog secara sambilan, ia tidak bermakna tidak boleh menghasilkan entry atau artikel dengan baik. Jika di jaga dengan betul, mungkin ianya lebih baik dari penulis blog sepenuh masa. Malah ianya pasti di”respek” oleh penulis blog sepenuh masa.

Aku adalah penulis blog separuh masa. Di bawah aku memberikan beberapa tips kepada mereka yang menulis blog separuh masa supaya terus konsisten dengan penulisan blog.

blogger time

1) Masa – Masa sememangnya menjadi taruhan kepada penulis blog separuh masa. Oleh itu, tetapkan satu masa dalam sehari untuk menulis atau melihat atau memeriksa blog masing-masing.Β  Jika anda hanya mempunyai masa 2 jam untuk semua ini, gunakan 2 jam sepenuhnya dengan aktiviti berblogging. Jangan perlu ke tempat lain. Jangan tersangkut dengan Facebook ataupun Twitter. Beritahu pada rakan-rakan lain yang anda sedang melakukan aktiviti blogging dan tidak mahu di ganggu. Penuhkan masa ini dengan aktiviti blogging anda. Jadikan ianya sebagai perkara rutin anda setiap hari.

2) Matlamat – Muhasabah diri anda sejenak tentang anda dan blog anda. Apa perkara-perkara yang selalu mengganggu anda dalam aktiviti blogging. Cari jalan yang sebaiknya untuk terus konsisten dalam dunia blogging. Buang segala kesalahan yang telah anda lakukan pada masa lepas untuk terus berjaya dalam dunia blogging walaupun anda menulis secara separuh masa. Dalami apa yang anda mahukan pada diri anda (sebagai blogger) dan blog anda pada masa hadapan.

3) Jangan sesakkan Kepala Otak. – Perkara ini mungkin selalu berlaku pada para blogger separuh masa. Mereka menganggap, tidak mengupdate blog satu kerugian dengan traffik. Memang betul, dengan tidak mengupdate blog visitor akan lari. Tetapi itulah kemampuan anda. Usah sesakkan kepala otak anda jika tidak mampu menulis satu entri satu hari. Cuba sedaya upaya untuk menulis sekurang-kurangnya 2 entri dalam seminggu. Usah terlalu mengikut rentak orang lain, tetapi entri tidak berkualiti dan tidak memberikan impak kepada pengunjung. Ingat, kita juga manusia bisa. Kita bukan robot yang menulis blog kan.

4) Sentiasa Fokus – Fokus kepada blog-blog yang berpotensi tinggi untuk menjana wang. Buat pengamatan dengan blog-blog yang ada. Mungkin ada mempunyai 2 3 blog. Katakan ketiga-tiga blog ini berpotensi memberikan anda sesuatu. Berikan fokus kepada blog ini. Selenggara dengan baik dan sinarikan blog-blog ini dengan entri-entri yang berkualiti danΒ  boleh memberikan impak kepada visitor.

5) Aset – Jadikan blog yang anda tulis itu sebagai aset yang penting bagi diri anda. Jika anda ingin bertahan lama dalam dunia blogging, sentiada sematkan dalam hati menulis blog ini adalah untuk menambah lagi aset pada diri anda. Fikir untuk jangka masa panjang. Apa pun yang akan berlaku dua atau tiga tahun akan datang, blog ini tetap aset yang berharga bagi kamu di dunia Internet. Sebab, kamu ada blog (Aset), orang lain belum tentu ada aset seperti anda kan. Jika ini yang anda selalu fikirkan, ianya akan memotivasikan diri anda untuk terus menulis walaupun secara separuh masa.

6) Pantau Target Anda – Silalah pantau segala target yang anda buat dengan berblogging. Walaupun menulis blog separuh masa, target pada blog anda mesti ada. Sentiasa pantau adakah target anda untuk sebulan, 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun atau 3 tahun tercapai atau tidak? Jika tidak, selamai di mana silapnya? Selami mengapa anda gagal dan perbaiki untuk mencapai target anda. Motivasikan diri anda lagi untuk mencapai target anda. Usah putus asa untuk terus berjaya dalam penulisan blog. Ingat, bukan semua orang itu berjaya dengan blogging sekelip mata. Setiap blogger ada pasang surutnya. Begitu juga kita sebagai seorang blogger.

Masih banyak peluang yang perlu di ambil sebaik mungkin jika anda menulis blog separuh masa. Walaupun ia agak terbatas, gunakan apa yang ada di depan mata sebaik mungkin. Tip-tips di atas juga mungkin boleh membantu dan memotivasikan diri blogger semua untuk terus berada di persada dunia blogging. Ia tidak akan terhenti di tengah jalan. Teruskan menulis dan menyinari arena blogging di dunia Internet Malaysia dan di arena Antarabangsa. Insyallah.

25 thoughts on “Tips Untuk Part Time Blogger.

  1. Hadi Rofiee

    Salam sejahtera Tuan Shaffik. Salam perkenalan.

    Terima kasih kerana perkongsian ini. Saya kini baru sahaja bergelar blogger sambilan. Segala perkongsian sangat bermakna khususnya pada beberapa ayat yang sangat menyentuh hati saya. πŸ˜‰

    T/kasih.

    Salam maju jaya. πŸ™‚

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Sama-sama. Aku berkongsi cerita dan tips dari apa yang aku buat. Insyallah penulis blog sambilan juga boleh berjaya jika kena dengan caranya..

      Reply
      1. Hadi Rofiee

        yup.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. πŸ˜‰

        Semoga sentiasa sudi berkongsi maklumat2 yg bermanfaat. Byk lg perlu belajar. he2.

        Salam maju jaya.

        Reply
  2. Azhar

    Tips yang amat valuable bagi part-time blogger yang selalu nya terhimpit dengan tugas asas.

    Reply
  3. madlut

    nice tips bro…bab masa memang penghalang paling besar, huhu..
    bro..blog ko nie memang xleh masuk bile guna celcom broadband eh?

    Reply
  4. aktechpage.com

    Tips-tips yg menarik drpd part time blogger yg telah berjaya…
    Masalah aku yg paling utama ialah berkenaan no. 1 & no.3, masa…no. 3 kerana kepala terlalu sesak dgn permasalah komputer di pejabat… balik rumah pun mengadap komputer lg.. huhuhuhu..

    Reply
  5. Shukor

    Sama la kita bro…part time blogger.

    Terima kasih dengan tip yang diberikan. Memang bagus.

    Biasanya saya boleh berblogging bermula pada pukul 10 malam ke atas sebab banyak urusan keluarga perlu dibereskan. Dengan masa yang ada tersebut, saya perlu fokus dan buat mengikut senarai ‘To Do’ yang telah saya buat pada pagi hari.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Betul. Tanggugjawab kepada keluarga kena jalankan dahulu kan. Tapi bila ada masa, fokus.

      Reply
  6. naz

    saya pun part time blogger . tapi tgh plan nak berhenti sikit masa lagi, sbb sy tgk blogging & IM punye future dlm diri πŸ˜€

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Wah. Bagus jika ada perancangan sedemikian. Jika betul2 yakin boleh cuba. Tak ada masalah.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Ya. Ini sememangnya satu motivasi bukan sahaja pada pengunjung, tetapi pada diri sendiri juga. Huhuhuhu

      Reply
  7. Syafrizal

    Satu cabaran adalah untuk istiqamah dalam menulis dan kekal pada topik yang dibincangkan.. kena ada motivasi tu dan peka pada isu-isu disekeliling kita.. kalau kena dgn topik kita boleh la kita ulas

    Reply
  8. balkes

    akak ni zero tak tau ape2 website pun takde tapi minat sangat nak menulis blog. buku2 yang dijual dipasaran mahal. boleh tolong bagi tunjuk ajar a to z tak?

    Reply
  9. Dakjaat

    Hello! πŸ˜€ Tips anda telah digunapakai di Blogger’s Malaysia. Search Blogger’s Malaysia di Facebook. πŸ˜€ Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply to Azhar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.