Terpaksa Meninggalkan Blog

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging, Informasi

hang of blogging

Dah lama rasanya aku tidak mengupdate blog. Pasti ramai rakan-rakan yang kecewa bila berkunjung ke blog Shaffik. Tajuk di atas sudah pasti menjadi tanda tanya kepada semua. Mengapa terpaksa meninggalkan blog? Siapa yang meninggalkan blog?. Shaffik.com ker? Shaffik tidak menulis blog lagi ker? Adakah aku sudah bosan berblogging?

Jawapannya TIDAKKKKKKK sama sekali. Shaffik.com adalah sebahagian daripada hidup aku. Aku tidak akan meninggalkan blog. Aku tidak akan berhenti dengan apa yang aku lakukan dengan Shaffik.com.  Bukan setakat tangan sahaja yang merasa menggigil untuk menulis atau menaip, tetapi hati juga rasa tidak senang. Apa akan jadi kepada Shaffik.com tanpa sebarang berita jika aku berhenti menulis. Bagaimana pula hati para pungunjung yang dahagakan entir terbaru dari Shaffik?

Seminggu lalu aku agak sibuk dengan tempat kerja. Macam-macam kerja yang perlu diselesaikan. Pelbagai masalah dari end user yang perlu di selesaikan. Tak cukup tangan jadinay. Mahu atau tidak itu adalah tanggungjawab utama bagi aku.  Lantaran itu aku juga sedang menyiapkan album persandingan daripada pelanggan. Lagipun bayaran telah pun dilangsaikan semua. Jadi hati menjadi lebih tidak keruan apabila tempahan tidak di bereskan sepenuhnya. Bila orang sudah memberikan kepercayaan, kita seharusnya menggunakannya dengan sebaik mungkin. Buat sehabis baik sehingga mereka semua berpuas hati.

Tambahan pula 2 hari lepas aku tak berapa sihat. Pada mulanya, Isteri yang demam. Last-last berjangkit pula pada aku. Inilah dugaan daripada TUHAN. Nasib baik tak melarat kepada anak aku.  Bila badan tak sihat, nak menulis pun takder mood. Kesemua blog aku tidak di update. Adsense pun semakin kurang. Nak buat macam mana kan, bila tak update takder laa income adsensenya. Sebabnya, pada aku tiada yang ajaib akan muncul untuk membuatkan Adsense kita mencanak-canak naik mendadak. Walaubagaimanapun Adsense aku sudah pun boleh di tunaikan di Western Union untuk kali yang ke-2. huhuhuhuhuhu….

New Picture

Sebab itulah aku terpaksa meninggalkan blog beberapa hari. Hari ini segalanya kembali normal. Demam sudah pun pulih sepenuhnya. Aku sudah boleh bekerja dan menulis blog seperti biasa. Alhamdullilah. Banyak lagi cerita yang ingin aku kongsikan pada semua. Insyallah Shaffik.com akan di sinari dengan entri-entri yang terbaru selepas ini. Tunggu…..

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Bertuahnya Kalau Isteri Memahami
  • Hadiah Tahun Baru Dari Google.
  • Bengkel Asas Blogging
  •  Memancing Bukan Sekadar Hobi Remeh, Tapi….(Bahagian 2)
  • RM100 Untuk Passport Antarabangsa Malaysia
  • How to create Auto-Logon To your PC.
  • Renungan Takbir Ultraman di Pagi Jumaat
  • Amalkan Bacaan Ayat Kursi
  • Berubah menjadi yang cemerlang.
  • Proton Menjadi Kebangganku

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

18 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. hafidz says:

    Alhamdulillah.
    Syukurlah da sembuh seperti biasa.
    Teruskab blogging ya~ =)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks Hafidz..Insyallah Blogging akan di teruskan…

    [Balas Komen]

  2. mijie says:

    dah dpt cashout kali ke 2, aku tunggu lagi 8 usd lagi nak cukup, harap2 hujung bulan ni cukup

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Insyallah..dah nak dekat dah tu…Tengoklaa dia punyer senyum nanti macam maner…

    [Balas Komen]

  3. Jawapannya TIDAKKKKKKK sama sekali. Boleh la merasa duit adsense nanti raya pulak fiq…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Hehehehe…tu laa..tapi ingt nak hold dulu laa payment selepas ini..

    [Balas Komen]

  4. Oit!!! Aku baru jumpe blog ko…dah cenggitu plak tajuknye…Nasib baik aku baca sampai habis! Lama tak jumpe ko..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tu laa Yob..lama tak jumpa ko. Last-last jumpa kat FB…hahahaha..

    [Balas Komen]

  5. Shukor says:

    Oooo, patutla komen lambat direply. Selalunya, dengan pantas jer komen pengunjung dibalas :)

    Syukur alhamdulillah sebab dah sihat. Keep on moving bro.Caiyok! :D

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks bro…

    [Balas Komen]

  6. JBCool says:

    Well… yang paling mahal tu adalah ADsense tu la…

    hehe tu yang penting kena tunjuk tu…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    huhuhuhuhuhu….thanka bro. Ko juga memberikan inspirasi aku untuk terus menjana income dari adsense.

    [Balas Komen]

  7. anuarkarimz says:

    dapat duit lagi! tahniah bro

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks.

    [Balas Komen]

  8. naz says:

    tahniah bro, adsense ltak kat blog health sedap ni :D

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Yup. Tapi aku lebih banyak dapat dari blog lain bro..huhuhuhu

    [Balas Komen]

  9. keyo says:

    salam bro, kenapa adsense saya jadi macam ni ha “The existing AdSense account at keyoadlan@gmail.com has been disabled.”
    boleh explain tak ?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Alamak..tak sure pulak yang itu..maybe sent email pada Adsense tanyakan akan hal itu..

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge