Monthly Archives: August 2010

Himpunan Lagu-Lagu Patriotik Malaysia

lagu patriotik malaysiaSalam Kemerdekaa Untuk Semua.

Hari ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. Alhamdullilah, sudah 53 tahun kita merdeka. Masing-masing sudah pun faham akan erti kemerdekaan. Jadi tak payahlah aku ulas erti kemerdekaan. Untuk anak-anak muda sekarang ni, teruskan lah usaha untuk terus membela dan mempertahankan kemerdekaan Malaysia.

Sentiasa pupuk dalam hati bahawa Malaysia Kepunyaan Kita. Tiada siapa yang boleh merampasnya kembali.  Jaga dan hargailah kemerdekaan untuk terus memajukan Malaysia.  Jadi sempana Hari Kemerdekaan hari ini, Shaffik.com menyenaraikan lagu-lagu patriotik untuk tatapan anda semua. Semoga lagu-lagu ini menyemarakkan lagi erti kemerkdekaan di hati kita semua…

Tanggal 31

Jalur Gemilang

Keranamu Malaysia

Satu Malaysia

Budi Bahasa Budaya Kita

Satu Suara, Satu Komuniti, Satu Persatuan

Barisan Kita

Satu Malaysia – AMP All Star

Dirgahayu Tanahairku

Standing In Eyes Of The World – Ella

Malaysia Sudah Maju

Muhibbah

Fikirkan Boleh

Saya Anak Malaysia

Malaysiaku Tercinta

Tanah Pusaka

Warna-warna Malaysiaku

Wawasan 2020

Malaysia Baru

Bahtera Merdeka





Mengapa Kita Terlalu Lemah?

Topik ini mungkin sudah banyak di perdebatkan. Sudah ramai orang yang mengupas akan isu ini. Aku terpanggil untuk sekali lagi menulis mengenai topik ini adalah untuk mengingat diri aku sebagai umat Islam dan mengingatkan kepada semua tentang kebenaran kelemahan umat Islam.

Mengapa sering terpapar di berita atau dada akhbar yang umat Islam sering di tindas. Umat Islam sering diperlekehkan oleh kaum-kaum lain. Jika di ikutkan pada statistik penganut agama dunia pada 2005, penganut agama Islam adalah kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian. Tetapi mengapa Islam terus di tindas? Mengapa begitu lemahnya umat Islam?

Aku ingin mengajak kepada semua membaca ulasa yang di buat oleh Dr Farrukh Saleem yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan,. Dalam ulasan beliau menyatakan betapa lemahnya umat Islam dan terus menerus di tindas. Mengapa Yahudi terus terlalu berkuasa di dunia sedangkan populasi pada tahun 2007 hanya 0.22% sahaja?

statistik penganut agama dunia

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

islam kuasai dunia

Lihatlah betapa besarnya kuasa mereka. Memang sudah di tentukan, Yahudi mempunyai ramai golongan yang bijak pandai. Tetapi lupakan kita bila mana ramai cendiakawan Islam yang tersohor suatu ketika dahulu. Mengapa itu tidak dijadikan satu inspirasi untuk kita semua?  Satu jawapan yang tepat mengapa Islam Terlalu Lemah adalah kerana kekurangan ILMU. Kaum-kaum lain sanggup belajar sehabis mungkin dan mengkaji tentang ISI Al-QURAN. Tetapi umat Islam sendiri tidak menghayatinya sebaik mungkin.

Sampai bila Umat Islam ini terus lemah dan terus di tindas. Sampai bila kita mahu melihat pertumpahan darah yang melibatkan orang Islam? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita nanti terus lemah dan sewenang-wenangnya di pijak oleh kaum-kaum lain. Memang sudah termaktub, orang yang berilmu itu akan terus di pandang tinggi oleh orang lain. Betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita bukan. Ini bukan omongan kosong. Inilah realitinya yang harus di ambil kira sebagai umat Islam.

Usah berhenti menuntut Ilmu. Usah bosan menuntut Ilmu. Jika tidak mampu untuk berlawan dengan senjata, lawanlah dengan Ilmu Pengetahuan. Lawanlah musuh anda semua dengan Ilmu.  Insyallah umat Islam akan terus maju dan takut untuk di tindas oleh orang lain.

Ingatlah zaman sekarang, tidak perlu lagi bergaduh, bertumbuk atau berlawan untuk memperoleh sesuatu. Hanya berbekalkan Ilmu yang tinggi, Insyallah kita boleh mencapai kejayaan yang cemerlang. Dan yang paling penting, Sanggupkah kita terus di ketawakan oleh orang lain dek kerana ilmu yang cetek? Persiapkan diri dengan Ilmu di dada untuk menghadapi cabaran yang lebih getir di masa akan datang.Tanpa Ilmu kita tidak akan kemana. Tanpa Ilmu percayalah kita akan terus dipandang lemah dan hina. Tiada apa yang boleh dibanggakan tanpa Ilmu. Sematkan dalam diri untuk terus menuntu Ilmu dan menandingi kaum-kaum yang lain. Itulah harta yang paling penting dalam diri kita semua. Ini juga satu peringatan untuk aku juga yang tidak pernah bosan untuk terus menuntut ilmu sehingga akhir hayat nanti. Insyallah.

Renung-renungkan lah.

Harga Kompaun Terbaru Dari PDRM.

Salam semua kawan-kawan.

Ini adalah harga kompoun terbaru yang di keluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia. Ia sebagai rujukan, manalah tau kan. Hampir ke semua harga kompaun di turunkan.  Yang tak turun adalah saman langgar lampu trafik atau langgar traffic light. Yang penting bercakap di telefon pun kena saman tau. RM70 lagi.

Ermmm.Bila harga dah turun ni janganlah ambil kesempatan pula ya.

Amcam Kawan-kawan Puas hati tak?

Rempit Di Ambang Merdeka

jalur gemilang

Bila sampai sahaja 31 Ogos setiap tahun, aku pasti teringat satu peristiwa yang akan aku kenang sepanjang hidup aku.  Biasalah pada ketika zaman remaja dahulu, tarikh 31 Ogos lah yang paling di tunggu-tunggu. Perkara yang sibuk sangat di tunggu-tunggukan adalah masa bersama rakan-rakan. Masa untuk 100% enjoy sampai ke tahap yang paling tak boleh handle sekali.

Hahahaha. Bila di ingatkan balik memang kelakar waktu itu. Memang tak fikir apa, hanya untuk bersuka ria.  Tujuan hanya satu, untuk enjoy. Sanggup menunggang motosikal jauh beratus kilometer hanya untuk bersama rakan-rakan. Tidak hirau apa orang nak kata, yang penting boleh konvoi beramai-ramai.

Paa tahun 2002 / 2003, aku pun tak pasti tahunnya adalah satu detik yang paling di ingati sehingga kini. Aku bersama rakan-rakan memulakan konvoi bermotosikal dari Melaka ke Port Dickson. Hari riang gembira apabila motor EX5 aku JEL 4179 (Motor tu pun dah hilang) akan sampai ke Port Dickson. Huhuh..bukan senang tu.

Pada petang 30 Ogos, kami berkumpul di satu rumah sewa di sekitar Ayer Keroh. Hampir 15-20 biji motor dapat di kumpulkan untuk menyertai konvoi kali ini. Wah…semua bersemangat untuk menyambut ambang merdeka di Port Dickson.  Kami memulakan perjalanan kira-kira jam 6.00 petang dari Ayer Keroh Melaka. Kami memilih ikut jalan lama dengan alasan “Line Clear”.

credit to thestar.com.my

credit to thestar.com.my

Pada mulanya kami ingin meneruskan perjalanan untuk ke PD. Tetapi seorang rakan ingin berhenti seketika di Kampung Gadek untuk berjumpa rakanya di kampung itu. Mungkin mengajak mereka join kami sekali. Rupa-rupanya mereka sememangnya sudah berkumpul di sana. Bukan 10-20 motosikal. Tetapi ada lebih  70-80 motosikal yang bersedia untuk berkonvoi bersama kami.

Wow, satu konvoi yang terbesar yang pernah aku join. Bukan setakat di kampung itu sahaja, tetapi rakan-rakan di sekitar kampung gadek turut join sekali. Kalau di kira-kira adalah lebih kurang 200 biji motor yang bersama-sama kami. Memang best. Ada terasa bangga pun ada. Ya lah, ketika itu apa yang nak dibanggakan? Hanya motor, motor dan motor.  Baru laa REMPIT kan…hahahahaha…

Bila dah ramai, masing-masing menunjukkan belang masing-masing. Ye laa. Dah nama pun Jantan kan. Tunjuklah laa kehebatan bersama motor masing-masing. Dalam sibuk-sibuk begitu pun ada juga yang sempat lagi berlumba sesama sendiri. Erm. Naluri rempit memang tidak boleh di pisahkan. Dimana ada kemahuan di situ ada highway…hahahaha

Namun kesukaan kami tidak berpanjangan. Terdapat sekumpulan rakan-rakan yang sibuk berlumba. Tidak hirau keselamatan dan bahaya yang bakal di timpanya. Dua biji motor cuba memotong sebuah kereta di satu selekoh berbahaya. Dan memang pun double line, tetapi dek kerana ingin menunjuk terror, seorang daripadanya tidak lepas dan bertembung dengan kereta yang datang dari arah yang bertentangan. Bila bertembung, mamat itu terus terjatuh di deretan motor-motor yang berkonvoi di belakangnya. Antara  motor-motor yang berdekatan adalah motor aku dan rakan baik aku (Fakhri). Aku sempat mengelak, tetapi Fakhri tidak dapat mengelak dan melanggar kaki mamat berkenaan. Nak tak nak terpaksa lah langgar. Jika tidak dia yang akan di timpa bahaya di hadapan. Dari berita yang kami terima selepas itu, Mamat berkenaan cedera teruk dan patah kakinya. Motor yang di tungganginya tak tau apa cerita.

rempit habisPerasaan takut sudah mula menyelubungi kepala aku. Walaupun aku tak langgar mamat tu, tetapi kejadian itu memang pantas berlaku. Selepas kejadian itu kami berhenti sebentar untuk meredakan keadaan. Kami meneruskan perjalanan kami ke PD.  Dan selepas itu tiada lagi aksi ngeri dan aksi tunjuk berani lagi. Haaaa..kecut perut sekejap.

Kami sampai di PD, kira-kira pukul 9.30 malam. Bila dah sampai PD, ramai mat-mat rempit yang menunjukkan aksi masing-masing. Daripada Whillie, Wikang, Race, Ramp Moto sampai merah Exzos hinggalah yang diam tidak berbuat apa-apa. Sebab apa? Motor dah pun Jammed. Hahahahaha..

Memang happenning. Inilah masa-masa yang di tunggu-tunggu oleh mat-mat rempit semua. Tetapi kesukaan kami tidak berpanjangan, hujan mula turun selepas countdown. Kami hanya lepak di semuah restoran hinggalah ke pagi sambil gelak ketawa di selang selikan dengan teka-teki yang pecah perut. Selepas sarapan pagi, kami terus pulang ke Melaka. Kali ini dengan Gentlenya kami meredah Highway. Nasib baik tak ada Abang Sedara yang menunggu.

Dalam perjalanan pulang, ada juga beberapa biji moto yang terpaksa di tolak. Sebabnya Jammed panas.:).  Alhamdullilah kami selamat sampai ke rumah sewa masing-masing. Aku terus pulang ke rumah sewa aku di Ayer Keroh Height.  Keesokkan harinya, sesuatu pula berlaku pada motor Ex5 aku.

Motor aku menjadi lembab semacam. Sehingga nak bergerak pun susah. Sah motor aku pula yang Jammed. Argghhhh tidakkkkk..Dari semalam dok ketawakan orang kini aku pula menerima bahananya. Hahahahaa. Terebang RM100 lebih untuk mengembalikan motor EX5 kepada keadaan normal. Hai nasib nasib. Tetapi saat-saat ini lah yang membuatkan aku terkenang bila tibanya 31 Ogos. Dari konvoi, accident, PD, Gelak Ketawa sehinggalah motor aku jammed. Hahahahah. Satu kenangan yang begitu manis yang tidak mungkin aku kecapi lagi. Siapa kata Shaffik tidak pernah menjadi Mat Rempit…..

Kawan-kawan semua macam mana? Pasti ada kenangan di 31 Ogos kan.

Lagenda Budak Setan Berjaya Mencuri Hatiku

novel lagenda budak setan

credit to petisuaraku.blogspot.com

Hahahaha. Bila di baca tajuk di atas pun kelakar kan. Aku pun tak tau kenapa, aku tertarik dengan cerita Lagenda Budak Setan. Adakah jalan ceritanya ataupun lagu OST Lagenda Budak Setan. Sebuah filem yang di adaptasikan dari novelnya yang amat popular sekitar 90-an . Penulis novelnya Ahadiat Akashah. Mungkin ramai yang pergi ke pawagan untuk menonton Lagenda Budak Setan.

Tetapi aku tidak ke pawagan. Maklumlah, pada hari di tayangkan aku sibuk sikit dengan hal pindah rumah. Memang ketika itu minggu yang memenatkan bagi aku. Hmm…nak buat macam mana kan. Tetapi bagaikan ada satu tarikan yang mengajak aku untuk menonton siri drama Lagenda Budak Setan di Astro Prima.

Tak perlulah aku memberikan sinopsis drama ini. Lihat lah sendiri drama ni setiap Selasa 10.30 malam di Astro Prima. Tapi watak Ayu yang di pegang oleh Lisa Surihani  di gantikan oleh Maslina Nasir. Boleh tahan juga awek ni.  Nah aku berikan video dan lirik untuk Lagenda Budak Setan.

Ini Liriknya…..

Gio-Bila Cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setiap kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayang mu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan