Percaya Dengan Apa Yang Kita Lakukan.

By | July 27, 2010

percaya pada diri sendiri

Dalam meniti hari-hari sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas daripada pelbagai cabaran dan dugaan. Tetapi sudah menjadi lumrah kitaran hidup sebagai manusia. Bermacam-macam  perkara yang perlu kita tempuhi untuk melengkapkan kehidupan kita sebagai manusia biasa dan hamba KepadaNYA. Tidak kiralah kira sudah berkahwin, bujang, ibu atau bapa, anak-anak, pelajar sekolah atau siapa sahaja kita. Sebabnya kita hanya manusia biasa.

Untuk menjalani kehidupan yang penuh liku, mahu atau tidak kita mesti tempuhi pelbagai perkara untuk membolehkan kita survive untuk hidup.  Termasuk dalam soal bagaimana mendapat sesuap nasi, bagaimana memiliki tempat untuk berteduh, bagaimana untuk menjadi pelajar yang hebat, bagaimana untuk menjadi seorang bapa yang baik, bagaimana menjadi seroang yang berjaya, bagaimana menjadi pekerja yang baik dan sebagainya. Begitu juga dalam soal mencari rezeki.

Bila bercakap soal rezeki, ia terlalu sensitif untuk di bicarakan. Pelbagai cara dan yang di gunakan untuk mencari rezeki. Ada rezeki yang halal, ada juga rezeki yang haram.  Tetapi kali ini aku ingin berkongsi sedikit info berhubung dengan rezeki yang halal. Sebagai Umat Islam, mendapatkan rezeki yang halal adalah wajib. Suka atau tidak perkara ini perlu diberi keutamaan. Pelbagai cara yang orang islam di gunakan untuk mencari rezeki yang halal.

Tetapi masih ramai  antara kita yang lebih gemar mencari rezeki dan mengejar perkara-perkara yang tidak pasti. Lebih percaya perkara-perkara yang tidak masuk dek akal ataupun termakan hasutan daripada iklan-iklan yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Tetapi ramai juga yang terlingkup kerana terlalu mengejar perkara atau rezeki yang tidak pasti. Mengapa ini semua boleh berlaku?  Ini kerana kita sendiri tidak tahu akan beroleh kejayaan atau keuntungan  di penghujungnya. Peratus kesangsian lebih tinggi daripada peratus keyakinan.

hidup sendiri

Kita sendiri tidak yakin akan mendapat rezeki daripada apa yang kita lakukan.  Betul ke apa yang aku buat ni? Tetapi duit sudah berpuluh ribu di keluarkan. 🙂   Mengapa? Sebabnya kita sendiri tidak percaya yang kita boleh melakukannya perkara tersebut. Kita  sendiri tidak percaya yang  akan beroleh kejayaan atau keuntungan untuk jangka masa yang panjang. Kita sendiri tidak percaya akan pepatah “Berusaha Tangga Kejayaan”.  Tetapi kita lebih percaya dengan kata “kerja sikit untung berlipat kali ganda.Modal sikit,  esok hari untung beribu-ribu“.  Kepercayaan sebegini lebih kuat dan mengatasi segala-galanya.  Ini semua berlaku kerana telalu terikutkan nafsu, nafsu yang tinggi untuk mencapai keuntungan,  mahu mencuba sesuatu yang baru ataupun memang malas untuk mengkaji sedalam-dalamnya dengan kerja yang di lakukan. Sebab itu kebiasaanya ianya terputus atau terhenti di tengah jalan.

Perkara-perkara sebegini sering berlaku kepada kita semua. Sedar atau tidak selagi kita sendiri tidak percaya dengan apa yang kita lakukan, usah berangan untuk mencapai kejayaan.  Usah mimpi untuk menawan gurung yang tinggi. Usah berangan untuk menjadi senang. Kesannya,  kita akan hilang semangat dan seterusnya hilang motivasi untuk meneruskan kerja-kerja yang kita lakukan.  Ini semua berkait rapat. Bila sudah tidak percaya dengan apa yang kita lakukan, perangai malas akan cuba sedaya upaya masuk dalam badan kita. Percayalah, tiada jalan mudah untuk berjaya. Selagi kita terus berusaha dan terus percaya dengan apa yang kita lakukan, kita sendiri akan menemui sinar di penghujungnya…Insyallah. Renung-renungkan……

9 thoughts on “Percaya Dengan Apa Yang Kita Lakukan.

  1. Shukor

    Jika tidak percaya dengan apa yang kita lakukan maka timbullah adegan berpindah-pindah teknik buat duit melalui internet dan jika tidak berjaga-jaga, akan terperangkaplah mereka di dalam skim cepat kaya atau “pelaburan internet”…

    “Your belief determines your action and your action determines your results, but first you have to believe” – Mark Victor Hansen

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Yaaa betull..akhirnya terperangkap dengan skim cepat kaya…banyak sangat sudah berlaku…

      Reply
  2. zaiedishaq

    Bila bercakap pasal rezeki ni aku teringat 1 cerita peragut kat KL. Mamat ni meragut then orang kejar dan bila dapat di henyak sungguh². Last² mamat ni mati dalam perjalanan ke hospital. Polis pun cari rumah dia then bila dah jumpa polis tu disambut oleh isteri mamat tu dan baby nya yang baru berusia beberapa bulan. Bila polis tanya tau tak mana suami dia pergi, dia cakap suami dia keluar beli susu anak yang dah abis tapi sampai malam tak balik² lagi.. so ko boleh bayangkan tak apa yang mamat tu pikir masa dia keluar dari rumah pagi tu?

    Chuck,
    Ko pun tau macamna dulu aku susahkan.. aku pun hampir² nak buat macam tu jugak tapi alhamdulillah aku dijauhkan dari perkara tu.. sebab duit dan kesempitan manusia sanggup buat apa saja..

    Reply
  3. Munir

    tiada kekangan,kawalan,panduan dan sbgnya, mmg mata dan hati nie mudah dikaburi dngn apa yg ada di dpn.
    mmg dorg lbh m’prcayai dan sprti buta slps mlihat kata2 keuntungan segera itu.

    dh x releven kata2 ‘usaha tangga kejayaan’ itu. mmg mls dh nk berusaha mendaki smpi ke puncak itu.

    yg lbh releven ‘usaha lif kejayaan’, (kalah juga ‘usaha escalator kejayaan’….haha). usahanya itu hanya masuk (dlm dunia itu) dan tunggu sehingga pintu di kemuncak terbuka untuknya…huhh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.