Tips Untuk Terus Kental Dengan Blogging

By | July 22, 2010

fokus menulis blog

Blogger kental oh blogger kental. Blogger kental adalah satu ungkapan yang biasa di ungkapkan oleh para blogger. Lebih-lebih lagi pada waktu ini lebih ramai orang yang ingin menjadi blogger. Semua ingin menulis blog. Sebab apa? Sebab ia memang menyeronokkan. Cool dan sentiasa mendapat rakan-rakan yang baru dalam dunia blogging.

Tetapi bolehkah kita semua menjadi seorang blogger yang kental? Mengharungi pelbagai dugaan dalam dunia blogging dan terus menulis pada jangka waktu yang lama.  Bagaimana untuk terus mengentalkan diri supaya terus menjadi blogger pada masa akan datang?

Di sini aku memberikan beberapa tips untuk terus fokus dalam dunia blogging. Tips yang juga boleh di guna pakai untuk terus kental menjadi seorang blogger.

1) Fokus Dengan Perkara Yang Utama

– Bila sudah menjadi seorang blogger, pelbagai elemen yang perlu di lakukan untuk “menjual diri” atau memberitahu  segala karya yang di hasilkan. Ia termasuk menulis artikel atau menulis posting, mempromosikan blog, backlink, konfigurasi RSS, melayan pembaca di social boomark, membuat eksperimentasi tentang menaikkan nilai blog dan bermacam-macam lagi.

Cuba sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang melibat blog seperti yang di nyatakan si atas. Ia boleh membantu menaikkan blog anda untuk mendapat lebih ramai pembaca di masa akan datang. Ia bukan sahaja menaikkan blog anda, malah ia memotivasikan dan menaikkan semangat anda untuk terus berada di dunia blogging.

Jika anda tidak banyak masa dan mungkin blogging adalah kerja sambilan, fokus kepada penulisan post atau artikel. Perkara ini adalah yang paling utama yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Mengapa apa? Kerana blogging memang memerlukan penghasilan artikel yang berkualiti. Ia berpotensi tinggi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog anda.  Ingat, artikel atau posting atau entri yang bagus yang membuatkan blog anda berkembang dengan baik. Nampak lebih natural.

2) Bergembiralah Dengan Blog Anda.

– Perkara yang paling penting untuk terus berblogging adalah, “GEMBIRA DENGAN BLOG ANDA SENDIRI.” Anda perlu gembira dengan apa yang anda lakukan. Sentiasa berasa tenang dan tiada tekana untuk menulis blog. Jika perkara ini tidak berlaku pada anda, ia tidak akan memotivasikan diri anda untuk terus berblogging.

Pilihlah tema blog yang anda suka. Sudah pasti anda akan rasa senang untuk terus menulis dan mengupdate kandungan blog anda. Berikan lebih fokus kepada blog yang anda sukai.  Pasti ia akan memberikan sesuai yang bernilai dan berharga pada anda suatu hari nanti.

Target

3) Set Target.

Tiada apa yang lebih memotivasikan diri anda untuk terus berblogging JIKA anda tidak meletakkan target untuk blog anda. Apa yang anda mahukan dalam blogging. Jika anda sudah mempunyai satu target jangka masa panjang, JANGAN hanya berangan dan tidak melakukan apa-apa. Usah mengharapkan keajaiban akan berlaku pada masa depan. Letakkan target secara berperingkat – peringkat.

Contohnya :

Pada Tahun ini target utama  : Menulis sebanyak 1000 artikel.

Setiap bulan blog anda mesti : Menerima 10000 pengunjung

Setiap Bulan Mesti      :  Salah satu artikel anda mesti berada di muka surat pertama Google.

Pada hujung tahun ini mesti   :  Ranking Alexa mesti di bawah 300000.

Ini hanya adalah contoh untuk meletakkan target pada blog anda. Percaya atau tidak, tanpa target ia tidak dapat memotivasikan diri anda untuk terus menulis.

4) Jana Wang Daripada Blogging

Suka atau tidak, kehadiran wang daripada blog boleh memberikan motivasi yang tinggi pada anda. Ia memberikan semangat yang tinggi untuk terus menulis dan menulis. Betul tak? Mungkin anda boleh meletakkan iklan-iklan affiliate yang sesuai dengan blog anda.

Tetapi anda harus percaya dengan berblogging juga boleh menjana wang.  Ramai yang sudah membuktikannya.  Cuba dapat RM1 yang pertama daripada blog anda. Anda pasti akan lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menambah lebih banyak lagi kandungan artikel di blog anda. Lebih banyak artikel, lebih tinggi potensi anda untuk menjana wang daripada blog anda.

Haa macam mana? Susah ke nak blogging?

18 thoughts on “Tips Untuk Terus Kental Dengan Blogging

  1. Shukor

    Tak susah sebenarnya berblogging ni. Yang payahnya nak “mantain” motivasi berblogging…

    Terima kasih bro di atas tip2 di atas.

    Reply
  2. sangilapi

    nak kental tu memang nak kental cuma yang selalu menggugat kekentalan itu adalah gangguan internet ! 🙁

    Reply
  3. hafidz

    Wow, tips yang berguna.
    Aku akan pastikan untuk terus kekal dalam berblogs.
    Thanks ya! =)

    Reply
  4. boy_bersahaje

    Bloggin sangat susah! bagi mereka yang malas nk update blog macam aku. tapi kita boleh berubah sedikit demi sedikit sehingga kita dapat KEKELKAN semangat blogging tu. Nak dapatkan semangat blogging perlukan latihan membaca dan menulis. Bila dah dapat tune nk blogging, semua nya akanjadi mudah. 90% blogging adaalh pada entri yang kita tulis. tapi ada je blog gambar dan video. terpulang pada pendekatan masing2. tapi, artikel itu adalah asas yangg kita kene tahu.

    mula-mula memang x tau nk tulis apa. lama-lama i’allah laju je menaip macam aku taip sekrang nk tulis komen kat entri ko ni fiq. NICE entri! I looiikkeee!

    Reply
  5. mummynana

    salam..
    tkiu kerana artikel ini membuka mata dan minda.
    blogging memang sukar. tbh2 mahu menten masa dan idea.
    tbh2 pulak yg da bekeluarga/study/niaga/etc. ada masa bole cilok kat opis, bole la. kalau tidak, balik rumah tgh malam baru sengkang mata. tp kalu keje opis pun penat + travelling = tido la jwb nye. 😛 tbh2 lagi smgt ada org advertise. 😀 epii!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.