Celcom Broadband Masalah Ke?

By | July 20, 2010

celcom-broadband masalah

Aku pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa tak boleh akses ke blog aku. Masalah ini berlaku hanya kepada pengguna Celcom Broadband. Ramai rakan-rakan yang rata-rata pengguna Celcom Broadband tidak boleh akses ke blog Shaffik.com. TETAPI tidak berlaku kepada pengguna Broadband yang lain.  Argghhh satu lagi tamparan hebat bagi aku. Rugi traffik.

Sebenarnya masalah ini berlaku semenjak aku bertukar hosting. Aku cuba memberitahu masalah ini kepada pihak hosting aku. Ipage.com. Mereka tidak memblok apa-apa IP address samada kepunyaan hosting atau ISP Malaysia. Mereka tidak boleh blok sebarang IP address jika tiada alasan  kukuh yang memerlukan penjelasan daripada aku.

Aku juga melaporkan hal ini kepada pihak Celcom Broadband. Pihak Celcom Broadband masih membuat siasatan tentang masalah ini. Tapi dah sekian lama rasanya. Lagi satu bila aku call untuk menyatakan akan hal ini, mereka sekadar melayan aku acuh tak acuh. Aku tau sebabnya, sebab aku bukan pengguna Celcom Broadband. hahahahahha.

Aku juga membuat survey di Internet, memang ada beberapa website yang tidak boleh di akses daripada Celcom Broadband. Tetapi rata-rata tiada penyelesaian. Ada juga rakan-rakan pengguna Celcom Broadband khususnya akses ke Blog Shaffik menggunakan Proxy. Barulah mereka boleh akses ke blog ini.

Jika ada kawan-kawan yang bekerja di Celcom Broadband tolong berikan aku nombor telefon. Mungkin aku kena cakap direct kepada mereka. Atau ada kawan-kawan lain yang menghadapi masalah seperti ini? Apakah solutionnya? Atau Adakah aku perlu bertukar hosting sekali lagi? Arrrrgggghhh tidakk…

18 thoughts on “Celcom Broadband Masalah Ke?

    1. Shaffik

      Aku dah check dengan hosting…mereka tak ada blok apa2 IP. Bila mengadu kepada Celcom, layan acuh tak acuh jer…

      Reply
  1. Pingback: Inspiral Carpets – Directing Traffik | dirtcheapcarpets.com

  2. riza

    Salam,

    Celcom BerukBand ni memang banyak masalah baru2 nie. Geram betul.
    Cuba ko cek ngan diorang orang2 celcom ni pastu ko tally balik dengan host ko.

    Reply
    1. Alifiqbal

      wei celcom broadband sekarang dah bagus la bogok maxis bb lagi teruk nak mampus

      Reply
  3. Man Kuchai

    Salam, shafik..

    Patutlah bila saya dirumah guna celcom broadband..tak dapat,bila di office stermyx ok lak..

    Reply
  4. boss

    yes.. aku terjah blog ko pakai proxy.. mmmg kurang user friendly.. traffik mmg dah rugi la.. tak leh kata apa2.. tukar hosting.. la jawabnyer..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge