Minggu Yang Memenatkan.

By | July 8, 2010

tired

Minggu ini adalah minggu yang paling penat aku rasa. Minggu ini adalah minggu yang terakhir aku menetap di rumah sewa aku sekarang. Rumah yang aku diami sejak awal perkahwinan aku bersama isteri. Hinggalah kami ada seorang anak sekarang. Memang banyak suka duka kami di sini. Tetapi keselesaan dan ingin memiliki satu lagi aset yang penting dalam hidup kami.

Aku akan berpindah ke rumah baru. Dari bulan Januari sudah dapat kunci, tapi baru sekarang nak berpindah. Ramai kawan-kawan yang sudah pun berpindah. Tetapi terdapat beberapa masalah yang tidak dapat di elakkan menyebabkan aku terpaksa menanangguhkan permindahan aku ke rumah baru.

Selepas ini aku akan bertukar alamat di Taman Bukit Tiram Ulu Tiram Johor. Agak jauh sikit dari tempat kerja. Tetapi yang penting kedudukan rumah baru ini jauh dari kesibukkan kota. Alamak macam dalam buku teks pulak. Ramai yang bertanyakan mengapa aku beli rumah di sana. Mengapa tak beli rumah di sekitar JB?. Satu jawapan yang paling senang aku jawab, harga rumah di JB (Town) semuanya mahal. Aku tak mampu nak bayar ansuran bulanan. Memang mampu nak bayar deposit rumah, tetapi tak mampu nak bayar ansuran bulanan berserta bayaran ansuran yang lain.

Dari awal minggu ini, aku sibuk berulang alik ke rumah baru untuk menyelesaikan beberapa hal. Aku mahu pastikan hujung minggu ini rumah itu sudah sedia untuk di duduki. Sebabnya aku akan berpindah ke rumah baru pada Sabtu ini. Orang rumah aku pulak sibuk mengemas barangan yang ingin di bawa ke rumah baru. Packing apa-apa yang patut. Anak aku pula? Macam biasa membantu Uminya “Mengemas” juga. :). Nampak barang macam sikit, tetapi bila dah kemas dan packing banyak laa pulak. Banyak juga barang-barang rumah aku ni :). Terasa macam orang kaya pulak. Huhuhuhuhuhuhuhuhu……

Memang letih, tetapi inilah cabaran untuk berpindah ke rumah baru. Semua rakan-rakan berkata begitu. Memang penat dan letih. Tapi nak buat macam mana kan. Terpaksa hadapi juga. Segala persiapan telah di buat. Masih ada lagi barang-barang yang belum di packing. Aku masih ada 2 hari lagi sebelum pindah.  Perkhidmatan lori pindah (RM130 satu perjalanan) juga telah di uruskan. Harap-harap segalanya berjalan lancar.  Ni belum pindah lagi dah penat kan. Tak tau laa selepas pindah nanti…:)

14 thoughts on “Minggu Yang Memenatkan.

  1. sangilapi

    bagus membeli rumah sendiri dari menyewa,bro…kalau dibuat perbandingan,bayar bulanan pada bank jauh lebih rendah dari membayar sewaan bulanan pada tuan rumah[bergantung pada jenis rumah yang dibeli]

    syukurlah sebab bro antara pembeli yang bernasib baik,bayar bulanan pada bank dalam masa yang sama rumah pun siap… ada pembeli mengalami nasib yang sebaliknya.

    *memang best saat amek kunci rumah dari pemaju !*

    Reply
  2. Azhar

    Tahniah Shaffik, Apatah lagi beli rumah tu dari pendapatan berblogging. emmm. Bestkan.

    Apapun , mudah mudahan semua berjalan dengan lancar.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Insyallah bang. Itu lah yang saya harapkan untuk menampung ansuran bulanan rumah.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Insyallah nanti aku uploadkan yer…umah biasa jer boy…cuma baru sahaja..,tapi lagi luas laa dari rumah lama…

      Reply
  3. Shukor

    Tahniah bro, lepas ni sesi mengemas kat rumah baru pulak 🙂

    Saya pun baru 2 minggu lepas baru pindah dari rumah sewa ke kuarters…

    Reply
    1. Shaffik Post author

      OO yer ker…kompom penat punyer. Skang baru aku tau betapa penatnya proses pemindahan rumah…:)

      Reply
  4. Pingback: Blog Shaffik » Lagenda Budak Setan Berjaya Mencuri Hatiku

  5. mycy

    Kiranya kita ni berjiran gak lah…
    aku tinggal kat Taman Bestari Indah.
    Baru jugaklah pindah situ..hujung bulan May’10.
    Dulu tinggal kat Taman Daya.

    Reply

Leave a Reply to Shukor Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.