Tiada Alasan Untuk Berjaya.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Motivasi

Alasan adalah satu perkara yang sering kita jumpa, sering kita ungkapkan dan sering kali kita buat. Alasan adalah satu perkara yang boleh di katakan sudah sebati dalam kehidupan kita. Jangan nak menipu, kita semua pasti ada membuat alasan-alasan  dalam kehidupan seharian kita. Sedar atau tidak ia dan lali dengan persekitaran hidup kita.

alasan

Mengapa alasan ini wujud ya? Mengapa kita selalu berdalih? Sebab yang paling pasti adalah untuk menutup kesalahan yang kita lakukan. Memang betul, kita hanya manusia biasa yang juga melakukan kesilapan. Tetapi berapa ramai di antara kita yang menerima kesalahan dan memperbaiki kesilapan itu.

Nah, jika tidak mahu menerima alasan wujudlah 1001 alasan untuk menutup kesilapan kita. Perkara ini selalu berlaku. Betul tak? Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Tetapi kita seharusnya sedar dan fahami, jika terlalu banyak alasan atau dalih yang kita cipta, ia tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada kita. Ia tidak akan memberikan impak untuk kita terus mencapai kejayaan.

Sampai bilakah alasan itu di cipta untuk menutup kesalahan? Sampai bila alasan itu boleh di guna pakai untuk setiap masa dan keadaan?  Sampai kebijaksanaan kita untuk mencipta alasan? Sampai bila?  Kerana dengan alasan-alasan inilah yang mengekang dan menghalang kita untuk maju serta bergerak terus ke hadapan. Kerana alasanlah menjadi penyebab utama kita gagal dalam untuk mencapai kejayaan.

Sifat banyak memberikan alasan ini memang sukar dibendung. Sebabnya ianya sudah lama bertakhta dalam hati kita semua. Kita seharusnya sedar, berapa ramai orang yang menjadi Doktor, Professor, Gologan Professional dan orang-orang yang sudah berjaya. Cuba halusi perjalanan kehidupan mereka. Pasti ada satu jawapan yang mengatakan, “Tiada Alasan Untuk Berjaya”.

Ayat ini memang biasa pada luarannya. Tetapi jika di halusi sebaik-baiknya dan ditambah pula dengan entri di atas, pasti mendalam maksudnya bukan. Jadi jangan biarkan alasan-alasan ini  menghalang diri kita untuk terus berjaya.  Jangan biarkan hidup kita terus di belenggu dengan pelbagi alasan.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Selamat Menyambut Ramadhan 1431
  • Rumah Sudirman Terbakar.
  • Rempit Di Ambang Merdeka
  • Harga Kompaun Terkini
  • Perancangan Kewangan Islam.
  • Puas Rasanya Dalam Hati
  • Kerja Kosong, Kerja Kosong, Kerja Kosong…
  • Bersediakah Untuk Menjadi Isteri?
  • Lebuhraya Senai – Desaru Dibuka Sepenuhnya.
  • Bengkel Blogging Tiba Lagi

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

11 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Shukor says:

    Berilah 1001 alasan sekalipun, anda tidak akan dapat mencapai 1 kejayaan pun…

    Alasan memang menjadi penghalang kepada minda utk terus berfikir mencipta kejayaan.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betul. Minda akan menjadi sempit untuk berfikiran lebih luas jika terus memberikan alasan.

    [Balas Komen]

  2. etomyam says:

    satu ulasan yang sungguh menarik dan bermotivasi…kena jauhkan diri dari mencipta alasan..bersetuju, sungguh bersetuju

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks. Jadi jauhkan diri dari selalu mencipta alasan.

    [Balas Komen]

  3. Nasrul Hanis says:

    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betul..100% setuju…

    [Balas Komen]

  4. mijie says:

    selalunya org yg tak berjaya lah yang suka mencipta alasan, padahal hati dan usaha mereka belum kental untuk berjaya

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Aku suka dengan ayat ko, ” Hati mereka tidak cukup kental untuk berjaya”. :)

    [Balas Komen]

    mijie Reply:

    betul bro, nak terjun ke dalam bidang penulisan atau blogger ni kalau hati tak kental…hanya hangat2 tahi ayam dan sekejap saja

    [Balas Komen]

  5. sangilapi says:

    jangan selubungi hidup kita dengan alasan :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    uik..ayat macam misteri nusantara pulak kan..”Jangan Selubungi Hidup Anda Dengan ALASAN….”

    [Balas Komen]

11 Comments Trackbacks For This Post

  1. MohdNadri.Com » Blog Archive » Mengapa Kita Perlu Melabur Dalam Unit Amanah Public Mutual?

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge