
Alhamdullilah, Bengkel Asas Blogging ke-2 sudah pun tamat. Hujung minggu lepas aku bersama Nuaeman menjalankan Bengkel Asas Blogging yang ke 2. Segala persiapan di atur dengan rapi semenjak seminggu yang lalu. Walaupun peserta tidak ramai, tetapi kepuasan di hati semua peserta adalah paling utama bagi kami.
Kali ini peserta 4 orang. Kami bersyukur 4 orang peserta. Pada mulanya ramai yang menyatakan minat, tetapi batalkan pada saat-saat akhir sebab ada hal yang lebih penting mereka perlu lakukan. Tak apa, walaupun 4 orang konsistensi kami tetap sama. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan kepada semua peserta yang TERBAIK.
Bengkel kali ini, seperti juga bengkel yang lepas. Bengkel yang 100% hands on, santai dan tiada sebarang tekanan di berikan kepada para peserta. Kami mahukan mereka semua selesa dengan Bengkel Asas Blogging kami. Bukan setakat selesa dengan tempat malah dengan peserta lain dan juga corak pembelajaran kami.
Tetapi kali ini ada 2 peserta wanita. Wah, Bengkel Asas Blogging dah ada peserta wanita? Mereka menghiasi lagi Bengkel Asa Kami. Namanya Ibu Patimah (Ibu) dan juga Baizura. 2 orang lelaki lagi namanya Zawawi (Awi) dan Munir. Semua mereka mempunyai satu tujuan yang utama, iaitu melihat blog dot com mereka hasil dari air tangan mereka sendiri. Itu tujuan yang paling utama.
Ini adalah cabaran hebat bagi kami. Rata-rata antara mereka sudah tahu tentang blog. Sudah tahu tentang blogging dan sudah tahu akan potensi blog. Apa yang mereka mahukan adalah teknikal membina blog dot com sendiri. Sebab itu Bengkel Asas Blogging menjadi pilihan di hati mereka semua. Mereka sanggup datang (ada yang dari Penang) semata-mata untuk membina blog mereka sendiri.
Kami sahut cabaran ini dengan tenang. Kami memberikan segala langkah-langkah secara terperinci tentang konfigurasi blog. Bukan kami yang buat tetapi kami kahu mereka sendiri yang buat. Sebab bagi kami, Hand On adalah cara yang paling berkesan untuk mereka. Sebabnya Teknikal Blog memang memerlukan Hands On. Itulah yang terbaik.
Setelah dua hari mereka berkampun di FMCC BBU, kami rasa amat gembira sekali. Raut wajah kegembiraan terpancar dari mereka semua. Mereka semua amat berpuas hati dengan corak pembelajaran yang kami sampaikan. Dari zero sehinggalah mereka mempunyai satu blog dot com sendiri hasil dari tangan mereka sendiri. Ada juga sudah bercadang untuk membuat blog yang lain (mungkin untuk blog untuk berniaga). Ada pula yang tak nak balik dari bengkel.
Inilah yang kami mahukan. Mereka berpuas hati dan kami gembira. Apa yang penting harapan kami untuk melihat nama-nama mereka menyinari arena blog Malaysia. Jalan sudah pun dibuka. Gunakanlah sebaik-baiknya. Inilah blog-blog yang mereka bina sendiri sepanjang 2 hari di Bengkel Asas Blogging.
1) http://www.ibutee.com (Blog dari Ibu Patimah: sudah 11 tahun menanti saat ini….)
2) http://www.mgblogshop4u.com (Blog dari Baizura : Businesswomen yang sibuk sentiasa….)
3) http://www.munirworld.com (Blog dari Munir : Pendiam Budak ni Tapi…..)
4) http://www.hiultra.com (Blog dari Zawawi : Kontraktor Oil & Gas….)
Nantikan Gambar Penuh (dari Rohaizad) dan Testimonial di http://www.bengkelblogging.com










Twitter Updates

TERBAEKKK…!!!
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 29th, 2010 at 8:46 am
Thanks Ijad kerana turut membantu.
[Balas Komen]
untuk 4 blogger baru tu semoga berjaya
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 29th, 2010 at 8:47 am
Itulah harapan Team Bengkel blogging untuk semua peserta.
[Balas Komen]
Munir Reply:
June 29th, 2010 at 6:40 pm
Uhq…begitulah hendaknya
Amiinnn!!!
[Balas Komen]
salam perkenalan dari peserta batch pertama
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 29th, 2010 at 8:47 am
Huhuhuhu..Ni pelajar pertama yang paling menyerlah..
[Balas Komen]
Salam kenal,
Wah!rupa2nya ada seminar baru2 ni..selamat blogging kpd peserta baru.all t best!
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 29th, 2010 at 8:48 am
Ya donny. Welcome to the club untuk mereka semua.
[Balas Komen]
donnyien Reply:
June 29th, 2010 at 4:43 pm
semoga berjaya sbg seorang blogger,jangan hangat2 tahi unta.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 30th, 2010 at 9:02 am
huhuhuhu..hangat2 tahi unta eh ? tergelak aku baca ayat ko ni donny.
[Balas Komen]
donnyien Reply:
June 30th, 2010 at 1:16 pm
Gelak dan senyum satu senaman terutama kpd awek2 d luar sana..hehe awetk muda eh..
[Balas Komen]
Alhamdulillah.. bagus lah semoga menjadi blogger yang beretika dan bernas dalam menghasilkan artikel.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 29th, 2010 at 2:57 pm
Haa tu die pesanan dari rakan blogger. Menulis biarlah beretika. Thanks bro.
[Balas Komen]
Syafrizal Reply:
June 30th, 2010 at 10:01 am
lagi satu jadikan blog kita bermanfaat kepada orang lain
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 30th, 2010 at 10:19 am
Betul tu. Ia juga boleh dijadikan sebagai sumber ilmu pada orang lain.
[Balas Komen]
Munir Reply:
June 29th, 2010 at 6:45 pm
Uhq…nasihat yang memang amat bermakna dan berguna untuk kami yang digelar “newcomer”….
Trimas!!!
[Balas Komen]
Syafrizal Reply:
June 30th, 2010 at 11:45 am
Jangan diingat kita ada blog kita boleh buat sesuka hati. Setiap jari kita akan bercakap di akhirat esok tentang apa yang kita tulis di blog kita. Beringatlah para blogger.
Pernah saya tegur tentang isu Yahudi bilamana kita menjerit dan benci Yahudi tapi kita masih sokong produk Yahudi. Apa saya dapat? Maki hamun saya dapat dengan siap buat entri kutuk saya balik.
[Balas Komen]
huhu… nak masuk camne eh? berminat gak..
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 29th, 2010 at 3:17 pm
Uik? Awak kan dah ada blog? Berminat lagi nak join? Lihat detail di http://bengkelblogging.com
[Balas Komen]
Frantz-Senpai Reply:
June 29th, 2010 at 4:17 pm
hoho… sje je. Mne la tahu dpt ilmu baru plak kan…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 30th, 2010 at 9:03 am
Boleh aper salahnya…tapi baca dahulu detail di http://bengkelblogging.com...
[Balas Komen]
Tahniah…sekali lagi buat abg abg semua…walaupun sedikit tetapi kualiti yang terbaik….kami sentiasa menyokong mereka mereka yang suka menghadapi cabaran dan kemajuan..tapi jgn lupa bang komen sikit kat blog kita org takut kita syok sediri…heheh
wasalam
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 30th, 2010 at 10:31 am
Thanks bang. Sokongan dari abang2 semua memang di perlukan. Tapi saya tengok blog abang pun semakin meriah…
[Balas Komen]
memang seronok dapat membantu mereka yang berminat..moga lepas ni semakin berkembang
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 30th, 2010 at 9:02 am
Thanks bro. Insyallah kami akan melakukan yang terbaik untuk para peserta kami…
[Balas Komen]
Tahniah2 buat semua peserta. Tahniah juga buat team bengkel asas blogging kerana menyampaikan ilmu yang bermanfaat buat rakyat Malaysia.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 30th, 2010 at 10:21 am
Thanks bro. Insyallah. Kami akan berusaha sehabis baik untuk memberikan ilmu yang amat berguna kepada para peserta.
[Balas Komen]
wah, wanita dah ader, biler lagik nak buat bengkel 1Malaysia bro.. ahaks
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 30th, 2010 at 10:31 am
Insyallah. Jika diberikan kesempatan, bolehlah kami pusing satu Malaysia.
[Balas Komen]
sori bro, luper nk letak website link fulakks.. ehehe
[Balas Komen]
Wah, makin meriah bengkel blogging ini.
p/s: sudah lama aku tak berkunjung ke sini, makin mantap.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
July 2nd, 2010 at 8:36 am
Thanks shaharil. Itu yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk adakan bengkel seterusnya.
[Balas Komen]
Salam..
cuma nak menggunakan sepenuhnya kesempatan yg ada di bengkel tu.. terima kasih juga sbb concern dgn keadaan saya pada time tu…
terima kasih yg tak terhingga buat Cikgu Shaffik & Cikgu Nuaeman di atas ketekunan & kesabaran mereka mengajar kami (eawaahh.. dah mcm ucapan majlis) hehe
anyway.. time kasih bebnyk yer sbb meluangkan masa & melayan karenah semua peserta (terutamanya yg banyak brtanya mcm saya ni)
Sesungguhnya saya amat berpuashati skali dgn khidmat bengkel blogging ni & ilmu yg dicurahkan sgt2 lah brharga terutama utk saya bg mghasilkan blog yg bertemakan ‘online shopping’.. 5 bintang!!!
p/s;klau ada 10, saya kasi full lah!!!
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
July 2nd, 2010 at 4:21 pm
Terima Kasih Baizura. Kami hanya menjalankan tanggungjawab kami sebagai pengajar. Tiada apa yang lebih menggembirakan kami sehingga semua peserta pulang dengan blog dot mereka sendiri. Senyum dan raut wajah kegembiraan di muka setiap perserta itulah yang memberikan kepuasan yang tidak terhiingga kepada kami.
Apapun selepas ini kami ingin melihat blog para peserta di update dan di selenggara dengan baik seperti yang di tunjukkan dalam bengkel blogging.
Wish you Good Luck n Success…
[Balas Komen]
Cyza Reply:
July 3rd, 2010 at 6:27 pm
Terharu aku baca komen (testimoni) Baizura…
Well done bro…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
July 5th, 2010 at 9:24 am
Thanks bro.
[Balas Komen]
tahniah semua peserta,
pasni boleh la gi kelas advande ngan ijad
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
July 5th, 2010 at 9:25 am
Insyallah. Jika mereka dah buat blog, mesti teringin untuk ke kelas advance…
[Balas Komen]