5 Cara Mudah Meringankan Beban

By | June 25, 2010

beban

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering mengalami beberapa perkara yang membuat kita resah dan tidak selesa. Perkara-perkara ini biasa boleh menjadi masalah yang besar pada diri kita. Sebagai manusia biasa, sudah pasti kita mahu hindarkan perkara-perkara sebegini daripada terus berlaku.

Ia akan lebih perit lagi, jika ia melibatkan masalah kewangan. Wang memang sangat diperlukan pada waktu ini. Kadang-kadang marah juga kepada orang yang memperkenal matawang ni kan. Tapi nak buat macam mana itulah sudah menjadi ketentuan kita untuk hidup.

Jika di lihat balik kesemua masalah yang di hadapi, kita pasti akan merasa takut, resah dan tidak selesa untuk menghadapi kesemua masalah ini. Lebih-lebih lagi bila dan berumahtangga.  Memang berat untuk di pikul. Kadang kala ia menjadi satu beban yang besar untuk kita.  Tetapi ada pelbagai cara untuk meringankan beban ini.

1) Selalu percaya kepada diri sendiri bahawa setiap perkara atau masalah itu boleh di selesaikan. Percaya yang diri anda mampu melakukannya. Mungkin ia tidak boleh di selesaikan dalam masa satu hari, mungkin berbulan-bulan lamanya. Tetapi lsentiasa percaya yang anda boleh melakukannya.

2) Sentiasa memotivasikan diri untuk menjadi yang terbaik. Percaya yang diri anda itu yang terbaik. Jika tidak untuk majikan, jadilah yang terbaik untuk anak dan isteri.

3) Usah buat perkara yang kita sendiri tidak mampu. Jangan paksa diri untuk melakukan perkara yang di luar batasan kederat kita. Memang usaha yang anda lakukan itu baik, tetapi jika terlalu ekstrem dan menyusahkan diri sendiri ia pasti akan dapat pulangan yang mengecewakan.  Mungkin anda gembira, tetapi tidak pada orang lain. Ini bukan menyusahkan keluarga malah menyusahkan orang lain.

4) Jaga pergaulan. Jaga percakapan dan Jaga Tingkahlaku.. Percaya atau tidak, penyebab-penyebab berlakunya masalah adalah daripada perkara-perkara di atas. Jika tidak di jaga dengan baik ia akan mengudang kemarahan dan perasaan tidak puas hati dari orang lain. Mungkin perkara ini enteng, tetapi ia akan menjadi berat jika tidak di tanggani dengan baik.

5) Jangan beri muka pada MALAS. Semua tahu malas adalah satu penyakit yang sukar di ubati. Kerana Malaslah akan timbulnya pelbagai masalah di kemudian hari. Usah perhambakan diri dengan malas. Lawan habis-habisan. Jangan sesekali perkataan malas daripada mulut anda. Sebab ia akan melarat ke otak seterusnya perbuatan.

Inilah 5 cara yang paling mudah untuk di lakukan untu meringankan beban. Perkara-perkara yang aku fikirkan amat dekat dengan kita dan harus di tanggani dengan baik. Insyallah ia boleh membantu anda semua. Selamat mencuba….

2 thoughts on “5 Cara Mudah Meringankan Beban

  1. sangilapi

    sistem kewangan sedunia kena tukar barulah masalah kewangan yang sering dihadapi masyarakat sekarang ni reda :)-sekadar pendapat

    Reply
  2. Nasrul Hanis

    ya.. jangan beri muka pada malas! dari malas timbul sikap suka bertangguh.. kerja makin bertimbun2.. dan yang beban semakin membebankan!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.