
Bulan lepas seorang kawan baik aku di tempat kerja lama menelefon aku. Lama tak berbual, macam-macam cerita yang kami bualkan. Dia adalah salah seorang kawan baik aku yang sama-sama mengharungi Pelaburan Internet suatu ketika dahulu. Sama-sama belajar main Forex dan macam-macam lagi business Internet. Hahaha..bila fikir-fikir balik kelakar pun ada.
Bila aku berhenti sahaja daripada kilang lama, kami masih lagi berhubungan seperti biasa. Mungkin melalui telefon atau lepak di kedai mamak. Cuma pada hari itu, dia menelefon untuk bertanyakan sesuatu. Dia bertanyakan bagaimana untuk memasarkan perniagaan yang baru ingin di ceburinya.
Dia sedang dalam rangka kerja untuk satu perniagaan kereta-kereta lama. Sudah ada kereta-kereta lama yang sudah pun di jual secara offline. Kencang juga mamat ni. Jadi dia tanya pendapat aku. Aku memberikan satu pendangan. Untuk mendapatkan potensi yang lebih baik, buatlah satu blog / website untuk mengiklankan kereta-kereta untuk jualannya.
Sebabnya pada zaman sekarang ramai penggemar kereta mencari sumber di Internet. Potensi memang besar sekali dan ianya satu pelaburan untuk jangka masa yang panjang. Mengapa tidak dia membuat satu blog untuk memasarkan keretanya kan? Jadi dia bersetuju untuk buat satu blog untuk perniagaanya. Ada satu ayatnya di dalam perbualan kami “Shaffik, kau buatkan blog aku. Setup semua aku bayar kau RM500″. Wah…satu tawaran baik untuk aku.
Kalau ikutkan hati, aku ambik tawaran ini. Tapi ada sesuatu yang lebih baik untuk aku berikan padanya. Aku mencadangkan padanya untuk menyertai Bengkel Asas Blogging pada 26 & 27 Jun 2010. Bayaran hanya RM380. Siap sewa domain dan hosting untuk setahun. Dengan bayaran ini, dia juga akan belajar untuk membina blog untuk perniagaannya sendiri. Insyallah dengan tunjuk ajar yang di berikan, dia boleh membangunkan blog keretanya sendirikan. Daripada membayar upah RM500 kepada orang, lebih baik belajar sendiri kan. Bila dan belajar, bukan blog kereta sahaja malah blog-blog lain pun boleh dibangunkan dengan tangan sendiri.
Dia pun bersetuju untuk menyertai Bengkel Asas Blogging pada hujung minggu ini. Bukan itu sahaja, jimat lagi RM120. Malah banyak lagi teknik-teknik yang akan di ajarkan dalam bengkel itu nanti. Aku dan Nuaeman tak sabar nak menunggu kesemua pelajar Bengkel Asas Blogging nanti. Tahniah kepada semua pelajar yang sudah pun menempahkan tempat. Berjumpa kita hujung minggu nanti…











Twitter Updates

Fuhyooo… masyuk tu RM500
Itulah lah mahalnya harga 1 ilmu…
Duit x penting sangat, yang paling penting ILMU beb…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 22nd, 2010 at 5:47 pm
Ya. Yang penting ilmu tu…Insyallah aku akan berikan yang terbaik.
[Balas Komen]
actually it can be done using tutorials on the internet.. =)
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 22nd, 2010 at 5:49 pm
Yup. But some people need to guide and show them step by step. Otherwise they are just read the guide . Read and practical hand on is two different things.
[Balas Komen]
Pakai wordpress?
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 22nd, 2010 at 5:50 pm
Yup. Pakai wordpress.
[Balas Komen]
betul tu, lebih baik bagi joran pancing dari bagi ikan (betul ke ayat aku ni)>>>sekurang2nya dpt juga ilmu buat blog
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 23rd, 2010 at 9:21 am
Uik..boleh ke pancing pulak eh…hehehehehe.
[Balas Komen]
sudah tentu mendapat kepuasan bila dapat membangunkan blog dengan tangan sendiri
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 23rd, 2010 at 11:20 am
Hasil tangan sendiri lebih bermakna. Semua aspek pasti di ambil kira kan…
[Balas Komen]
Hehehe…RM500 tu. Tu la, potensi blog memang banyak…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 23rd, 2010 at 11:22 am
Memang banyak potensinya. Itulah yang ramai yang tak tahu.
[Balas Komen]
Strategi yang tepat bro…
Tahniah kerana membuat keputusan bijak.
[Balas Komen]
boleh buat duit dengan berblogging…best…
khairil recently posted..Kenangan dalam kadet polis
[Balas Komen]