Bengkel Blogging Tiba Lagi

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging, Informasi

asas blogging

Ramai yang bertanyakan bilakah Bengkel Blogging akan di adakan lagi. Setelah berbincang dengan Nuaeman, kami memutuskan untuk mengadakan Bengkel Asas Blogging pada :

Tarikh     :   26- 27 Jun 2010

Tempat   :    FMCC Bandar Baru Uda JB

Masa       :    8.30 Pagi – 5.30 Petang

Bengkel Asas Blogging ini adalah bengkel ke-2 kami. Pada awalnya ianya akan di adakan pada sekitar bulan April. Tetapi atas sebab-sebab yang tertentu, kami terpaksa postponed kepada bulan Jun 2010. Kami amat berbesar hati kepada rakan-rakan yang ingin menyertai bengkel kami.

Ada juga yang bertanyakan, mengapa mengambil masa sampai 2 hari. Kenapa tak boleh buat satu hari ke? Ini adalah persoalan yang biasa aku dan Nuaeman terima. Sebab utamanya adalah :

1) Bengkel Asas Blogging ini di ajarkan dari O sehingga anda mempunyai satu blog .com sendiri. Ia mungkin mudah bagi yang pernah membina blog, tetapi ia sukar untuk mereka yang tidak pernah buat blog .com sendiri.

2) Team Bengkel Blogging bertanggungjawab terhadap segala info dan ilmu yang ingin di sampaikan. Team Bengkel Blogging akan pastikan semua pelajar akan pulang dengan satu blog dot sendiri.

3) Satu hari memang tidak mencukupi untuk memberikan pembelajaran secara teknikal kepada pelajar. Sebabnya, ia melibatkan banyak aspek yang penting dalam membina satu blog dot com sendiri.

4) Bengkel Asas Blogging ini adalah satu bengkel secara “Hands On”. Bermakna semua pelajar akan buat sendiri blog dot com mereka berpandukan langkah-langkah yang akan di tunjukkan dalam bengkel.  Kami Team Bengkel Blogging tidak akan meneruskan modul-modul seterusnya jika terdapat sebarang masalah. Sebab itu pembelajara memerlukan masa selama 2 hari.

5) Kami merasakan bahawa 2 hari adalah masa yang sesuai untuk satu pembelajaran blog dot com yang lengkap. Lengkap ini bermaksud, setiap pelajar ada blog dot com, konfigurasi pada pembinaan blog, setup theme, aksesori tambahan dalam blog, promosi blog dan sebagainya. Ianya pasti akan di akhir dengan sesi soal jawab. Ini amat penting. Segala persoalan mestilah di ajukan bukan sahaja untuk diri sendiri, malah mungkin amat berguna untuk pelajar lain.

Aku harap segala persoalan “mengapa bengkel blogging ini mesti di buat 2 hari?” telah pun terjawab. Untuk maklumat lanjut dengan lebih terperinci, layari http://www.bengkelblogging.com. Pendaftaran masih lagi terbuka sehingga 20 Jun 2010. Rebutlah tempat anda sekarang.

Ikuti testimonial dari pelajar yang telah mengikut Bengkel Asas Blogging.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Bengkel Blogging Ke – 2 : Semua Berpuas Hati…
  • RM500 Untuk Sebuah Blog.
  • Aku Sedia Membantu
  • Tahniah Peserta Seminar Asas Blogging.
  • Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?
  • Puas Rasanya Dalam Hati
  • Laporan : Bengkel Blogging Februari 2010
  • Bengkel Asas Blogging

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

7 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. sangilapi says:

    moga kali ini dapat dilaksanakan dengan lancar :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Insyallah. Thanks bro.

    [Balas Komen]

  2. Kursus ini sangat sesuai untuk individu yg tiada asas dlm blogging ni.

    aktechpage.com sangat2 rekomenkan kpd sesapa nak belajar asas blogging, sertailah Bengkel Blogging ini. Sangat murah dan cikgu2nya pun sgt bagus dalam pengajarannya…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks AK…

    [Balas Komen]

  3. Shukor says:

    Kepada yang belum mempunyai blog, jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dalam bengkel blogging ni.

    Bengkel ni memang bagus terutamanya untuk newbie yang baru ingin memulakan blogging.

    Saranan saya, moga ianya dilakukan lebih kerap sebab ramai juga yang email kepada saya tentang bengkel2 seperti ni…

    Moga semuanya sukses bro :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Oo yer ker..Insyallah…Rajin tolong laa pass kan pada dieorang tentang bengkel ni…pendaftaran masih di buka lagi..

    [Balas Komen]

  4. Azizeil Hameid says:

    Salam bro. Kalau saya nak datang boleh. ala, nak kenal-kenal & beramah mesra..

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge