Mengapa Bosan Berblogging?

By | June 14, 2010

Ramai para blogger yang sering menghadapi situasi ini. Situasi yang satu ketika sudah malas nak menulis entri. Satu ketika sudah malas nak update blog. Sehinggakan hilang motivasi yang selama ini di pegang untuk berjaya dalam dunia blogging. Aku pasti ramai blogger yang menghadapi masalah ini.

BLOG

Ianya bukan berlaku di Malaysia sahaja, tetapi ianya berlaku di seluruh dunia. Aku pasti rakan-rakan lain juga pernah merasakannya.  Sehingga sudah malas nak menulis.  Terdetik dalam hati, “Aku Bosan Berblogging”. Jadi mengapa ini semua berlaku? Aku senaraikan beberapa perkara yang berlaku jika tiada lagi motivasi dalam diri untuk terus menulis dan mengupdate blog anda.

1) Anda berblogging hanya 100% untuk mendapatkan wang. Anda fikirkan blogging boleh meraih wang yang banyak sekelip mata.  Jika ini perkara utama yang anda terapkan, aku pasti anda akan kecewa jika tidak mendapat pulangan yang setimpal. Pasti akan terdekit di hati “blog tidak boleh pergi jauh…”. Kerana apa? Kerana untuk meraih pulangan yang amat memberangsangkan dalam berblogging, ia mengambil masa. Bukan hari buat blog esok akan dapat RM10000. Ingat, jangan berblogging hanya berorientasikan wang. Tetapi belajarlah bagaimana dengan blog boleh menjana wang. Ini dua maksud yang berbeza.

2) Anda membina satu blog yang bukan kena dengan jiwa anda. Dengan kata lain tema blog tidak menepati citarasa anda. Atau dengan kata lain Niche yang anda tak suka. Buat blog yang anda suka terlebih dahulu.  Motivasi untuk mengupdate blog akan pudar jika tema yang anda menulis tema  yang tidak menepati citarasa anda. Sebab itu penulisan tidak lahir dari hati. (Ini bukan untuk pelajar smart blogging ya..:)). Jadi pilihlah satu topik yang kena dengan jiwa, supaya anda dapat menulis dengan tenang.

3)  Tiada target dalam berblogging. Anda membina blog tanpa arah tuju. Tidak tahu akan potensi sebenar berblogging. Menulis blog mungkin kerana sebab pertama. Menulis blog mungkin ikut rakan-rakan. Tidak tahu akan tujuan sebenar berblogging. Jadi letakkan satu target jangka masa panjang dengan blog yang anda. Apa yang akan jadi pada 5 tahun akan datang. Adakah yang anda mahukan dari blog anda? Tetapkan target ini. Ingat target anda untuk merealisasikan impian ini. Selalu terapkan dalam hati, apa yang aku buat hari ini adalah untuk mencapai target aku pada masa akan datang. Apa yang aku tulis hari ini untuk kegunaan pada masa hadapan.

4) Anda mempunyai banyak blog. Terlalu banyak blog sehingga tidak terlayan. Ini yang menyebabkan anda bosan. Tak tahu untuk menulis entri yang berkaitan dengan tema blog. Ini  kerana anda tidak berdisiplin mengikut jadual untuk mengupdate blog. Jika anda memang menulis banyak blog, buat jadual khusus untuk mengupdate blog. Bukan buat sahaja, tetapi berdisiplinlah pada jadual yang rangka itu. Tambahan lagi, jika anda mempunyai banyak blog, perhatikan beberapa blog yang anda suka dan berpotensi tinggi. Suka bermaksud, anda selesa dan senang untuk menulis tentang tema yang anda bina.  Jika anda terus fokus kepada beberapa blog kegemaran anda, blog berkenaan akan sentiasa di sinari dengan entri-entri yang menari.  Blog berkenaan juga akan mempunyai nilai yang tersendiri. Satu nilai yang mungkin anda sendiri tidak duga.

5) Anda menghambakan diri dengan berblogging. Kerana apa, terlalu mengharapkan akan perkara yang pertama tadi.  Anda terlalu addict dengan blogging sehinggakan terlupa hendak melakukan perkara-perkara lain di dunia realiti. Ingat otak dan minda bukan robot untuk di kerah setiap masa. Otak dan minda juga perlukan rehat yang cukup. Barulah boleh menghasilkan penulisan yang berkualiti.

5 Perkara di atas adalah perkara-perkara yang sering berlaku pada blogger.  Perkara yang boleh melunturkan semangat untuk terus berblogging. Jika anda merasainya, mungkin panduan ini boleh di jadikan iktibar untuk semua.

Selamat Berblogging.

12 thoughts on “Mengapa Bosan Berblogging?

    1. Shaffik

      Bro…smlm aku jumpa mijie..die pun menghadapai masalah Internet bile nak update blog. Memang seksa…

      Reply
  1. Shukor

    Bosan, memang kadangkala blogger akan mengalami situasi bosan. Kadang2 tu, nak tulis satu entri pun payah nak buat…

    Reply
    1. Shaffik

      Ini satu tips yang berguna..Thanks bro. Kalau takda idea atau bosan…layari blog rakan-rakan yang lain. Pasti ada cerita-cerita yang best di sana.

      Reply
  2. aktechpage.com

    Aku pun sudah hampir bosan dgn blogging, especially yg niche… personal blog masih lg minat…heheh
    Kt manalah nak cari theme2 blog yang beshh yg free… 😛

    Reply
    1. Shaffik

      Itu lah pasal. Harap dengan tips yang aku berikan dapat membantu. Banyak theme yang free2…GOOGLING sahaja…:)

      Reply
  3. Pingback: Blog Shaffik » Apa Yang Penting Dalam Berblogging?

  4. Pingback: Blog Shaffik » Antara Blog dan Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.