Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?

By | June 10, 2010

kualiti blog

Menulis blog adalah satu kemestian untuk memastikan blog kita semua hidup. Memaparkan entri-entri yang berkualiti bukan sahaja satu kemestian untuk menjadi seorang blogger yang hebat, tetapi ia juga boleh menarik perhatian para pengunjung untuk terus melekat di blog anda.

Untuk menulis satu entri yang memberikan kesan yang mendalam bukanlah satu perkara yang bileh di capai sekelip mata. Ianya memerlukan beberapa masa yang agak panjang dan pembelajaran yang berterusan. Sebab itulah seorang pemilik bolg yang mempunyai hala tuju akan sentiasa mengkaji bagaimana untuk terus duduk dalam dunia blogging dan terus menghasilkan satu penulisan yang memberikan impak yang besar kepada para pengunjungnya.

Inilah proses yang sedang aku lalui pada ketika ini. Ini menarik perhatian para pengunjung bukan satu perkara yang mudah bagi blogger yang meningkat naik. Lain lah jika aku seorang artis kan? 🙂 . Namun inilah pembelajaran yang harus aku tempuhi sebagai seorang blogger.

Perkara yang paling penting untuk meningkatkan kualiti seorang blogger adalah entri atau posting atau content yang unik. Unik ini di ambil kira daripada pelbagai aspek. Dari tajuk, pembukaan, kandungan dan juga penutup. Ini semua perlu di ambil kira bagi menghasilkan satu kualiti entri dan juga blog di mata pengunjung lain.

Untuk menjaga kualiti sesebuah entri yang di terbitkan, banyak aspek yang perlu di ambil kira untuk memastikan entri yang di terbit benar-benar berkualiti. Bagaimana menghasilkan entri yang berkualiti?

1) Menyalin kandungan orang lain secara 100%.  Bukan kata tidak boleh menyalin kandungan orang lain 100%.  Jika anda terlalu minat sangat denagn kandungan yang di ceritakan, tolonglah letak nama blog berkenaan. Ini adalah satu cara kita menghargai idea yang di terbitkan oleh blogger berkenaan. Jadi apa salahnya jika kita meletakkan nama blog tersebut serta tajug entri yang di terbitkan. Ini menjadikan kita lebih di hormati bukan sahaja dari tuan punya blog malah kita lebih di hormati oleh para pengunjung.

2) Menyalin kandungan orang lain dan letakkan sebagai entri terbaru anda. Inilah perkara yang tidak patut di lakukan jika anda seorang blogger. Percayalah jika perkara sebegini yang anda lakukan, anda bukan seorang blogger. Penulisan anda akan terhenti di tengah jalan.

kualiti entri

3) Masukkan beberapa tips yang berguna di dalam entri anda. Tips-tips yang anda rasa ianya amat di perlukan oleh pembaca dan pengunjung blog anda. Mungkin pada anda ianya tidak seberapa. Tetapi bagi mereka yang memang perlukan informasi berkenaan, ianya sememangnya amat berguna. Nah, bukan sahaj menulis malah dapat pahala lagi.

4) Jujur dalam penulisan anda. Kejujuran dalam penulisan blog amatlah penting. Selain ia menambahkan kualiti blog, kejujuran juga boleh mencermian keperibadian anda didalam penulisan. Jujur dalam semua ayat yang anda karangkan. INGAT pengunjung juga boleh menilai sejauh mana kejujuran anda dalam penulisan anda. Mereka juga manusia biasa seperti kita.

5) Usah menulis perkara-perkara yang anda sendiri tidak pasti.  Ia akan menjadi beban untuk anda di kemudian hari. Take it simple and easy. Yang paling mudah tulis perkara-perkara yang anda tahu. Beritahu atau bertanya kepada para pengunjung jika anda tidak tahu atau tidak pasti. Mungkin para pengunjung juga boleh memberikan komen atau idea untuk perkara yang anda tuliskan .

6) Buat sedikit penyelidikan tentang entri-entri anda yang lepas. Kaji dan selami entri yang bagaimana boleh menarik perhatian pengunjung. Cuba luaskan lagi aspek penulisan yang berkaitan dengan entir yang berkenaan supaya pengunjung terus selesa membaca penulisan anda. Mungkin boleh tambahkan lagi informasi yang lebih mendalam mengenai entri yang berkenaan.

7) Jangan sesekali menerapkan elemen-elemen tidak sihat dalam penulisan anda. Elemen-elemen yang tidak sihat seperti ayat-ayat kasar, ayat-ayat maki hamun, ayat-ayat yang menyinggung perasaan orang lain, ayat-ayat yang berbentuk kutukan yang tidak berasas dan sebagainya. Ia bukan sahaja menunjukkan keperibadian anda, malah pengunjung sudah boleh membaca bagaimana perangai anda yang sebenar. Pengunjung akan beredar jika mereka merasakan ianya tidak selesa dengan dirinya. Nah, hilang lagi pengunjung anda.

Ini adalah antara perkara-perkara yang harus di titik beratkan dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Ianya aku kongsikan bersama untuk meningkatkan tahap kualiti kita semua dalam penulisan blog. Ia juga satu peringatan kepada kita semua supaya sentiasa menjaga kualiti penulisan supaya pengunjung terus selesa berkunjung di blog kita. Ini juga satu pelaburan jangka masa panjang jika anda ingin terus berada di dunia blogging. Ingat menulis bukan untuk hari ini atau esok sahaja. Blogging satu dunia yang indah dan boleh bertahan lama selagi mana Internet masih berfungsi dengan baik.

15 thoughts on “Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?

    1. Shaffik

      Haa itulah yang paling tidak disukai kan. Memaki hamun tak tentu pasal. Lebih-lebih lagi jika tak tahu hujung pangkalnya.

      Reply
    1. Shaffik

      Yup. Tips yang boleh di gunakan untuk semua blogger bagi menghasilkan satu penulisan yang berkualiti….

      Reply
  1. mankuchai

    Terima kasih dengan panduan ini.Amat berguna untuk newbie seperti saya..susah juga yer nak jadi blogger yang hebat..

    Reply
    1. Shaffik

      Betul, bukan mudah menjadi blogger yang hebat. Namun dengan tips ini sedikit sebanyak boleh membantu untuk menghasilkan entri yang berkualiti.

      Reply
  2. Shukor

    Ha, nak hasilkan penulisan yang berkualiti ni memang payah.

    Tapi mesti cuba. Kalau tidak kita tak tahu sejauh mana bakat dan kebolehan kita dalam penulisan. Ianya boleh diasah dan dilatih…

    Reply
  3. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Mengapa Bosan Berblogging?

  4. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » 7 Sebab Mengapa Entri Atau Post Anda Tiada Komen?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.