Kunci Utama Menyelesaikan Masalah

By | June 4, 2010

Masalah, masalah, masalah dan terus masalah. Masalah adalah perkara yang paling di takuti oleh setiap orang. Aku pasti semua orang tidak suka jika menerima atau ditimpa masalah.  Memang betul, kehidupan sebagai seorang manusia biasa memang tidak lari daripada masalah. Lagi di elak lagi banyak pula yang datang.

Tetapi berapa ramai di antara kita yang betul-betul menyelesaikan masalah yang selalu berlaku pada diri kita. Berapa ramai yang mampu menyelesaikan masalah untuk satu tempoh yang panjang dan di mengulagi masalah yang sama? inilah yang selalu bermain di kepala kita semua, sehinggakan masalah itu menjadi beban kepada kita.

123

Sebagai contoh, kita semua pernah menghadapi masalah kewangan yang kritikal. Kita selalu berfikir setiap masa, waktu makan, waktu kerja, waktu mahu masuk tidur dan sebagainya. Kita juga berfikir bagaimanakah untuk mnyelesai masalah kewangan sehingga membebankan kita. Ada juga yang bertanya rakan-rakan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah kewangan kita?

Bila dah banyak berfikir dan bertanyakan rakan-rakan, pelbagai cadangan yang di terima. Pelbagai cara pula yang perlu di lakukan. Di tambah lagi jika kita terus malas bertindak dek kerana terlalu banyak cara yang di cadangkan. Akhir sekali masalah kewangan terus berterusan dalam hidup kita.

Ini satu contoh masalah yang selalu timbul. Tetapi berapa ramai antara kita yang duduk sendirian dan mengkaji kemana kewangan kita pergi? Berapa banyak wang yang keluar, berapa banyak pula duit yang masuk? Catatkan apakah perbelanjaan seharian kita? Kemanakah semua wang itu di belanjakan? Adakah ianya penting untuk kita? Adakah semua duit keluar masuk ini di catatkan?

Aku pasti tidak ramai yang duduk menulis dan menganalisa masalah yang di hadapai. Ianya bukan hanya masalah kewangan sahaja, tetapi boleh di lakukan untuk menyelesaikan masalah-masalah lain. Memang leceh dan sukar untuk dilakukan. Tetapi jika kita skecth, menulis dan menganalisa mengapa masalah itu berlaku, aku rasa masalah lebih mudah di selesaikan.

Tulis segala masalah yang berlaku. Apakah unsur-unsur lain yang menyebabkan masalah itu berlaku?. Mengapa ia boleh berlaku. Selami dengan lebih mendalam, mengapa masalah ini boleh timbul. Catatkan semua elemen ini di atas sekeping kertas. Jejak kembali apakah punca utama yang menyebakan masalah ini menjadi beban pada kita.

Jika semuanya telah tertulis di atas kertas, barulah analisa terperinci di lakukan. Apakah perkara yang perlu dan tidak perlu di lakukan supaya masalah berkenaan tidak terus berlaku. Dengan maklumat yang tertulis di atas kertas, ia menjadi lebih mudah untuk di analisa dan di selesaikan.Tambahan pula apabila kita menulis dan menggambarkan pelbagai sebab musabab berlakunya masalah, kita sudahpun meningkatkan daya kekuatan minda kita. Kita sudah pun  mengenal pasti apakah unsur-unsur yang berkaitan dengan masalah yang di hadapi, apakah yang seharusnya di lakukan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Inilah yang menjadi kunci utama untuk menyelesaikan masalah. Ianya boleh diguna pakai pada pelbagai masalah yang berlaku pada kita. Jadi ingat, jika anda ingin menyelesaikan masalah, ambil pen dan kertas. Tulis semua unsur-unsur yang menyebabkan masalah yang berlaku. Analisa sebaik mungkin sebelum membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Cuba jangan tak cuba ya. ..

6 thoughts on “Kunci Utama Menyelesaikan Masalah

  1. sangilapi

    kalau masalah kewangan yang menimpa pada diri sendiri atas kesilapan mengurus,itu mudah untuk di atasi,bro.

    selalunya memang ada perbelanjaan yang tidak perlu/tidak penting telah kita buat – contohnya beli rokok !:)

    *tapi aku sendiri merokok…kihkihkih*

    Reply
  2. Shukor

    Betul tu bro. Jika terdapat masalah, cuba catatkan di kertas. Bila kita catatkannya, kita tak perlu memikirkan tentang masalah tersebut sangat. Tekanan pun akan kurang, fikiran tidak kusut, boleh memikirkan tentang perkara lain.

    Dan juga bila kita menulis, kita akan nampak gambaran keseluruhan masalah yang kita ada dan dapat menyenaraikan beberapa cabang cara penyelesaian…

    Reply
    1. Shaffik

      Haa itu laa maksudnya kena tulis. Jadi tekanan pun kurang bro. Bila tulis, nampaklah gambaran sebenar mengapa masalah itu timbul..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.