Hidup Tidak Akan Selamat Jika….

By | June 2, 2010

sikap jujur

Ini adalah satu pesanan keramat yang diberikan oleh bapa aku. Aku memanggil bapa aku abah. Dari kecil hinggalah aku sudah berkahwin, abah selalu mengingatkan aku supaya sentiasa bersikap JUJUR. Inilah pegangan aku dalam meniti kehidupan sebagai sebagai orang yang berguna.

Pesanan ini bukan sahaja di sampaikan kepada aku seorang, tetapi kepada semua adik beradik dan anak menantunya. Ayat keramatnya adalah “kalau nak selamat hidup di dunia, perlu sikap jujur dalam diri. Tidak kira apa situasi pun lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan duit”. Inilah kata-kata yang aku pegang sampai sekarang.

Aku sememangnya rapat dengan Abah. Abah lah yang selalu membantu memberikan pendapat bila aku ada masalah. Dalam banyak-banyak nasihat dari Abah, nasihat inilah yang aku pegang sampai sekarang. Abah tambah lagi ” jika seseorang yang melakukan perkara yang tidak jujur dalam soal duit / wang, hidup tak akan selamat. Duit pasti tak nampak jika adanya sikap tidak jujur dalam mencari wang.

Memang betul. Banyak cerita yang aku dengar dari kawan-kawan menyenai isu tidak jujur. Ada yang sanggup menipu orang lain untuk meraih wang yang banyak. Tetapi hasilnya? Tidak juga senang. Mungkin duit banyak, tetapi hidup sering bermasalah. Hidup sering di hurung oleh caci maki dari orang lain. Ini semua dek kerana tidak JUJUR.

Jika caci maki masih boleh lagi tahan. Masih lagi boleh masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bagaimana jika sebab tidak jujur boleh menyebabkan pukul memukul, kena belasah, sakit badan dan mungkin menyebabkan kecacatan anggota badan? Lebih teruk kan.

Sebab itu tajuk entti ini Hidup Tidak akan Selamat Jika…TIDAK JUJUR. Jadi sama-sama kita ambil iktibar perkara-perkara yang sudah berlaku akibat tidak jujur. Sematkan dalam diri untuk bersikap jujur. Disiplinkan diri untuk sentiasa jujur. Walaupun kecil halnya, sentiasalah bersikap jujur. Insyallah Hidup Akan Selamat…

7 thoughts on “Hidup Tidak Akan Selamat Jika….

  1. Shukor

    Sifat jujur memang perlu dalam kehidupan. Tidak dapat tidak ia memberi impak dalam hubungan kita dengan Allah dan juga sesama manusia.

    Jujurlah agar hidup kita selamat, jujurlah agar hidup kita mendapat berkat…

    Reply
    1. Shaffik

      Ia sememangnya memberikan impak dalam kehidupan kita. Jadi sentiasalah menjadi jujur dalam diri untuk hidup lebih berkat dan selamat.

      Reply
  2. ata

    namun kalau kita berdepan dengan mereka yang menzalimi kita ,amaka …..

    Reply
  3. sangilapi

    baguslah bro,ko buat entry ni 🙂

    kadang-kadang aku serba salah bila berdepan dengan manusia seperti ini…mau dinasihatkan dengan kata-kata atau dinasihatkan dengan tangan.

    tapi aku rasa “dia” memilih agar tangan aku yang memberi nasihat.

    Reply

Leave a Reply to sangilapi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.