Tahniah Peserta Seminar Asas Blogging.

By | May 31, 2010

seminar asas blogging

Pada Sabtu lepas aku sempat meluangkan masa untuk bersama-sama di Seminar Asas Blogging. Satu Seminar yang mendedahkan potensi blog kepada para peserta. Rata-rata peserta yang hadir memang tiada pengetahuan langsung pasal blog. Aku pasti pelbagai tanda tanya yang bermain di kepala mereka semua.

Pada mulanya aku mendapat berita daripada Rohaizad, peserta yang mendaftar hanyalah 12 orang. Rohaizad berfikiran positif walau berapa orang pun yang hadir, Seminar Asas Blogging yang pertama ini tetap akan di jalankan seperti biasa. Namun penyertaan di saat-saat akhir membuat Rohaizad dan Seketariat Seminar Asas Blogging mampu tersenyum serta terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.

Semua yang hadir memang ingin mengetahui potensi blog. Apakah yang boleh di lakukan dengan adanya blog? Yang paling utama betul ke dengan blog boleh menjana wang? Inilah perkara utama yang menimbulkan kesangsian pada rata-rata peserta.

Sebab itulah Seminar Asas Blogging di adakan. Mendedahkan segala kebaikan dan potensi jika seseorang itu ada blog. Ini semua di dedahkan oleh Rohaizad. Dari mula hingga ke akhir Seminar, nampak di raut wajah para peserta. Dari blur dan  suram pada awalnya, kini mereka sudah ada pengetahuan tentang blog. Mereka sudah pun tahu akan potensi blog.

Di akhir seminar aku sempat berbual-bual dengan para peserta, rata-rata dapat apa yang mereka inginkan dari rumah. Nampak mereka lebih yakin selepas menyertai seminar asas blogging. Ia tidak terhenti di situ, ada juga para peserta sudah pun bertanya tentang teknikal mengenao blog. Ada juga yang tak sabar-sabar untuk membina blog mereka sendiri. Sebabnya? Mereka sudah pun nampak jalan yang betul dengan berblogging. Terlalu banyak faedahnya.

Tahniah aku ucapkan kepada peserta Seminar Asas Blogging. Anda telah memilih keputusan yang betul. Dari jauh atau dekat yang datang, tetapi segala-galanya berbaloi. Kini aku pasti mereka sudah pun mencongak apakah yang akan di lakukan selepas ini.

Segalanya baru sahaja bermula. Masih jauh lagi perjalanan yang harus di harungi. Namun, konsep blogging dan potensi itu menjadi pengangan kepada mereka semua. Untuk yang terus ingin membuat blog, ” welcome to the club” . Untuk yang masih lagi berfikir untuk terus berblogging, tepuk dada tanya hati. Apa yang pasti,  pintu telah pun di buka. Segala manfaat tersedia di dalamnya.  Apa yang perlu terus bertindak atau tunggu masa yang sesuai.  Aku mendoakan semua peserta Seminar Asas Blogging terus berjaya.

***Kepada peserta yang sudah pun meletakkan email di borang bengkelblogging, nantikan email dari team bengkelblogging.com untuk tindakkan selanjutnya.

6 thoughts on “Tahniah Peserta Seminar Asas Blogging.

  1. sangilapi

    lepas berguru dengan ijad,mereka ini akan berguru dengan shaffik dan amat(nuaeman)- suatu jalinan kerjasama yang mantap 🙂

    apapun selamat datang ke dunia blogging kepada peserta-peserta seminar.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Insyallah..Mereka sudah pun di tunjukkan jalan yang betul. So terpulanglah kepada mereka untuk menentukan hala tuju masing-masing selepas ini..

      Reply
  2. Shukor

    Dunia blogging memang best.

    Saya pun dulu tak sangka potensi blog begitu banyak dan meluas…

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Betul..Memang best. Banyk potensi yang ada di dalamnya. Itulah ramai yang tak tahu..

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Haaa.. kesinambungan itu memang penting. Bertarung di arena antarabangsa lagi feel kan….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.