Pada waktu ini blogging bukan satu perkara yang asing bagi pengguna Internet. Menulis blog kini menjadi satu kegilaan para blogger untuk menyampai segala kisah kehidupan mereka atau memberikan informasi yang berguna kepada para pengujung ke blog mereka.

Setelah berkecipung di dalam dunia blogging, aku mendapati terdapat sesuatu perkara ynag selama ini dianggap remeh dan enteng bagi sesetengah blogger. Lebih-lebih lagi bila seorang blogger itu sudah pun berpasangan (couple) ataupun berumah tangga. Nampak macam tak penting, tetapi ianya sangat penting bagi pasangan anda. Seperti biasa ia melibatkan perasaan cemburu dan salah faham daripada pasangan anda.
Satu tip yang paling penting yang perlu di ambil kira amabil anda seorang blogger dan mempunyai pasangan ketika menjalankan aktiviti blogging. Tolong beritahu kepada pasangan anda apa maksud blogging. Beritahu pasangan anda apa yang anda lakukan sepanjang masa malayari internet dan menulis blog.
Kadang kala, pasangan tidak memahami apa maksud sebenar berbogging? Apa yang anda perlu lakukan semasa menulis blog? Apa yang anda perlu buat untuk menarik perhatian pengunjung datang ke blog anda dan membaca blog anda? Bagaimanakah pengunjung boleh jatuh hati dengan penulisan anda?
Pada satu tahap nanti, pasti anda pengunjung yang amat sukakan cerita-cerita yang anda tuliskan di blog anda. Beritahu pesangan siapa mereka, mengapa mereka suka meletakkan komen di setiap cerita anda dan sejauh mana mereka mengenali anda sebagai seorang penulis blog.
Ini kerana untuk mengelakkan segala perasaan cemburu daripada pasangan anda sendiri. Tetapi jika anda menerangkan sepenuhnya, perasaan cemburu itu tidak akan timbul. Beri kefahaman yang betul kepada pasangan supaya pasangan tidak mencurigai perkara yang anda lakukan ketika berblogging. Maklumlah, pelbagai perkara yang perlu di lakukan semasa menulis blog. Mungkin ianya memerlukan masa yang agak lama untuk menerbitkan sesuatu entri yang berkualiti kan?
Jika anda seorang blogger yang menulis blog sambil menjana pendapatan, beritahu pasangan dari mana sumber pendapatan anda. Bagaimana dengan berblogging boleh menjana wang? Beritahu mereka mengapa anda boleh mendapat wang setelah menulis blog. Tunjukkan pasangan anda setiap kali anda meraih pendapatan hasil daripada menulis blog. Percayalah mereka akan lebih tersenyum dan bersyukur setiap kali anda meraih pendapatan daripada blogging.
Inilah yang menyuntik semangat mereka untuk terus menyokong kerja-kerja blogging anda. Malah mereka juga boleh memberikan idea-idea yang bernas dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti di dalam blog anda. Lebih manis lagi, jika mereka turut sama menulis blog seperti anda. Nah, ianya akan menjadi lebih menarik jika kedua-dua pasangan menulis blog kan? Lebih banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia blogging boleh diterokai bersama-sama.











Twitter Updates

betul2. if kiter gtau si dia ape erti sebenar berblogging nu setiap ape yg diupdate bakal jd lebih menarik.. kn kn..
)
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 26th, 2010 at 8:42 am
Ianya pasti lebih menarik jika pasangan juga berblogging. Kalau tak pun dia juga menyumbangkan idea dalam penulisan kita.
[Balas Komen]
betul3..bila blogging kena bagitahu pasangan..nanti dia ingat kita buat benda lain plak examp:chatting&etc..hehehe
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 26th, 2010 at 8:43 am
Itu laa pasal. Untuk mengelakkan segala keraguan, berikan kefahaman yang betul kepada pasangan tentang blogging. Tak pasal2 nanti. Perkara ini juga boleh buat bergaduh tau..
[Balas Komen]
bila si dia dah memahami,paling tidak….minuman pasti terhidang di sisi sebagai peneman sepanjang berblogging
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 26th, 2010 at 8:45 am
Haa itu yang menjadikan ianya lebih seronok. Pasangan buatkan air, letak kat tepi. Itu bermakna dia menyokong apa yang kita buat. Tak adalah rasa kesangsian nanti..
[Balas Komen]
Betul tu bro Shaffik. Kena beritahu pasangan tentang kerjaya seorang blogger ni.
Kadang2 bila tak beritahu tu yang menyebabkan timbulnya salah faham dan boleh menyebabkan perasaan cemburu timbul.
Terima kasih bro di atas peringatan yang diberikan.
P/S: Wah! Post pertama saya kat blog ni…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 26th, 2010 at 2:10 pm
Thanks setelah meninggalkan komen di blog ini. Beritahu untuk mengelakkan salah faham antara pasangan.
[Balas Komen]
betul tu, pasangan dan tanggungjawab jangan dilupa, bagi yg dah mempunyai isteri dan anak….balancekan hidup anda supaya mereka tidak merasa diabaikan
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 26th, 2010 at 2:11 pm
Blogging-blogging juga. Tapi tanggungjawab jangan di lupakan.
[Balas Komen]
Jangan leka berbloggin.. solat pun tinggal.. surau dan masjid pun tak pernah singgah
[Balas Komen]
Jangan leka berblogging.. solat pun tinggal.. surau dan masjid pun tak pernah singgah
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 27th, 2010 at 8:31 am
huuuu…ini memang makan dalam. Satu peringatan yang baik untuk semua..Mungkin ini yang terlepas pandang. Thanks bor…
[Balas Komen]
kadang2 susah gak kalau dia masih tak faham2 juga kan.. hehe
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 27th, 2010 at 8:33 am
Memang susah. Jadi blogger nak buat kerja. Inilah dugaan yang harus di tanggani sebaik-baik…
[Balas Komen]
Jika dah dah ada pasangan kena jaga hati dan perasaan. Soal hati siapa yang tau. Nanti merajuk susah nak pujuk.
Pasangan adalah orang penting dalam menyokong kejaya kita. Tanpa mereka kita kita mungkin tak berjaya. Itu yang dah kahwin.
Yang belum tu, paham-paham sajalah.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 29th, 2010 at 8:44 am
Aku setuju. Soal hati dan perasaan pasangan kena jaga. Takut di salah erti yang boleh mengundang masalah nanti. Beri kefahaman yang penuh pada mereka.
[Balas Komen]
hehe..ajak ler dia jadi blogger jugak..baru sama2 paham..hehe…nanti sama2 bz kan..haha..layan blog sebelah2 sambil lawan pR.hehe
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 29th, 2010 at 8:46 am
Ramai pasangan yang dah buat macam ni. Aku pun sudah buat macam ni. Tapi wife belum extreme lagi menulis. But setiap hari dia akan baca blog suami dia ni.
[Balas Komen]