Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?

By | May 22, 2010

asas blogging

Mungkin masih ramai lagi yang terpinga-pinga dan tidak percaya dengan dunia blogging. Masih ramai lagi yang kurang yakin akan potensi blogging sehingga ada yang meletakkan  blogging adalah satu kerja yang sia-sia dan tidak berfaedah.

Itulah yang aku fikirkan suatu ketika dahulu. Pada aku blogging satu kerja yang tidak berfaedah. Mengapa pula aku nak kongsikan kisah-kisah atau pengalaman aku kepada orang lain? Kenapa mereka perlu tahu? Mengapa perlu ada blog?

Semua sangkaan aku memang salah. Terlalu banyak perkara yang aku pelajari setelah duduk dalam dunia blogging. Barulah aku dapat merasakan bagaimana dengan hanya menulis blog, aku juga berjaya menyampai informasi yang berguna kepada orang lain. Yang mana, sebelum ini hanya di sampai dari mulut ke mulut. Tetapi dengan blog, ianya  lebih besar lagi dan lebih bermakna serta di hargai.

Begitu juga dari segi industri blog itu sendiri. Sebelum ini aku pun tidak tahu yang blogging ini mempunyai satu industri yang tersendiri. Satu industri yang mampu memberikan satu pulangan yang amat besar kepada pengiat-pengiat blogging seluruh dunia. Mungkin selama ini aku tidak nampak akan potensi sebenar dalam dunia blogging. Kini segalanya berubah.

Blogging tidak memilih darjat dan usia. Sesiapa sahaja boleh menceburi dunia blogging. Tidak kiralah jika anda seorang pelajar, pengganggur, tukang jahit, tukang kebun, usahawan, jurutera, juruteknik, guru, pengetua, ahli politik, kaki pancing, pelakon, para professional atau sesiapa sahaja. Semua orang boleh menjadi blogger. Yang penting mempunyai keinginan yang tinggi menjadi seorang blogger dan mungkin menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan sampingan dan mungkin boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tetap.

Bagi yang masih tercari-cari bagaimana dengan blogging boleh menjana pendapatan, Seminar Asas Blogging adalah satu tempat yang paling sesuai untuk anda. Mungkin anda sudah pun mempunyai blog, tetapi tidaj tahu hala tuju blog anda. Seminar Asas Blogging mungkin jawapan kepada segala persoalan yang bermain di fikiran anda selama ini.

Anda akan di dedahkan POTENSI blogging pada ketika ini dan masa hadapan. Bukan pelik tetapi benar. Hanya dengan blog, ia boleh membantu sedikit sebanyak dalam kehidupan anda dan keluarga.  Ianya disampaikan oleh seorang Pro Blogger Tempatan (ROHAIZAD.COM) yang sudah lama berkecipung dalam industri ini. Beliau bersama-sama mengharungi zaman permulaan dunia blogging sejak 2006 lagi.  Satu nama yang cukup besar dalam arena blogging tanahair dan Antarabangsa. Temui beliau di Seminar Asas Blogging di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru pada 29 April 2010. Kita bertemu di sana nanti.

19 thoughts on “Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?

  1. Syafrizal

    bagus juga kalau pergi seminar tu..
    sekurang2 nya dapat ilmu, dapat inspirasi, dapat idea
    dapat aura2 dari blogger2 yang berpengalaman

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Memang bagus bro. Kita dengar sendiri bagaiman seorang Blogger yang berpengalaman menjalani kehidupan dengan blogging.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Jika ada hala tuju, barulah kita tahu apa yang seharusnya kita buat pada blog kita.

      Reply
  2. kabak

    memang betul tu…tapi bagi aku, blogging nih dpt upkan skit skill menulis dlm english maklumlah english aku ada skit ke parit 🙂

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Betul. Upkan penulisan bahasa inggeris adalah bonus untuk menjana wang lebih dalam blog english.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Itulah tujuan utama seminar itu di adakan, sebabnya masih ramai lagi yang terpinga-pinga.

      Reply
  3. Azhar

    Bagi yang dah biasa dengan blogging pun masih boleh menghadirkan diri sekadar untuk revision dan memulihkan semula semangat yang kemungkinan sudah luntur akibat tersasar hala tuju berblogging. Dan jugak sekali sekala bercampur gaul dengan rakan blogger yang lain.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Satu lagi point yang tepat. Untuk memulihkan semangat untuk terus blogging. Kadang-kadang semnagat menuis tu luntur sebab keseorangan. Jadi bila dapat bertemu rakan-rakan blogger lain, semangat itu akan datang kembali.

      Reply
  4. alone

    ada yang dengan sesuka hati menyebut – blogging ni for noobs je.

    bila tengok akaun paypal member2 yg blogging, terduduk beliau.

    * tengok dan rasai dulu baru berkata. khas untuk mereka yang punya persepi negatif tentang blogging.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Itu laaa pasal. Masih ramai lagi yang tak tahu. Sebabnya blogging tak menjanjikan untung yang berjuta-juta. Tapi yang penting ianya lebih cool dan aman.

      Reply
    1. Shaffik

      Salam bang, Seminar tu akan di adakan pada 29 Mei 2010. Hari sabtu ni. Cepat daftarkan diri. Mungkin boleh ajak kawan-kawan untuk turut serta.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Monetize tu memng penting. Jadi kita tahu dari mana traffik yang datang dan cerita bagaimana pengunjung suka baca.

      Reply
  5. Shafawi

    Salam bro Shaffik,

    Aku sudah melihat potensi. Telah merasa sedikit manis. Tapi memang terpinga-pinga untuk terus maju ke depan. Adakah betul jalan aku ini? Aku seperti tiada perancangan untuk blogging.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Perjalanan berblogging seperti kita memang masih panjang. Tapi kita kena berpengang pada satu perkara. Apa yang kita tulis hari ini mungkin sangat berguna pada orang ramai suatu masa nanti. Letakkan satu target untuk blog pada 2 3 tahun akan datang. Apa yang kita mahukan daripada blog itu nanti. Bila ada tujuan, barulah ada semangat untuk setiap kali memulakan penulisan blog.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.