Tembok China Gagal Di Runtuhkan.

By | May 15, 2010

Lihatlah Tembok Besar China. Begitu utuh dan terus berdiri sehingga hari ini. Bagaimana pemerintah China yang suatu ketika dahulu di anggap diktator sehingga mengerah keringat rakyatnya membina Tembok Besar China. Sehingga menjadi salah satu tarikan yang terulung di dunia.

Dari semangat yang di tunjukkan oleh Tembok Besar China, ia juga meresap ke dalam jiwa rakyatnya. Di kerah keringat untuk menjadikan mereka yang terbaik dan terhebat di dunia. Lihatlah bagaimana mereka membentuk negara merek dan rakyat mereka sehingga menjadi mereka sebagai gergasi yang yang digeruni oleh negara-negara lain. Baik dari segi teknologi, ketenteraan dan juga pembangunan sukan.

lee chong wei

Piala Thomas 2010, misi untuk pasukan Badminton Malaysia untuk membenam China terkubur malam tadi. Malaysia tunduk mudah dengan pasukan China. Dari perseorangan pertama Datuk Lee Chong Wei tewas dengan musuh ketatnya Lin Dan 21-17, 21-8. Persembahan nampak longlai, Lin Dan mengambil kesempatan untuk terus mengasak dan menutio mata sehingga menyumbang mata pertama untuk China.

Harapan diberikan pula kepada beregu pertama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Namun persembahan mereka agak hambar. Kesempatan ini di ambil oleh Fu Hai Feng dan Cai Yun. Mereka menghukum segala kelemahan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sehingga mereka berjaya mengutip mata ke-2 untuk China.

Kedudukan semasa 2-0. China sudah mendahului Malaysia. Sandaran untuk Wong Chong Han untuk memberikan harapan pada pasukan Malaysia beraksi di peringkat akhir Piala Thomas 2010. Chong Han sebagai perseoranga ke-2 menentang Chen Jin. Chen Jin berumur 21 tahun. Bila bercakap pada soal umur ternyata Chong Han lebih berpengalaman.

Tetapi anak muda ini mudah menewaskan Chong Han 21-16, 21-7.  Tidak banyak masalah untuk Chen Jin menjinakkan Chong Han dengan aksi yang agresif sehingga berjaya memberikan mata yang ke- 3 untuk China. Lantas ia memberi laluan yang mudah untuk China ke peringkat akhir menentang Indonesia esok.

Dari pemerhatian aku, China memang berhak menang malam tadi. Dari perseorangan pertama, mereka bermain dengan penuh fokus dan sentiasa mengambil kesempatan atas kesilapan-kesilapan yang di lakukan oelh pemain Malaysia. Ternyata mereka semua memang hebat. Pemain Malaysia seakan tidak mampu untuk bangkit dan meneruskan perjuangan.

Kini impian untuk menjulang Piala Thomas 2010 terkubur lagi. Malaysia perlu mempertingkatkan lagi pasukan Badminton untuk menghadapai perlawanan atau pertandingan di masa-masa akan datang. Kerah keringat dari mula latihan sehinggalah ke hari pertandingan. Usah hanya bersandarkan atau hanya mengharapkan Datuk Lee Chong Wei untuk menang. Perhalusi setiap pemain sehingga boleh menjadi seperti pemain China. Aku tau memang agak sukar, tetapi janganlah hanya memasang impian tanpa benteng yang kukuh serta selalu mengharapkan keajaiban akan muncul.

Sebagai peminat sukan Malaysia, aku dan rakyat tetap akan menyokong pasukan Malaysia walau apa jua jenis sukan sekalipun. Penonton akan tetap menyokong tetapi ianya haruslah di seimbangkan dengan persembahan yang mempunyai semangat juang yang tinggi.  Ini yang kami mahukan.

SEKALI LAGI “TEMBOK BESAR” CHINA GAGAL DI RUNTUHKAN…..

5 thoughts on “Tembok China Gagal Di Runtuhkan.

  1. aktechpage.com

    hmmmm… malas nak komen dah…
    Sukan2 utama yg dulu kita konker, ttp sekarang semakin merosot, entah di mana silapnya..

    Reply
  2. Mr.Z

    semoga skuad M’sia dapat perbaiki kesilapan pada masa akan datang… bukan rezeki kali ni kut..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.