Hafiz Menebus Kekecewaan Rakyat Malaysia

By | May 13, 2010

PIALA THOMAS 2010

Semalam aku memang kecewa. Aku pasti rakyat Malaysia juga turut kecewa dengan kekalahan Malaysia di tangan Jepun pada Piala Thomas 2010. Ini membuatkan aku satu entri “Sila Tebus Kekecewaan Rakyat Malaysia” yang memaksa pemain Badminton negara menebus kekalahan di peringkat suku akhir.

Malam tadi, segala kecewaan aku dan rakyat Malaysia di tebus dengan kemenangan Malaysia 3-2 dengan Denmark. Seperti biasa Datuk Lee Chong Wei memulakan perlawanan perseorangan pertama. Datuk Lee Chong Wei menang mudah straight set. Memang hebat.

Kemenangan kedua negara di susuli dengan kemenangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dengan bergaya dan Malaysia mendahului 2-0. Ini satu petanda yang baik. Tetapi semua rakyat Malaysia masih tidak yakin dan takut kekalahan seperti perlawanan dengan Jepun akan berulang.

Wong Choong Hann meneruskan cabaran. Tetapi kemenangan tidak memihak kepada Wong. Tetapi aku pasti semua rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Wong. Walaupun tewas, tetapi nampak perjuangan habis-habisan daripadanya. Begitu juga kepada pasangan beregu ke-2  Zakry-Thien How. Mereka tunduk pada pemain Denmark tetapi memaksa mereka bertarung sehingga set yang ke-3. Memang aku puas hati dengan persembahan mereka. Tidak mudah mengaku kalah.

Hafiz turun pada perlawanan terakhir. Pada mula aku agak kurang yakin dengan Hafiz. Aku takut Hafiz bermain seperti perlawanan dengan Jepun. Namun Hafiz berjaya membuktikan bahawa dia masih lagi “Power” dan berupaya untuk menyumbangkan mata untuk Malaysia. Permaiman seperti malam tadi yang di tagih oleh semua rakyat Malaysia.

Pagi ini ramai rakan-rakan yang bercerita tentang kemenangan Malaysia malam tadi.  Pujian yang tinggi di berikan kepada Hafiz Hashim setelah dia di kutuk habis-habis pada perlawanan dengan Jepun. “Nak kena kutuk ke baru nak bangkit?” . Begitu juga dengan pemain lain. Walaupun kalah, tetapi semangat juang dan bertarung itu masih tinggi. Inilah yang kita semua mahukan.

Esok Malaysia akan bertemu China di peringkat separuh akhir. Aku harap Malaysia akan kekalkan momentum. Berjuang habis-habisan dan buktikan China yang  bukan lagi jaguh Badminton dunia.  Aku pasti rakyat Malaysia akan tetap menyokong sehingga penjuangan yang terakhir. Teruskan usaha untuk membawa pulang Piala Thomas.

P/S : Malam tadi juga Skuad Hoki Negara berjaya menundukkan India 5-2 pada perlawanan Piala Sultan Azlan Shah. Tahniah!!!!!!!!!!!!!….

KEPUTUSAN SUKU AKHIR

Piala Uber

Indonesia 3 Malaysia 0
Jepun 3 Denmark 1
Korea Selatan 3 Russia 1
China 3 India 0

Piala Thomas

China 3 Korea Selatan 0
Indonesia 3 India 0
Jepun 3 Jerman 1

MALAYSIA 3 DENMARK 2
Lee Chong Wei mn Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17;
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mn Carsten Mogensen-Mathias Boe 21-17, 21-19;
Wong Choong Hann kk Jan O Jorgensen 20-22, 21-16, 18-21;
Mohd Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How kk Lars Paaske-Jonas Rasmussen 26-24, 12-21, 19-21;
Muhd Hafiz Hashim mn Joachim Persson 21-12, 21-10.

7 thoughts on “Hafiz Menebus Kekecewaan Rakyat Malaysia

    1. Shaffik Post author

      Memang suspen bro. Mana tak nya. Bila kedudukan terikat 2-2, itu yang lagi risau. Takut Hafiz main macam lawan dengan Jepun sahaja.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.