Sila Tebus Kekecewaan Rakyat Malaysia

By | May 12, 2010

piala thomas 2010

Malam tadi aku sempat menyaksikan perlawanan Badminton Piala Thomas 2010. Memang aku sangat kecewa dengan persembahan permain Badminton Negara malam tadi. Pada mulanya Lee Chong Wei bermula garang menewaskan Kenichi Tago.  Lee Chong Wei memang hebat.

Perjuangan diteruskan dengan pemain beregu pertama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dengan menewaskan beregu pertama Jepun. Malaysia sudah pun mendahului Jepun 2-0. Kalau ikutkan kertas, Malaysia boleh menang besar malam tadi.

Segalanya hancur dan menambah lagi kecewa di kalangan peminat badminton dan rakyat Malaysia. Wong Choong Hann pula tewas dengan pemain no-40 dunia. Tewas straight set dengan mudah. Banyak sangat kesalahan yang di lakukan. Apa yang pasti semangat untuk memungut mata memang dah luntur bila pemain Jepun mendahului mata.

Kekalahan diteruskan lagi dengan pasangan beregu kedua Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif. Tewas terlalu mudah dengan pesangan beregu Jepun. Lebih kecewa lagi bila melihat kedua pasangan muda ini longlai dengan mudah. Ditambah pula dengan tindakan Fairuzisuan yang berang dengan gelagat penonton.

Bila terikat 2-2,Hafiz Hashim masuk ke gelanggan untuk memburu kemengan. Berdepan depan pemain ranking lebih dari -100 dunia sepatutnya hafiz tiada masalah. Tetapi Hafiz tewas dan mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.  Hafiz seperti membenarkan pemain Jepun menang. Tiada semangat untuk berlawan dan mempertahankan negara.

Penonton sudah pun datang untuk menyokong, tetapi ini balasanya. Bila penonton cakap lebih sikit, ada pulak mulut yang cakap “kalau kau bagus kau laa main”. Sebab aku tak bagus laa, aku mengharapkan pemain-pemain negara berhempas pulas untuk menang. Bukan masuk gelanggang nak kalah.  Asyik kekalahan saja, sampai bila nak menang? Rakyat Malaysia memang menantikan kemenangan.

Selepas ini Malaysia akan bertemu Denmark. Satu laluan sukar. Peratus 50-50. Kedua-dua negara memang hebat. Tetapi Malaysia perlu bangkit dan mengatur pemain dengan betul . JANGAN lagi memberi peluang kepada pemain yang tidak mampu untuk berjuang habis-habisan. INGAT penonton tidak akan marah juga kekalahan yang di terima bermaruah daripada pemain-pemain yang berjuang habis-habisan.

USAHLAH MENAMBAH LAGI KEKECEWAAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PERCATURAN YANG SILAP. KITA MASIH MAMPU UNTUK BANGKIT HINGGA MENGGENGAM PIALA THOMAS.

10 thoughts on “Sila Tebus Kekecewaan Rakyat Malaysia

  1. aktechpage.com

    Apasal la mentaliti atlet2 kita selalu buat kekalahan mengejut mcm ni…lemah longlai je main…
    Cukuplah dgn bola sepak, sepak takraw, hoki DLL. Janganlah pulak Badminton kali ini yg bermain di tempat sendiri..

    Reply
    1. Shaffik

      Jangan begitu. Sokong tetap sokong. Kita tak salah. Pemain tu kena buktikan bahawa mereka akan berjuang habis-habisan.

      Reply
  2. Baizura

    Kalau tengok Malaysia Team lawan Pialal Thomas, mulut mula lah mencarut2, walaupun selama ni punyerla sopan giller..tekanan darah pun naik mendadak..silap2 boleh bawak maut..hahhahha..MALAYSIA BOLEH!

    Reply

Leave a Reply to Syafrizal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.