Mak Memang Hebat.

By | May 8, 2010

mak

Ibu ibu engkaulah ratu hatiku.. Lagu ini memang selalu aku nyanyi sendiri dalam hati. Memang aku ini susah untuk meluahkan perasaan sayang aku kepada seseorang. AKu hanya berdiam diri. Ini tidak bermakna aku tidak sayangkan mereka. Mungkin ini perangai aku yang ramai orang tak tahu. Hanya Isteri, Mak dan orang-orang sekeliling yang memahami aku.

Aku jarang mengucapkan perkataan sayang pada Mak aku. Entah kenapa? Dari kecil sampailah besar jarang sekali aku menungkapkan perkataan sayang pada Mak. Ini juga berlaku pada Isteri. Mungkin kerana aku memang begitu. Nak kata ROCK tak lah ROCK sangat. Aku memang tak romantis orangnya.

Tetapi perasaan sayang pada mak aku memang tak boleh di nafikan. Banyak pengorbanan yang di curah kepada insan yang bernama Shaffik memang tiada nilainya. Aku anak lelaki pertama dalam keluarga. Jadi aku menjadi harapan kelurga. Tambahan pula jarak umur aku dan kakak serta adik memang jauh. Senang kira aku di berikan kasih sayang dan perhatian yang lebih sedikit dari mak dan abah aku.

Dari kecil segala permintaan aku di tunaikan oleh mak. Kalau abah tak nak belikan, mak akan convience abah untuk belikan untuk aku. Walaupun tidak semewah mana, namun aku berbangga dengan adanya mak aku di dunia ini. Ingat lagi semasa darjah 5. Orang lain memakai basikal chooper yang moden sikit, aku masih memakai basikal kepunyaan kakak dahulu. Setelah selesai peperiksaan akhir tahun darjah 5, ada satu basikal yang setaraf dengan kawan-kawan lain.

Hati memang gembira tak terkira. Abah cakap, mak yang suruh belikan. Senang untuk ke sekolah dan bersama rakan-rakan. Inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku ketika kanak-kanak. Namun kenakalan semasa zaman kanak-kanak memang tak di nafikan.

Suatu ketika, aku bersama rakan-rakan pergi ke satu kawasan lapang sebelah padang berdekatan rumah aku. Sebelum pergi, mak bertanya. “Nak ke mana tu?”. Aku dengan selamba mengatakan nak pergi main bola. Tetapi aku bersama rakan buat khemah di kawasan lapang dengan menggunakan pelepah kelapa dan kayu kayan yang ada. Suka sampai tak ingat balik rumah.

Bila pulang rumah, mak tak ada syak wasangka. Sebab aku ni pandai berlakon. Balik terus mandi dan bersiap untuk pergi mengaji. Pada sebelah malam, badan mula rasa gatal-gatal. Sampaikan naik gegata badan aku. Inilah bahana bila menipu mak kan. Mak tanya aku betul-betul, kemana pergi petang tadi. Aku terpaksa jawab perkara yang betul. Mak pun kata, ” Haa, besok mak siapkan makan sekali, kau pergilah berkhemah kat situ sampai malam ya…”. Hahahaha. Walaupun dengan rasa marah, mak tetap menyapukan kapur di bahagian badan yang ada gegata. Inilah hati seorang ibu kan. Marah macam mana pun tetap sayang pada anaknya.

Selepas sekolah, aku melanjutkan pelajaran ke Politeknik. Pada semesta ke-2, aku terpaksa duduk di rumah sewa. Tiada kenderaan, hanya tumpang kawan-kawan ke kelas. Kesian mak tengokkan aku. Mak belikan aku satu motosikal Honda EX 5 untuk menyenangkan aku ke kelas.  Aku tanya pada mak. ” Banyak duit mak belikan Motor?”. Mak hanya menjawab. ” Ada la sikit-sikit mak simpan”.

Mak banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku tidak di ajar dengan terlalu mewah. Tetapi memadai dengan keperluan aku sebagai anak, budak sekolah, belajar di Politeknik dan Universiti. Satu perkara yang aku terfikir sampai sekarang. Mak tidak pernah cakap tidak ada duit bila aku minta. Mak hanya cakap, OK nanti mak bagi. Walau susah senang mak tetap cakap ada.

Inilah yang aku belajar daripada mak. Mak memang seorang yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan sebagai isteri seorang peneroka felda. Susah senang mak dan abah tidak pernah di tunjukkan pada aku dan adik beradik. Apa yang penting kami cukup makan, cukup pelajaran dan menjadi orang yang berguna. Mak tidak mengharap aku menjadi kaya, tetapi cukuplah lebih senang dari kehidupan yang dulu.

Mak memang hebat. Tiada ibu yang lebih hebat daripada mak di dunia ini. Cuma aku yang kadang kala terlupa untuk menghubungi mak dek kerana sibukkan sangat pada kerja. Namun mak tidak pernah mengungkit atau mengeluh. MAK MEMANG HEBAT. Untuk Mak aku yang bernama Miyaton Bte Kromoh. Selamat Hari Ibu Inilah sedikit bingkisan untuk mak yang banyak berjasa pada aku. Terima Kasih Mak.

9 thoughts on “Mak Memang Hebat.

  1. sangilapi

    gegata? perghh…seksa wooo kalau kena benda ni ! aku dulu pernah kena,tonyoh dengan jala buruk kemudian bakar jala tu…lagi satu tungau…memanglah seksa kalau kena!

    kerana ibu,kita pernah duduk di alam syurga…dan ingatlah dan fahamkanlah syurga di bawah tapak kaki ibu tersayang 🙂

    Reply
    1. Shaffik

      Memang seksa bro. Sebab tu tobat aku tak nak pergi ke tempat2 macam tu lagi. Bile di kenang balik memang kelakar. Tapi kasih ibu kan. Marah macam mana pun tetap di ubati anaknya ketika sakit.

      Reply
  2. Mr.Z

    happy mothers day..
    banyak pengorbanan tak ternilai telah dicurahkan oleh ibu kita..hargailah dia sementara masih ada 🙂

    Reply
    1. Shaffik

      Memang banyak pengorbana seorang ibu. Aku setuju dengan kata-kata kau. Hargailah mereka sementara mereka ada di dunia ini.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.