
Blogging adalah sebahagian daripada kehidupan aku sekarang. Walaupun ianya sebagai kerja sambilan, tetapi kesannya amat mendalam bagi aku. Bila di sebut sebagai blogger, memang bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Ramai yang sudah tahu akan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah sebenarnya yang di lakukan oleh blogger ini.
Adakah blogger ini menulis hanya sekadar untuk mencari publisiti murahan atau mengejar glamour?
Bagi aku seorang blogger yang bagus dan cool, publisiti murahan atau mengejar glamour bukannlah sebagai tujuan utama mereka menulis. Tetapi kebanyakkan mereka menulis atas dasar minat yang mendalam dan bersedia untuk berkongsi maklumat yang berguna kepada para pengunjung blog mereka.
Banyak perkara yang tidak di ketahui oleh orang ramai tentang blogger. Dari itu aku senaraikan 10 perkara yang tidak di ketahui oleh orang ramai tentang seorang penulis blog.
1) Blogger selalu berlawan dengan masa. Masa amat selalu mencemburui blogger. Lebih-lebih lagi jika blogger itu mempunyai kerja yang tetap dan sudah pun berkeluarga. Ini kerana, kebiasaannya blogger mengambil sedikit masa untuk menulis sesuatu entri.
2) Bukan semua blog berorientasikan wang. Ada blogger yang menulis semata-mata minat yang mendalam. Tetapi setiap entri yang disiarkan mendapat perhatian pengunjung. Haa macam mana tu?
3) Perkara yang paling membuatkan blogger MARAH bila talian internet macam Kura-kura. Inilah masanya untuk menguji kesabaran para blogger. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berinteraksi dengan pengiklan. Dugaan…dugaan…
4) Bagi blogger yang sudah berkahwin, dugaan yang paling hebat adalah memberikan kefahaman yang betul kepada isteri dan anak-anak. Jika isteri atau suami tidak memahami jiwa seorang blogger, ianya boleh menjurus kepada salah anggap dan menjejaskan hubungan suami isteri.
5) Blogger yang kental sentiasa berusaha untuk mendapatkan rentak penulisan yang konsisten. Mengekalkan konsistensi bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak ramai yang mampu membuatnya. Inilah yang orang ramai yang tidak tahu.
6) Blogger juga memerah keringat dan berusaha untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti. Walaupun pendek tetapi cukup untuk memberikan sesuatu kepada para pengunjungnya.
7) Sentiasa moniterize blog yang dibangunkan. Ini termasuklah, memerhati dari mana sumber traffik yang datang. Ini boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk memajukan blog pada masa hadapan. Setiap hari blogger akan melihat jumlah statistik untuk blog mereka, ini perkara yang di lakukan bila membuka sahaja laptop dan akses kepada talian Internet.
Blogger akan merasa kecewa jika entri yang di tulis tidak mendapat perhatian yang tinggi dari pengunjung. Ini memang pasti. Tetapi sebaliknya jika entri yang di tulis mendapat perhatian yang tinggi. Aku pasti ketika ini blogger semua kembang sahaja kan.
9) Tersenyum lebar jika setiap hari ada pengunjung baru menerjah masuk ke blog. Lebih manis lagi jika mereka terus melekat di blog dan sering menantikan info-info atau entri terbaru daripada blogger. Jika blogger yang menjana wang dari blog, tersenyum lebar jika setiap hari ada wang masuk daripada blognya. Betul tak?
10) Yang terakhir sekali, blogger akan lebih rasa di hargai jika entri yang ditulis di puji, di hargai dan dijadikan sebagai penduan dalam kehidupan seharian. Walau ROCK macam mana pun seorang blogger itu, hati mereka tetap akan touching dan tersenyum jika entri yang di tulis itu dihargai oleh pengunjungnya.
Ini adala 10 perkara yang tidak di ketahui oleh orang ramai tentang blogger. Mungkin anda sudah dapat jawapan mengapa orang suka menulis blog? Amcam cool tak kehidupan sebagai seorang blogger?
P/S : Pendaftaran Bengkel Asas Blogging masih terbuka.










Twitter Updates

masih dalam menyesuaikan diri dalam dunia blogging dari segenap segi.
aku kena print out entry ni,tampal kat pintu bilik pertapaan aku supaya aku lebih difahami dan bagi kat TMNet satu salinan
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 5th, 2010 at 8:37 am
Hulamak..nak tampal kat pintu bilik eh..Bagus..supaya orang lain tau Siapa blogger nie…
[Balas Komen]
Menjadi blogger memang cool tapi perlu ada etika supaya blog kita mendapat perhatian dan dijadikan rujukan Insya Allah.
Tapi satu perkara yang pasti adalah berokband di Malaysia memang sangat laju (nada perli) dan nak update blog pun macam kura2 (muka tensen).
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 5th, 2010 at 9:01 am
Etika dalam penulisan tu memang penting bro. Kalau tak memang pengunjung menyampah nak singgah blog kita.
Masalah broadband memang satu isu yang sering di perkatakan.Harap projek menaik taraf perkhidmatan Internet boleh menyelesaikan masalah kelembapan Internet di Malaysia.
[Balas Komen]
Syafrizal Reply:
May 5th, 2010 at 9:04 am
Harap-harap la tapi jangan hangat-hangat taik ayam sudah. Unify pun belum ada lagi yang complaint. Nak tengok setakat mana service diorg.
[Balas Komen]
No.2 tu lebih kepada konsep kongsi dan mendidik masyarakat. Rasanya, teknik ini akan memberi lagi ramai pelawat. Lepas tu, boleh buat duit…
P/s: sekadar pandangan jer.:)
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 5th, 2010 at 8:37 am
Betul tu. Lebih mendidik dan memberikan informasi. Duit tu kemudian cerita.
[Balas Komen]
Aku setuju dgn no. 1…walaupun masih lg single…ttp kerjaya aku memerlukan masa yg banyak…mcm mana lah pulak bila kahwin nanti…huhuhu
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 5th, 2010 at 8:56 am
Haaa itulah cabarannya bila bergelar blogger. Lebih2 lagi part time macam aku ni.
[Balas Komen]
no. 8 sgt betui…sgt kecewa kalu tak ada org yg mmbaca penulisan kita…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 5th, 2010 at 9:02 am
Itu lah yang boleh menjatuhkan moral blogger. Banyak kemungkinan mengapa entri tidak dapat di komen. Tetapi jangan sangka, tiada komen tiada pembaca. Mungkin mereka silent reader.
[Balas Komen]
wandisini Reply:
May 6th, 2010 at 12:34 pm
silent reader ni yang tak best. kita tak tahu sama ada artikel yang kita tulis itu baik ke tak baik. sebagai blogger apa yang best ialah feedback dari reader. betul tak?
[Balas Komen]
Aku suka entri ni siot…!
[Balas Komen]
aduh..
1 org ada kluga mmg bgtu cam suri dah ada anak sush nak lekat kt laptop..bukak ttp buka..huhuu.tapi suri akan try buat 1 hari 2 post..ya..cuba sedaya upaya
3 internet mmg begang jap dan hampir smu org mengalaminya.tapi sabau jelah..tu bermakna dia surh kita brhat bsma kit kat jap..
4 hu..mmg sukar nak fahamkan si dia ttg blog sb dia tak minta dan langsung tak amik port yg suri pula minat2 sangat..ehehe..
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 11th, 2010 at 11:31 am
Satu luahan hati dari seorang blogger…ni memang betul blogger sejati…
[Balas Komen]
Salam Shaffik,terima kasih diatas semua entry tentang blogger..saya newbie lagi..dengan2 info-info yg terpadat disini saya rasa semangat untuk menjadi blogger seperti saudara membuak-buak..terima kasih di segala info tq 100x
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 9th, 2010 at 9:25 am
Aku berkongsi pengalaman sebagai seorang blogger untuk menyemarakkan lagi dunia blogging di Malaysia….
[Balas Komen]
Salam Shaffik,terima kasih diatas semua entry tentang blogger..saya newbie lagi..dengan2 info-info yg terpadat disini saya rasa semangat untuk menjadi blogger seperti saudara… membuak-buak..terima kasih di segala info tq 100x
[Balas Komen]
betul tu!! teruskn menulis
ain recently posted..Semua Salah
[Balas Komen]
Salam Bro, lama tak jumpa…mmm…dengan penulisan dapat membimbing halatuju pembaca…terutama macam entri² sangat berguna untuk panduan hidup…hidup blogger…
NajibJasmani recently posted..Kelebihan Program Affiliate
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
October 18th, 2010 at 9:02 am
Lama tak jumpa kau jugak. Tup tup juga di FB. Erm..betul buat penuliasan yang boleh membimbing halatuju pembaca…erm…
[Balas Komen]
No 1 tu biasanya buat tekanan pada blogger.. Blogger baru mcm Jai teruk jugak kena.. Kerja 12 jam sehari.. Balik nak tido, update blog, balas komen.. Awek’s? Hu3.. Siap kena sound ngan awek lagi.. ‘Awak kawin je ngan org2 dalam blog tu, diorang kan faham awak…’.. Uish, gile pe.. Ramai tu, limit kan 4 je.. Pang!!! kena pinggan ke muka skali…wahahaha
decrewz recently posted..Buat Duit Cara Mudah Auta Atau Fakta
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 7th, 2011 at 9:11 am
Itulah dugaannya bro. Kadang2 awek tu tak faham apa yang kita buat. Terangkan pada dia. Kalau dapat apa2 duit dari blog, terus bagi tau. Ad least dia realize, yang blogging bukan main-main.
Shaffik recently posted..Asam Garam Seorang Photographer
[Balas Komen]
decrewz Reply:
January 7th, 2011 at 10:12 pm
Masalahnya lum dp lagi…hu3
decrewz recently posted..Penipuan Shoutbox!!
[Balas Komen]