Monthly Archives: May 2010

Tahniah Peserta Seminar Asas Blogging.

seminar asas blogging

Pada Sabtu lepas aku sempat meluangkan masa untuk bersama-sama di Seminar Asas Blogging. Satu Seminar yang mendedahkan potensi blog kepada para peserta. Rata-rata peserta yang hadir memang tiada pengetahuan langsung pasal blog. Aku pasti pelbagai tanda tanya yang bermain di kepala mereka semua.

Pada mulanya aku mendapat berita daripada Rohaizad, peserta yang mendaftar hanyalah 12 orang. Rohaizad berfikiran positif walau berapa orang pun yang hadir, Seminar Asas Blogging yang pertama ini tetap akan di jalankan seperti biasa. Namun penyertaan di saat-saat akhir membuat Rohaizad dan Seketariat Seminar Asas Blogging mampu tersenyum serta terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk mereka.

Semua yang hadir memang ingin mengetahui potensi blog. Apakah yang boleh di lakukan dengan adanya blog? Yang paling utama betul ke dengan blog boleh menjana wang? Inilah perkara utama yang menimbulkan kesangsian pada rata-rata peserta.

Sebab itulah Seminar Asas Blogging di adakan. Mendedahkan segala kebaikan dan potensi jika seseorang itu ada blog. Ini semua di dedahkan oleh Rohaizad. Dari mula hingga ke akhir Seminar, nampak di raut wajah para peserta. Dari blur dan  suram pada awalnya, kini mereka sudah ada pengetahuan tentang blog. Mereka sudah pun tahu akan potensi blog.

Continue reading

$50USD Pula Menerjah Ke Paypal Aku. Uiks…

payperpost bayar

Satu perkara telah berlaku semalam. Aku memang menunggu lama akan saat-saat genting ini.  Genting bukan pasal apa, cuma nak merasa income pertama dari satu lagi Program Rasmi dalam dunia Blogging. Haa pasti semua rakan-rakan Smart Blogging sudah pun tahu akan perkara ini. Tetapi ada juga yang tidak tahu tentang program ini kan.

OK. Semalam aku telah cash out $50 dari PayPerPost. Bila klik sahaja withdraw, tak sampai seminit dah masuk ke Paypal.  Salah satu lagi program rasmi yang wujud di dunia Internet. Program ini sama dengan Blogvertise, BlogToProfit dan macam-macam lagi. Apa yang perlu di buat untuk menjana wang dari Pay Per Post?

1) Anda perlu ada blog yang berkualiti

2) Blog berbahasa Inggeris.

3) Menulis blogpost seperti yang di minta advertiser. Masukkan apa yang di kehendaki di dalam entri yang ingin di terbitkan.

4) Terbitkan (publish) post/entri yang di kehendaki sebelum tarikh tutup yang di tetapkan.

5) Ikut bilangan patah perkataan yang di kehendaki. Pastikan ianya lebih dari yang di minta.

Continue reading

Jangan Leka Berblogging Sehingga Lupakan Pasangan Anda.

Pada waktu ini blogging bukan satu perkara yang asing bagi pengguna Internet. Menulis blog kini menjadi satu kegilaan para blogger untuk menyampai segala kisah kehidupan mereka atau memberikan informasi yang berguna kepada para pengujung ke blog mereka.

jangan lupa

Setelah berkecipung di dalam dunia blogging, aku mendapati terdapat sesuatu perkara ynag selama ini dianggap remeh dan enteng bagi sesetengah blogger. Lebih-lebih lagi bila seorang blogger itu sudah pun berpasangan (couple) ataupun berumah tangga. Nampak macam  tak penting, tetapi ianya sangat penting bagi pasangan anda. Seperti biasa ia melibatkan perasaan cemburu dan salah faham daripada pasangan anda.

Satu tip yang paling penting yang perlu di ambil kira amabil anda seorang blogger dan mempunyai pasangan ketika menjalankan aktiviti blogging. Tolong beritahu kepada pasangan anda apa maksud blogging. Beritahu pasangan anda apa yang anda lakukan sepanjang masa malayari internet dan menulis blog.

Kadang kala, pasangan tidak memahami apa maksud sebenar berbogging? Apa yang anda perlu lakukan semasa menulis blog? Apa yang anda perlu buat untuk menarik perhatian pengunjung datang ke blog anda dan membaca blog anda? Bagaimanakah pengunjung boleh jatuh hati dengan penulisan anda?

Continue reading

Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?

asas blogging

Mungkin masih ramai lagi yang terpinga-pinga dan tidak percaya dengan dunia blogging. Masih ramai lagi yang kurang yakin akan potensi blogging sehingga ada yang meletakkan  blogging adalah satu kerja yang sia-sia dan tidak berfaedah.

Itulah yang aku fikirkan suatu ketika dahulu. Pada aku blogging satu kerja yang tidak berfaedah. Mengapa pula aku nak kongsikan kisah-kisah atau pengalaman aku kepada orang lain? Kenapa mereka perlu tahu? Mengapa perlu ada blog?

Semua sangkaan aku memang salah. Terlalu banyak perkara yang aku pelajari setelah duduk dalam dunia blogging. Barulah aku dapat merasakan bagaimana dengan hanya menulis blog, aku juga berjaya menyampai informasi yang berguna kepada orang lain. Yang mana, sebelum ini hanya di sampai dari mulut ke mulut. Tetapi dengan blog, ianya  lebih besar lagi dan lebih bermakna serta di hargai.

Begitu juga dari segi industri blog itu sendiri. Sebelum ini aku pun tidak tahu yang blogging ini mempunyai satu industri yang tersendiri. Satu industri yang mampu memberikan satu pulangan yang amat besar kepada pengiat-pengiat blogging seluruh dunia. Mungkin selama ini aku tidak nampak akan potensi sebenar dalam dunia blogging. Kini segalanya berubah.

Continue reading

Arrgghhh…Server Down

server down

Hari ini satu tamparan hebat aku di tempat kerja. File Server yang amat penting untuk pekerja HID Global down. Ianya bermula malam tadi.  Satu error mesej keluar semasa booting server. “No Logical Drive Found”. Ini merupakan satu dugaan yang paling hebat untuk aku di tempat kerja.

Pagi ini bila buat pemeriksaan, satu daripada hard disk utama “mampos” atau dengan kata lain “die”. Ia tidak boleh berfungsi seperti sediakala. Ini menyebabkan File Server itu tidak boleh boot ke Windows Server. Aku terpaksa mencari jalan yang terbaik untuk menyelamat semua data pengguna dan memberikan mereka satu alternatif lain.

Aku harap semua akan selesai pada esok hari. Kerana ia menyebabkan ramai pengguna tidak boleh membuat kerja harian mereka. Aku akan berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Tetapi sempat juga melihat Adsese. Huhuhuhu..dapat juga $4.54 hari ini. Satu jumlah yang besar dalam satu hari bagi aku. Semakin hari semakin bersinar Adsense aku.

Oklah geng, aku terpaksa berhenti di sini dulu. Apa-apa hal pun, kerja kena kasi settle dulu kan. Jumpa lagi nanti…