
Sedang aku menonton televisyen dua tiga hari ini, aku sering terdengar dan menonton satu klip video yang menyayat hati. Klip video ini adalah usaha sama pihak Karyawan, Utusan Malaysia dan Astro. Klip video ini di jayakan bersama artis-artis Malaysia untuk Kempen Kami Prihatin. Kempen ini bertujuan untuk membenteras dan memberhentikan pembuangan bayi yang sangat berleluasa di kalangan masyarakat.
Siapa yang harus di persalahkan. Tepuk dada tanyalah hati masing-masing. Orang lain nak dapat anak berpuluh-puluh tahun. Tetapi ada lagi masyarakat yang dah dapat anak, buang dan bunuh bayi yang tidak berdosa. Isu ini amat menyetuh hati aku. Sebagai seorang manusia yang sempurna lahir ke bumi ini, tidak sanggup lagi aku melihat dan mendengar bayi yang tidak berdosa di buang tanpa belas kasihan.
HENTIKAN PEMBUANGAN BAYI. Sudahlah berdosa dengan kelakuan yang lepas, di tambah pula dosa dengan membuang bayi. Usah ambil jalan singkat. Pergi ke saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah. Ramai yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalah. Bukan membuang dan membunuh itu penyelesaian yang utama. Sedarlah BAYI ITU TIDAK BERDODSA
Ikuti video klip Harapan Tanpa Suara (Kempen Kami Prihatin) . Hayati liriknya. Memang menyentuh hati.
Lirik Harapan Tanpa Suara
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Chorus…
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu : S.Atan
Lirik : Habsah Hassan











Twitter Updates

Manusia berhati syaitan. Haiwan pun tak buang anak
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
April 30th, 2010 at 10:30 am
Nampak jer handsome atau Cun luaran..tapi hati macam syitan.
[Balas Komen]
keji betullah. orang lain ramai lagi yang nak anak. kalau tak nak sangat sekalipun bagi sajalah pada mereka yang menginginkan anak
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
April 30th, 2010 at 10:37 am
Memang keji bro. Aku pun tak faham apa yang dia orang fikir semasa membuang anak tu. Ambil jalan singkat sahaja.
[Balas Komen]
ermmm….antara isu keruntuhan moral yang tiada kesudahannya
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 3rd, 2010 at 11:52 pm
Jadi tugas kita untuk menghentikan semua ini dari terus berlaku.
[Balas Komen]
baby-baby tu akan berada disyurga nanti
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 3rd, 2010 at 11:52 pm
Sudah tentu. Bayi yang teraniaya sudah dijanjikan syurga untuk mereka.
[Balas Komen]
macam-macam kes dah ada sekarang. yang buang baby tu satu hal. budak yang dikurung dalam umah 3 hari yu apa cerita? kesian tu.. aku rasa macam kerajaan (sila includekan pihak polis) tak amik kisah sangat pasal kes-kes macam ni.. kes pecah rumah plak yang menjadi tumpuan. aku rasa patut kerajaan amik tidakan tegas. kes buang bayi buat tuduhan bunuh dengan niat (first degree), kurung anak tu buat tuduhan cubaan membunuh (second degree). Aku panas hati betul!!
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 3rd, 2010 at 11:55 pm
Satu cadangan yang baik. Memang selama ini tidak diambil berat. Bila dah banyak sangat barulah nak ambil tindakan. Apapun membuat satu akta khas tentang kes buang bayi harus di pandang serius.
[Balas Komen]
apsal dia buang baby? sebab utama dia adalah MALU. malu dengan keluarga, jiran², kawan², orang kampung. Apa kata kalau yang dapat ditangkap+dikenal pasti tu gambar dia diletakkan dalam front page mana² surat khabar utama. biarkan dia jadi teladan pada orang lain yang ada niat nak buang baby tu.. Panas sungguh hati ni..
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 24th, 2010 at 9:17 am
Semua orang marah akan isu ini. Tetapi masih ada lagi segelintir manusia yang tergamak melakukan perbuatan ini. MALU adalah sebab utama. Aku 120% setuju dengan pendapat engkau.
[Balas Komen]