Walaupun Entri Pendek, Biarlah Ia Berinformasi.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging

Aku sibuk sikit satu dua hari ni. Bermula dari semalam hinggalah hari ini. Tetapi nak buat mana kan. Dah namanya pun tugas dan tanggugjawab yang harus di lunaskan sebaik-baiknya. Ramai rakan-rakan blogger yang bertanyakan bagaiman untuk menerbitkan entri atau post dengan lebih kerap.

entri pendek

Masih ingat lagi satu entri yang menusuk jiwa terutamanya kepada para blogger sekalian? ” Penyakit Sukar Di Ubati Sebagai Seorang Blogger”. Entri ini banyak memberikan satu peringatan menghindarkan diri daripada MALAS mengupdate BLOG. Rentetan daripada entri itu, timbul pula satu pertanyaan bagaimana untuk mengekalkan konsistensi di dalam kerja-kerja mengupdate blog?

Perlbagai persoalan yang di ajukan. Bagaimana nak mengupdate entri baru jika tiada Idea? Berapa panjang post atau entri yang berkualiti? Bagaimana nak mengupdate blog jika sibuk sangat dengan kerja? Entri pendek boleh ke? Banyak lagi persoalan yang menerjah kepada seseorang blogger jika pelbagai perkara yang negatif sering kali menerjah kepala otak para blogger sekalian.

Sebenarnya, entri yang berkualiti tidak tertakluk kepada panjang atau pendek. Ia bergantung kepada tujuan utama yang ingin disampaikan di dalam entri. Jika terlalu panjang pun, ada visitor atau pengunjung yang bosan. Sebabnya di hujung entri, tiada satu pun informasi yang boleh di ambil daripada entri berkenaan. Ini akan membuatkan kredibiliti penulis blog akan pudar sedikit demi sedikit.

Apa yang penting dalam sesebuah entri?

1) Pembukaan untuk menarik perhatian untuk meneruskan baca ke perenggan seterusnya.

2) Isi kandugan yang penuh dengan informasi. Pasti bahasa yang di gunakan mudah difahami dan dekat dengan hati visitor.

3) Penutup yang berbentuk kesimpulan. Ataupun satu pertanyaan untuk menarik perhatian pengunjung meninggalkan komen selepas itu.

Jadi jika elemen-elemen di dimasukkan semua di dalam sesebuah entri, ia  sudah cukup untuk membuatkan visitor terus berkunjung dan membaca entri baru sehingga penghujungnya. Jadi tidak perlu entri yang sangat panjang, memadailah dengan informasi yang cukup dan apa yang ingin disampaikan difahami dengan baik oleh pengunjung. Jangan entri sahaja yang panjang, tetapi “for nothing”. Atau dengan kata lain “syok sendiri”.

Jadi susah sangat ke nak update blog? Tak susah kan….

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Perkara Yang Menggembirakan Dalam Penulisan Blog
  • Kampung Boy Kini Di Jerman
  • Duit oh Duit…
  • Tahniah Pelajar Bengkel Blogging.
  • Tubuh Secara Ansurans..
  • SUSUK……
  • Wajah Baru Hentian Puduraya
  • Diskaun Dari TNB. :)
  • Haruskah Karam Singh Walia Dimaafkan?
  • Kenapa Mat Rempit Popular..

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

4 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. sangilapi says:

    aku kadang-kadang apa yang terlintas tu lah yang dijadikan entry tapi memang banyak yang merapu dari berbentuk info :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    banyakkan info untuk nampak lebih menarik dalm entri

    [Balas Komen]

  2. kenwooi says:

    and try making it a short joke as well =)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    ermm..that’s a good idea..thanks kenwooi..

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge